Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Wednesday, 19 June 2019

Biskut raya - biskut nestum ice

assalamualaikum semua

Biskut ini antara biskut yang paling mencabar untuk saya sebab terpaksa buat banyak kali toppingnya.  saya tak tahulah di mana silapnya tapi topping saya tak menjadi seperti yang diharapkan.

bahan base
250 gm mentega
90gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu makan vanila
100 gm nestum (dikisar halus)
1 sudu tepung jagung
300 gm tepung gandum


Cara membuatnya
1. pukul mentega dan gula sampai kembang.  masukkan kuning telur, tepung jagung, tepung gandum, nestum dan vanila. gaul sebati hingga jadi doh.
2.  bentukkan menggunakan penerap yang diatas plastik dan gunakan penerap bulat.  (nak guna acuan bentuk lain pun boleh. ikut suka lah)
3.  paipkan topping diatasnya dan coretkan coklat emulco atau perasa cuppucino mengikut corak kesukaan anda.
4.  Bakar selama 40 minit pada suhu 130 darjah dengan menggunakan api atas bawah.
5.  bila dah masak, sejukkan dulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara. 


inilah rupa base biskutnya.  saya guna acuan bulat.


setelah diletak topping. 

ikut sukalah nak lorek macam mana ye.  janji nampak cantik di mana

untuk membuat toppingnya boleh pilih salah satu cara ini.

Bahan Topping 1
1 sudu makan meringue powder
1/4 cwn air sejuk
6 sudu makan gula icing
1 sudu makan tepung jagung


Cara-cara

1. pukul meringue powder dan air hingga kembang.
2. masukkan gula aising dan pukul lagi
3. masukkan tepung jagung dan kacau sebati.


Bahan Toping 2
50 ml putih telur
150 gm icing sugar
1 sudu tepung jagung

Cara-cara

1. pukul putih telur sampai kembang
2. masukkan gula aising dan pukul sampai berbuih
3.  masukkan tepung jagung.  pastikan bila diangkat dengan sudu adunan tidak jatuh


* adunan aising ni boleh dibuat lebih sebab tak cukup untuk adunan base biskut

selamat mencuba...

Monday, 17 June 2019

biskut raya - Semperit/ Dahlia 3 bahan

assalamualaikum semua

saya nak kongsikan biskut raya yang saya buat untuk edisi raya tahun ini

sebelum ini saya buat biskut semperit menggunakan bahan lain.  kali ini saya buat yang paling simple aje dan menggunakan 3 bahan sahaja.  sebenarnya saya dah pernah cuba buat biskut ini sebelum ini untuk kudapan anak2.  alhamdulillah menjadi.  jadinya eloklah saya  kongsikan resepinya di sini untuk perkongsian dan rujukan saya pada masa akan datang.  senang.

Resepi biskut Semperit/ dahlia mudah

bahan

1 kg tepung jagung
1 tin susu pekat
500 gm butter

cara-caranya

dengan mengunakan jari, gaul tepung dan butter sampai jadi serbuk roti.  kemudian, masukkan susu pekat.  gaul dengan lembut dan lemah gemalai sahaja.  doh ni memang lembut.  jangan memandai2 tambah tepung pula.  masukkan dalam acuan semperit dan tekan atas dulang pembakar.  letakkan coklat chip sebagai hiasan.


inilah rupanya sebelum dibakar

inilah rupa biskut selepas keluar dari oven.
panas oven dahulu.  bakar pada suhu 180 darjah selama 10 - 15 minit (bergantung kepada jenis oven) atau hingga masak.  

sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara.  mudah kan cara membuatnya...

sekian, wassalam


Tuesday, 18 July 2017

homemade biskut raya

asalamualaikum semua

seperti biasa menjelang syawal, saya akan membuat sendiri biskut raya untuk dijamu kepada tetamu di pagi raya.  ada sesetengah iskut tu memang tiap-tiap tahun saya buat dan ada juga resepi baru.yang resepi baru pun saya dah kongsikan dalam blog ini.

