Wednesday, 29 October 2014

deco2 bilik air + tandas anak2

assalamualaikum semua

di rumah aku ada dua bilik air + tandas. tapi anak2 ku suka sangat guna bilik air yang ada dalam bilik utama. alasan diorang sebab ada bath tub... huh hampeh betul.. tak ada privacy jadinya.  So selepas berbincang dengan en hubby aku pun dengan semangatnya pergilah ke daiso untuk membuat sedikit deco2 untuk tandas bebudak tu.


disebabkan izah suka kaler puple, wani suka pink dan azim suka oren aku pun belilah warna biru.  (nak kasi adil kan) shower curtain dengan besinya aku beli kat daiso aje. dua benda tu RM10. lepas tu beli penutup tandas tu RM13.00.

kita zoom pada penutup tandas tu... lawo tak.. ada rama2 lagi ko... lepas tu aku beli alas lantai pulak. pun kaler biru jugak 6 keping. 1 keping harganya RM2.99 = RM17.95.

untuk pengetahuan korang rumah aku ni dah ada disediakan sinki betul2 berdepan dengan pintu tandas. maknanya ada disebelah luar tandas lah.  yang ini pun aku deco dengan kaler biru jugak.  pejam mata aje lah tengok kesan tompokan kotoran tu ye. dah cuba hilangkan tapi tak boleh jugak... cacat pemandangan.  rancangan akan datang aku nak cari cermin beso untuk digantung kat sini. cermin yang ada tu tak berapa sesuai pulak. comel sangat.   tapi tunggu dululah.  kumpul pulus dulu. banyak lagi nak pakai duit untuk tujuan lain.


ini pulak pemandangan di dalam ruang mandi yang aku dah pasang shower curtain tu.  aku dah siap pasangkan pemanas air jugak. tapi anak2 masih tak mahu guna...

ok tak deco2 yang simpel ni.  sebenarnya aku cadang nak beli yang sama dengan warna tile ni (coklat) tapi bebudak ni tak mahu.. dia org kata macam warna najis... huh. maka jadilah deco2 coklat combine dengan biru..

tapi yang syoknya bebudak dah mula guna tandas no 2 ni.  alhamdulilah.. lega ko..tak adalah pagi2 kena beratur bila nak mandi. terutama sekali kalau wani yang mandi... berjam menunggu... dia boleh berangan lagi dalam tandas masa mandi sambil nyanyi2 lagi... mahu mama dia tak keluar tanduk..... 




-


-



-





-





-




-







-


inilah puncanya aku rasa bebudak tak suka mandi dalam bilik air diorang. tile ini terpaksa dipecahkan sebab paip bocor. huhuhu. dah ok tapi nak cari tile yang serupa memang tak akan jumpa la.... aku dah ada idea macam mana nak buat pada dinding ni.  yang penting tampal dulu .. nanti kalau dah siap aku tunjuk ye...


semoga berjumpa lagi.. bye bye.....




Monday, 27 October 2014

Cerita tall rak ku..

assalamualaikum dan selamat sejahtera


selepas mengemas peti sejuk, tiba2 rasa nak kemas tall rak pulak. (betul ke aku sebut??? hentam aje lah)  tall rak ni adalah satu kabinet khas yang digunakan untuk menyimpan segala stok barang dapur daripada bahan buat air, sampailah bahan buat kuih... jom kita jengah...

ini lah rupanya.  kalau dilihat dari depan macam sama aje dengan KB yang biasa kita lihat.  jom kita buka pintunya.....


jeng.....




jeng..... 





jeng.....























ini lah pemandangan pada bahagian dalamnya.   tall rak ini terletak bersebelahan dengan peti sejuk ku. ada yang berlabel dan ada jugak yang tak berlabel... nanatilah saya buat.  bahagian atas adalah tempat letak bahan buat kek. ada shortening dan byk lagi dalam tupperware tutup merah yang duk belakang susu pekat tu.  saya juga letakkan susu yang belum dibuka dengan kordial  atas tu. bawahnya saya gunakan tupperware untuk simpan gula, tepung gandum (ada label pulak..hihihi) dan susu tepung.  yang tupperware bulat tu ada gula ketul (betul ke saya sebut) ada asam boi serbuk dengan bijan... hish kena label kan ni. baru senang nak cari... tingkat 4 pulak segala bahan buat air macam teh, kopi dan yang sewaktu dgnnya.  tingkat 3 adalah tempat letak rempah2 masakan. yang ini saya labelkan sebab selalu guna. senang nak cari. yang ini saya guna bekas kuih raya aje. sayang pulak nak guna tupperware.  tepung, gula yang belum buka ada kat tingkat 2 ni. ada dua tipuware yang saya gunakan untuk menyimpan segala macam bahan masakan. lupa pulak nak ambil gambar isi dalam tipuware tu... yang bahagian tingkat bawah sekali sama macam tingkat 2, saya letakkan segala macam bahan masakan yang belum dibuka.  Dah memang biasa saya akan beli  stok lebih. senang nak guna bila diperlukan....



