Ilusi ruang sempit nampak luas



Hari ini, saya ingin kongsikan empat magik (ilusi mata) yang boleh kita gunakan untuk menampakkan ruang yang kecil sempit nampak lebih luas.

1. Ilusi Tertutup Tetapi Terbuka


Bagi kediaman yang memiliki open plan seperti dapur yang terbuka dan ruang tamu dan ruang makan di sekalikan tanpa dinding pemisah, rekaan itu sudah menampakkan ruang itu luas dan terbuka.
Ruang terbuka- open plan
Bagaimana bagi kita yang tidak memiliki ruang open plan tersebut?
Pernahkah anda ketika ingin mengadakan open house, semua perabot dan meja kopi dirapatkan ke dinding untuk memberikan ruang tengah menjadi luas. Konsep sama apabila ingin menampakkan ruang menjadi luas, pastikan tiada yang menghalang mata anda dari kiri ke kanan atau depan ke belakang.
Elakkan meletak  perabot atau hiasan yang tinggi dan besar di tengah-tengah ruang, ini menghalang pemandangan keseluruhan ruang. Keluasan boleh di tambah pula dengan penggunaan fabrik langsir jenis sheer yang membenarkan sebahagian cahaya matahari memasuki kediaman anda.



2. Ilusi Jalur yang Berulang


Cat atau wallpaper bercorak jalur
Cat amat membantu memberikan kesan perubahan yang drastik dalam ruang kediaman. Untuk memberikan kesan ilusi luas, cat garisan jalur secara melintang (ilusi ruang nampak lebar) atau cat garisan jalur secara menegak (ilusi ruang nampak tinggi) dengan penggunaan dua atau tiga warna cat.
Terdapat juga kertas dinding (wallpaper) bercorak jalur yang berada di pasaran.




3. Ilusi Ada Tetapi Tiada


perabot yang dicantikkan semula
Jika kita mempunyai perabot lama, bersaiz besar atau fail kabinet yang ingin disorokkan daripada pandangan mata tetamu. Tutupi perabot itu dengan lebihan kertas dinding yang bercorak atau bewarna polos yang sama dengan latar belakang dinding. Supaya ia nampak bersatu dengan dekorasi keseluruhan.




4. Ilusi Pantulan 


cermin dinding di ruang makan
Cermin di dinding merupakan tip dekor klasik untuk menampakkan ruang sempit dan terhad nampak luas. Cermin boleh dipasang di ruang tamu atau ruang makan.

sumber : sini