1.  Biskut Tart kerang  resepinya ada di sini. resepi Tart kerang



2.  Biskut almond london.  resepinya ada di sini resepi almond london



3.  Biskut Semperit @ dahlia di sini resepi semperit rangup




4. Biskut Mama carey.  di sini  resepi mama carey



5.  Almond Crunch.  di sini resepi almond crunch



kesimpulannya tahun ini saya tak beli biskut raya. semua homemade. yang saya buat 5 jenis.  Anak saya buat sejenis dan berjenis2 kerepek yang emak saya buat (utk jualan sebenarnya).  

antara kerepek yang emak saya buat : 
1. kerepek pisang tanduk
2. kerepek pisang abu/ nipah
3. kerepek pisang ayam
4. kerepek ubi (kering)
5. kerepek ubi bulat
6.  kuih kapit inti peanut
7. kuih kapit inti coklat
8. kuih kapit kosong

makanya atas meja memang penuh dengan beraneka jenis biskut raya dan kerepek.  meriah lah dengan kuih dan jimat belanja.


sekian, wassalam

Monday, 17 July 2017

Resepi Almond Crunch

assalamualaikum semua




sekarang ni memang viral lah resepi almond crunch ni.  saya pun terjebak sama.  Cara nak membuatnya agak mudah cuma bahan-bahannya yang agak tinggi kosnya.

jom kita tengok resepinya

Bahan-bahan
200 gm tepung bienetta (florentine)
35 gm black sesame
100 gm sunflower seed
200 gm almond seed
100 gm pumpkin seed


* kalau ada kekacang yang tak ada pun boleh juga jadinya

cara-caranya langkah demi langkah ye

bakar bahan kekacang selama 5 minit di dalam oven pada suhu 160 darjah.  saya letak dalam dulang aje macam ni.  senang aje.  keluarkan dan biarkan sebentar.


bahan yang paling penting untuk buat biskut ini adalah tepung bienetta. kalau tak ada memang tak jadi lah almond crunch kita.  kalau tengok resepi tak ada gula kan.  ull jangan memandai2 nak tambah guna ye sebab tepung ini memang dah sedia manis.  kang tak pasal2 pulak jadi biskut 'potong kaki'.  mesti ada yang tanya kat mana nak beli tepung ni.  ok, tepung ni tak ada jual di kedai biasa.  biasanya ia dijual di kedai yang menjual peralatan bakery sahaja.



Campurkan tepung dengan bahan kekacang tadi. gaul rata.




ambil sesudu dan masukkan dalam acuan tart (steel). tapi sebab tak ada saya pakai cup muffin aje lah. ratakan



bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 160 darjah.  yang ini kena pandai agak2 sebab saya bakar sekejap aje.  mungkin sebab saya guna cara ini.  kalau ikutkan yang asal tuang aje adunan tu kat loyang dan terus bakar.  lepas bakar potong guna pisau. tapi saya nak buat bulat2. jadi gunalah cara ini.

lepas keluarkan dari oven saya biarkan sejuk barulah dikeluarkan dari acuan.  kalau panas2 akan berderai.  







 siap untuk dimakan.  mesti disimpan dalam bekas kedap udara untuk elakkan kacang tu menjadi lemau. 




 selamat mencuba...

wassalam







Friday, 14 July 2017

Resepi biskut Mama Carey

assalamualaikum semua

kali ini saya kongsikan resepi biskut Mama Carey pula ye.

Bahan-bahan biskut
250 gm mentega
3/4 cawan gula kastor
3 cwn tepung gandum
3/4 cwn tepung jagung
1 biji kuning telur
sedikit esen vanila

cara-caranya
  • pukul mentega, gula dan esen vanila sampai kembang.
  • masukkan kuing telur dan pukul sebati.
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit.  gaul guna senduk sahaja dahulu. kemudian uli doh dengan menggunakan tangan.  bila dah siap rehatkan sebentar.
  • bentukkan bulat dan leperkan sikit.  kalau nak guna acuan pun boleh juga.

  

  

bahan topping
1 biji putih telur
95 gm gula icing
1 sb tepung jagung
1 sk jus lemon

cara-caranya
pukul semua bahan hingga menjadi kental dan bertanduk

  • letakkan topping ats biskut dan gunakan pewarna untuk buat lakaran/ corak.
  • bakar pada suhu 150-160 darjah selama 20- 25 minit mengikut oven masing-masing ye.
  • biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.