kita tengok rak pada pintu pulak... tingkat bawah saya cuma letak serbuk perasa yang dalam kotak aje. tingkat 2 saya letakkan botol2 kicap dan sos tomato. tingkat 3 santan kota.  saya suka guna santan kotak aje sebab tak perlu nak pergi kedai kalau nak guna.. senang... tingkat 4 saya letakkan botol2 sos cili  dan tingkat yang atas sekali saya letak segala macam rempah ratus dalam botol2 terpakai aje. yang ini saya labelkan pulak... 


Ada beberapa penambahbaikan yang saya nak buat tapi tak buat2 lagi.  antaranya
  1. nak buat labelling pada semua bekas  tupperware dan tipuware.  
  2. nak susun semula menjadi lebih kemas
  3. nak cari idea untuk lebih menarik lagi...


tapi aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang... alhamdulilah

wassalam....


mengemas peti sejuk

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

hari ini saya nak cerita pasal projek mengemas semalam.. mengemas peti sejuk.

mula2 semua barang2 dalam peti sejuk tu saya keluarkan. letakkan kat lantai aje..    peti sejuk ni saya tak isi banyak barang..   hanya makanan isi yang mudah rosak aje macam sayur, telur, bahan buat kek dan sebagainya. inilah pemandangannya. cinonet aje kan? botol air sejuk pun tak ada. saya tak suka minum ais so tak adalah air dalam peti sejuk tu....

ini pemandangan sebelum proses mengemas.  banyak jugak plastik yang bersepah terutama sekali dekat pintu.. entah2 dah expired.. hihihi


selepas mengemas...


beginilah rupanya lepas proses mengemas.  macam tak banyak beza pulak dengan sebelum.. hihihi.  masih banyak ruang lagi kan?? macam saya bagitau sblm ni.  tak banyak yang diisi dalam peti sejuk ni. sebab tu saya beli yang comel aje..  

nanti saya cerita pasal freezer pulak ye.. (yang ini kena besar sebab selalu beli untuk stok seminggu, tak termasuk kalau en hubby pergi memancing, boleh jadi untuk stok sebulan atau lebih.....)

bye...bye....

Wednesday, 22 October 2014

kisah bread maker ku

assalamualaikum dan selamat sejahtera

semalam sambil2 berwhatsapp dengan kwn zaman belajar dulu adalah yang bertanya pasal macam mana saya buat roti yang pelbagai bentuk tu. Saya cakaplah yang saya ada bantuan mesin.  ramai pulak yang berminat nak tahu pasal benda alah ni.

Jadi, hari ini saya ingin menulis pasal mesin pembuat rotiku.. ala bread maker lah kata orang putihnya...... singkatannya BM... saya guna jenama Elba yang boleh memuatkan 1/2 kg tepung. mesin ini memudahkan saya menguli tepung untuk membuat doh sama ada nak buat roti, pizza, donut dan sebagainya.  mesin ini akan menguli, mengembangkan adunan dan membakarnya. tapi kalau nak buat pizza atau roti yang pelbagai bentuk tu kita set setakat doh aje.  mesin ni tak ada fungsi membuat bentuk ye...

kita tengok gambar di bawah


inilah bread maker saya.  sebenarnya ada macam2 jenama di pasaran tapi yang saya ada jenama Elba ni la.  antara sebab saya beli jenama ini adalah harganya...saya beli 2 tahun lepas.  harga sebenar x ingat tapi dalam RM380++ kalau x salah.


kita zoom butang fungsi yang ada pada BM ini. Ada 12 butang untuk pelbagai fungsi.  tp yang biasa saya guna adalah no 1, 8 dan 10. untuk set fungsinya selepas kita hidupkan suiz, skin akan menyala. kemudian,  tekan butang menu. tengok  pulak no menu yang keluar pada skrin comel tu... kalau nak adjust masa pun boleh. tekan aje butang time ke atas atau ke bawah (jarang guna pun, sebab masa yang dah disetkan tu biasanya standard). lepas tu tekan butang start untuk memulakan operasi.  





 kita tengok pula bahagian dalam BM ni.   kita boleh nampak bilah yang berfungsi untuk menguli adunan.  kalau kita buat roti sandwich, setelah masak akan adalah kesan bilah  pada bahagian bawah roti.  (saya tak kisah sangat, untuk makan sendiri aje..)



 ini adalah buku panduan yang disertakan sekali semasa membeli mesin ini.  panduan diberikan dalam bahasa orang putih ye.  yang penting adalah panduan meletakkan bahan adunan dalam mangkuk pengadun tu..

sekian...