Wednesday, 13 July 2016

Tart kerang yang lembut

assalamualaikum semua


diam tak diam dah 8 hari sambutan aidilfitri.
masih ramai lagi kawan2 seofis yang masih bercuti.
tapi disebabkan kesilapan semasa membeli tiket penerbangan balik, terpaksalah masuk kerja hari ini..
tak apa lah. mungkin ada hikmahnya sebab memang kerja menimbun pun.
due date semuanya dalam minggu ini dan minggu depan...

tapi...
saya tetap kena masukkan juga resepi  ini untuk sesi perkongsian ilmu dan juga rujukan akan datang.
iyalah. kadang2 kalau simpan guna kertas ni selalu sangat hilang entah ke mana.
so cara yang mudah, simpan aje dlm blog sendiri..

untuk pengetahuan u'll aya penggemar tart nenas.
sebelum ni dah byk kali try buat tapi hasilnya memang mengecewakan.
entah macam mana masa kat kampung tempoh hari sy cuba aje google resepi tart kerang.
kiranya macam try and error lah.
rezeki saya, tart yang dihasilkan betul2 memenuhi citarasa saya..

jom tengok resepi tart kerang ni.




bahan2

A
1 1/2 cawan butter
1/2 cawan marjerin
6 sudu besar susu pekat
1 biji kuning telur
sedikit esen vanila

B
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
4 1/2 cawan tepung gandum

untuk disapu atas tart
sebiji kuning telur
sedikit pewarna kuning

cara membuatnya





kalau nak buat tart kerang kena ada acuan ni ye.  lama juga saya cari acuan tart ni kat area Kuching tp x jumpa.  saya dapat kat kedai Bagus Klang masa balik raya tempoh hari. itu pun tinggal 1 tp ada 2 set. 1 saya kasi adik. 1 lagi saya bw ke kuching.


mix semua bahan A guna senduk aje ye hingga sebati. kemudian masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut.  diingatkan bahawa doh ini sangat lembut dan jangan tambah tepung lagi.


saya memang tak guna mixer sepanjang mengguli dohnya ye.


inilah doh yang dah jadi.  nampak tak lembut aje kan... jangan risau tengok doh macam lembik serupa tak cukup tepung. sebab kitakan pakai acuan. so tak ada masalah pun...


untuk nak mendapatkan saiz jem nenas yang sekata, bolehlah buat bulat2 macam ni.. lepas tu bolehlah dimasukkan ke dalam doh tadi. bulatkan dan kemudian masukkan doh berinti tadi ke dalam acuan kerang.. nanti jadilah macam gambar di bawah...



sapukan kuning telur yang dicampur dengan pewarna kuning di atasnya dengan menggunakan berus. sila lakukan dengan lemah lembut ye sebab ianya sangat lembut.

pada masa ni dah bolehlah paanskan oven dulu...  selepas itu bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.  yang ini tengok oven masing2 ye...


inilah rupa tart kerang sebaik sahaja keluar dari oven.. kena biarkan seketika sebelum di keluarkan daripada dulang.  kalau keluar aje terus angkat memang berderailah biskut ni.

sekian, entry biskut yang dah nak basi gara2 sibuk nak beraya di kampung... hahaha

selamat mencuba.  dah cuba bolehlah komen hasilnya kat bawah ni...

untuk video pula boleh buka link ini biskut tart kerang

sekian, wassalam








Wednesday, 29 June 2016

biskut raya...

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

semakin nak dekat nak raya, semakin bersemangat lah pulak anak2 nak buat biskut raya.
secara tak langsung mama diorang pun turut terjebak..
seperti tahun2 lepas saya buat biskut almond london dan semperit rangup. boleh rujuk resepi almond london  di sini dan semperit rangup di di sini..

inilah dua versi biskut semperit saya yang dibuat pada hari yang berbeza.  bezanya yang kaler hijau tu dah habis dimakan oleh anak2 manakala yang warna puple tu masih ada lagi. tak tahu dapat sampai raya atau tak...


manakala biskut almond london pula inilah rupanya.  saya minta bantuan Azim utk letak almond nibs nya... punya lah banyak dia letak...


untuk proses celup coklat kali ni sy gunakan penyepit besi aje...
lagi senang sebenarnya daripada sudu...
sblm ni sy celup coklat sambil bediri kat dapur dgn api terpasang menggunakan teknik double boiler, tp skrg sy gunakan teknik masukkan air panas dalam besen dan letakkan bekas coklat di atasnya. bila coklat dah cair, saya matikan api dan bawa kedua2 bekas tu letak atas lantai.
Bekas coklat mesti lebih besar drpd besen utk bertindak sebagai penutup.  ini untuk membolehkan air panas lebih tahan lama dan coklat akan mencair aje.
sambil duduk kat lantai saya dan Izah celup coklat tu.
cepat dan mudah rupanya.
selama ni sy berpeluh berdiri depan dapur semasa proses mencelup coklat ke dalam biskut...
rupanya selama ni saya salah teknik..
terima kasih kpd group wasap GC chocolatier's 71 atas perkongsian ilmu mencairkan coklat..




selepas selesai mencelup coklat pada biskut almond london tu sy mencipta resepi sendiri bertujuan untuk menghabiskan baki2 kacang almond dan coklat tu.  kalau tak habiskan memang akan terbiar aje lah sampai expired.  rasa rugi pulak sebab bahan2 tu skrg ni agak mahal harganya..

kpd sesiapa yang berminat nak buat ini resepinya... ini anggaran aje ye.. sebab saya habiskan semua bahan yang ada


bahan2
250 gm coklat bar
2 sudu besar cocoa butter
almond nibs (ikut suka)
almond sebagai hiasan.


caranya 
cairkan coklat dengan cocoa butter.  bila dah cair, masukkan almond nibs. kacau dan masukkan dalam paper cup. hiaskan dengan almond yang dibelah dua...  inilah hasilnya...




sekian, wassalam

Monday, 20 June 2016

biskut semperit yang rangup

assalamualaikum semua

diam tak diam dah 14 hari umat islam berpuasa.
perasaan saya bercampur2.
kadang2 teruja, kadang2 sayu, kadang2 terkilan dan macam2 lagi.

lebih kurang 3 minggu lepas ujian hadir lagi. anak sy Azim kena penyakit kulit buta.  habis satu badan berkudis. menggaru2 dia sepanjang masa.  beli ubat di farmasi pun tak sembuh. bawa pergi klinik pun tak baik, akhirnya saya bawa dia berjumpa dengan doktor pakar.  lepas jumpa dengan doktor pakar barulah nampak perubahan pada badannya.  Azim diberi MC 2 hari.  Alhamdulillah Ahad lepas kudis pada badan dia mulai kering.  dan hari ini dia dapatlah ke sekolah semula.

disebabkan Azim kena kuarantin di rumah (doktor tak kasi dia keluar rumah), mama diorg jadi bosan.
sebelah pagi siaplah proses mengemas rumah.  bila petang dah tak tahu nak buat apa.
akhirnya saya buat keputusan untuk mencuba resepi baru yang saya perolehi drpd perkongsian rakan2 FB.

keistimewaan resepi biskut semperit ini adalah kerana tidak menggunakan telur.  maknanya Azim boleh makan (saya memang sengaja x bagi Azim makan telur dan ayam selagi belum sembuh sepenuhnya).  jom tengok bahan2 dan cara membuat biskut semperit ini.


bahan2
250 gm butter
1/2 tin susu pekat manis
75 gm tepung ubi
350 gm tepung jagung
75 gm tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna pilihan sendiri.
ceri merah untuk hiasan

cara2.

  • masukkan butter dan susu pekat ke dalam mangkuk dan mix sebati aje. saya guna senduk aje. jangan pukul sampai kembang ye. nanti rupa biskut jadi tak cantik.
  • Masukkan  esen vanila. pukul lagi hingga sebati.

  • ayakkan tepung jagung, tepung ubi dan tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan. yang ini uli guna tangan ye.  uli hingga jadi doh. doh ini sangat lembut.

  •  bahagikan doh kepada dua bahagian. satu bahagian diwarnakan ikut suka ye. satu lagi biarkan dengan warna asal.


  • masukkan kedua2 warna doh itu ke dalam acuan semperit dan bolehlah picit ke dalam dulang pembakar.  disebabkan saya punya dulang pembakar ada 2 jenis yang berlainan warna. jadi gambar yang ada ada yang warna silver dan ada yang warna hitam ye...