Tuesday, 21 October 2014

projek ubahsuai rumah part 1

assalamualaikum semua

setelah setahun menduduki rumah ini projek menyiapkan bilik wani dan membesarkan dapur masih tak siap-siap lagi.. huhuhu. 


beginilah rupanya keadaan ruang dapur yang tak siap lagi


pecahan jubin/ tiles masih duk dlm kereta sorong

 yang ini pemandangan dari sudut lain pulak..


disebabkan tak mau ada masalah nak memasak, kitchen kabinet disiapkan dulu. haha. masa proses memecahkan dinding habis berhabuk KC kesayangan aku.

pokok mangga ku dah berbuah

assalamualaikum semua.


Antara kelebihan membeli rumah second hand adalah adanya pokok yang telah
membesar dan mula mengeluarkan buah. pokok mangga di tepi dan belakang 
rumah mula mengeluarkan putik dan berbuah.

jeng! jeng!


inilah pokok mangga di tepi rumahku



konon-kononnya nak tunjukkan buah yang dah membesar tu. tapi silau pulak.
maklumlah tak terer ambik gambo.  hihihi.....


pemandangan dari sudut depan pulak. abaikan getah paip yang berserabut
tu ye...malu i... almari buruk pun nampak jugak... bila la nak dibuang almari
yang dah reput tu... laaaa ada la pulak terselit kucingku tengah buat aksi
kuak lentang.. siapa nampak??? angkat tangan...

kita zoommmm kasi dekat pulak... tak sabo nak tunggu buah ni
membesar dan masak ranum... hari-hari duk membelek aje.

Monday, 20 October 2014

mengembara ke sabah part 3 (Brunei)

seperti mana yang dijanjikan, saya sambung lagi cerita pengembara.

Hari keenam

kami check out dan mula bergerak.  perancangan hari ini adalah berjalan2 ke Brunei.  gambo yang dapat ditunjukkan sepanjang berada di Brunei. saya merasa seolah2 berada di negara Arab kerana tulisan jawi menjadi tulisan wajib.  Sesuai dengan Negara Islam, semua kedai2, stesyen minyak dsb akan tutup semasa solat Jumaat. (kebetulan kami dtg hari Jumaat masa perjalanan pergi).  kami sempat juga singgah solat di masjidnya.  dikongsikan gambar2 sepanjang berada di Negara Brunei ini.  kami bermalam di Miri.













hari ketujuh

perjalanan balik dari miri ke bandaraya kuching.





yang ini destinasi persingahan terakhir semasa perjalanan balik.  makan tengahari waktu ni..

mengembara ke sabah part 2


sebelum ini dah cerita perjalanan daripada hari pertama sampai hari ketiga kan.
so kali ini nak sambung lagi .....

Hari keempat

hari ni anak2ku memang excited sangat. maklumlah nak naik bot. (eleh macamlah
tak pernah naik bot).  nak kejutkan bangun tido pun senang.. (kalau lah hari2
macam ni kan senang mama diaorag. tak payah jadi tarzan). perjalanan menaiki
bot mengambil masa lebih kurang 45 minit. bergantung kepada kelajuan bot.
malas nak cerita panjang. tengok aje gambo kat bawah..














hari kelima

hari ni kitaorang jalan2 ke zoo pulak.  keistimewaan zoo ini ada 
pertunjukan burung kakak tua yang aku rasa memang terlatih, orang
 hutan dan jugak... ULAR.. (aaaaa......tergetor2 nampak dia).





dalam ni tak byk pulak gambonya. saya tak ingat save kat mana tah.
 jenuh jugak cari tapi tak jumpa. jadi ini aje yang dapat ditunjukkan



untuk hari keenam part 3 ye... yang itu saya akan cerita perjalanan ke 
negara Brunei pulak.  yang ini memang plan nak singgah masa perjalanan balik