  •  hiaskan dengan ceri merah pada bahagian atasnya. kalau tak ada ceri merah boleh aje guna hiasan lain di atasnya..


  • bila dah siap, bolehlah dibakar ke dalam oven selama 15 - 20 minit bergantung kepada oven masing pada suhu 180 darjah celcius.  gambar dalam oven tak ingat nak ambik lah..



  • bila dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 
  • dah pun siap biskut semperit yang rangup ini... teruja anak2 saya melihat biskut warna hijau kuning ni..
  • saya buat 2 balang.  Esoknya bila saya buka balang biskut,  tengok ini yang tinggal... kuang! kuang! kuang!... maknanya biskut ni kena dengan selera anak2 saya...



kena buat lagi lah nampaknya... nasib baik sebalang lagi masih ada... itu pun tak tahu boleh bertahan sampai raya atau tidak.  tapi tak apa, asalkan anak2 makan dengan selera, sy okey aje.  biskut boleh buat lagi... bahan2 pun memang ada.  cuma rajin atau tidak aje...

tips: sentiasa tutup adunan dengan tuala lembab untuk memudahkan proses membuat bentuk bunganya.  sekiranya adunan menjadi keras, tambahkan sedikit butter untuk lembutkannya.

sekian perkongsian resepi saya. 
wassalam

Monday, 6 July 2015

membuat biskut almond london

assalamualaikum semua..

semangat nak buat biskut raya membara2..  jadi dengan pantasnya aktiviti membuat biskut dimulakan sebaik sahaja selesai berbuka puasa.





biskut almond london

bahan-bahannya.

Bahan A

1 cwn mentega
4 cwn tepung gandum
4 sudu besar serbuk badam/ nestum (dikisar halus menjadi tepung)
6 sudu besar susu pekat manis. (boleh tukar dgn gula halus)
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar emplek (kalau tak ada tak payah nangis tepi oven, boleh aje tukar dengan 2 sudu tepung jagung dan 2 sudu tepung beras)
almond biji dipanggang/ disangai lebih kurang 10 minit

Bahan B
almond cincang untuk hiasan
250 gm coklat masakan
2 sudu besar shortening/ coco butter
paper cup - biasa saya guna warna hitam


Cara membuatnya



satukan semua bahan A dan uli sehingga menjadi doh.  saya terus guna tangan aje. malas nak keluarkan mixer..




inlah rupa doh yang dah siap diuli.  lepas tu bolehlah rehatkan selama 5-10 minit sebelum melalukan operasi mengentel biskut... hahaha..




disebabkan ramai pembantu2 kecil dan untuk mengelakkan biskut saya jadi bermacam2 saiz, maka saya pun buatlah bulat2 macam ini.  senang pembantu2 nak isi kacang almond di dalamnya....  kat atas tu tangan pembantu no 2.. sibuk dia nak hulur tangan dia masa mama dia ambik gambo..




inilah rupa kacang almond yang dah disangai...



 

mula2 kita penyekkan doh tadi, lepas tu letak kacang almond dan bentukkan jadi lonjong. tengok gambo kat atas ye..






lepas dah siap semua, bolehlah kita bakar biskut tu selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah celsius... sila abaikan keadaan oven yang nampak kelabu tu.. al maklumlah usia oven tu dah 10 tahun.  besi pun dah berkarat. cermin tu dah tak berapa nak cerah. berjasa sungguh dengan keluarga saya..


beginilah rupa biskut yang masih togel lagi belum berbaju...



pada hari kedua proses mencelup coklat pun dimulakan.  mula-mula kita leraikan dulu paper cup macam gambar di atas ni.  senang kerja..




mula2 kita panggangkan almond cincang tadi. dalam 3 minit kot.  sekejap aje. jangan lama sangat kang hangit pulak.  lepas tu kita cairkan coklat dengan menggunakan teknik double boiler.

 

bila coklat dah cair kita celupkan biskut tadi ke dalam coklat dan dengan menggunakan sudu/ penyepit besi.  (saya guna sudu teh yang tangkai panjang) masukkan ke dalam paper cup macam gambo kat atas ni.  hati2 ye sebab coklat ni panas.  kalau kena tangan tu redha aje lah...  lepas tu taburkan almond cincang di atasnya sebagai hiasan..