Wednesday 7 November 2018

Puncak Santubong 4.5 via Damai

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Gunung Santubong yang terkenal dengan lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang sebenarnya mempunyai banyak laluan.  dari info sebenarnya ada 7 laluan untuk ke puncak.  laluan yang paling popular adalah melalui Bukit Puteri dan park HQ yang menuju ke Puncak Satu.

Kali ini saya berpeluang untuk mendaki Puncak Santubong 4.5 melalui Damai.  Untuk ke trek permulaan, pendaki perlu melaporkan diri di pintu masuk Kem Permai dan membayar RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Laluan ke Puncak 4.5 ini sebenarnya tak ramai yang tahu memandangkan ia jarang didaki.  kalau tanya pekerja di kaunter pendaftaran pun mereka tak tahu.  Trip kali ini melibatkan seramai 12 orang sahaja.  Salah seorang daripadanya adalah yang pernah menjejakkan kaki ke puncak ini.  dia cakap dengan saya trek senang sahaja.  sekali hadap.... berhuhu lah jwbnya.

Disebabkan laluan ini jarang didaki, perjalanan ke puncak agak sukar.   Ini kerana walaupun ada tanda pada pokok, sesekali kami perlu berhenti seketika untuk mengenalpasti laluan apabila tanda pada pokok tidak dapat dikesan.  Selain itu laluan ke puncak curam sepanjang perjalanan.  Ini menyebabkan beberapa kali saya terpaksa berhenti menghilangkan lelah.

 
seperti biasa, teman hiking kecil saya akan turut serta.  

Azim memang pantang dengar mamanya nak hiking atau running, memang dia akan bangun awal2 takut kena tinggal. Disebabkan kami tak ramai dan kebanyakannya memang Azim dah kenal, kali ni dia pasang enjin gear turbo pulak.  Jauh juga saya kena tinggal sebab dia ikut kawan sy di depan yang sama pace dengan dia.  Sabo ajelah.  Biasanya kalau hiking berdua dengan saya dia akan tunggu saya sebab kalau dia jauh sangat di depan saya akan panggil dia.


 

 



pemandangan dari Puncak 4.5 pada ketinggian 550 m asl.  cucaca pada sebelah kiri tu nampak gelap nak hujan

salah seorang ahli dapt kawan baru.  Mr P namanya... gemok betul dia

antara pohon-pohon yang tumbuh dipuncak ini

tak banyak pokok di atas ini.  ini antara pokok yang ada yang dapat digunakan untuk berteduh dari kepanasan sang suria

Azim tolong ambilkan gambar group kami

kami duduk menikmati pemandangan kat batu besar ni.  View dari puncak ini mengadap ke laut yang membiru..

 Perjalanan mendaki mengambil masa 2 1/2 jam.  Syukur cuaca baik sepanjang pendakian dan turun.  kalau hujan trek memang bahaya lah sebab walaupun cuaca baik, trek agak licin terutama dalam 50 m terakhir sebelum sampai ke puncak.

Sebaik sahaja turun ramai yang tidak melepaskan peluang mandi di sini untuk menyegarkan badan.


air yang jernih dan sejuk ini memanggil2 saya. tapi mengenangkan saya tak bawa baju dalam beg (baju ada dlm kereta) saya hanya celupkan kaki ajelah.


Reward diri dengan ABC yang sedap ini di Damai Central.

ini yang saya order.  ABC Special

ini yang Azim order.  ABC ais krim.

sekian entri hiking saya untuk kali ini.  jumpa lagi

Wassalam

untuk tengok video boleh lah klik link ini Santubong puncak 4.5

Tuesday 6 November 2018

Seoul Korea Selatan (summary)

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua



Entry kali ini saya nak kongsikan pula jumlah perbelanjaan (tak termasuk shopping) sepanjang saya berada (7 hari 6 malam) di Seoul Korea Selatan yang lepas.  Memandangkan saya packpaker sahaja ke sana dan memang berniat untuk memperuntukkan bajet seminima yang boleh, jumlah kos ini mungkin tidak sesuai untuk mereka yang lebih mementingkan keselesaan dan status.

ok.  tak mahu berceloteh  panjang saya senaraikan terus keseluruhan kosnya.  kos ini saya bahagikan kepada 2 kategori.  RM dan KRW.  RM adalah yang dibuat secara online sebelum pergi dan KRW adalah semasa di Seoul


RM
tiket flight Kl- Seoul (return) 5 orang termasuk beg     = RM 3839.00
tiket Namsan Tower + Hello Kitty (5 org)                    = RM    223.70
tiket Nami Island & Petite France (5 org)                     = RM    756.00   
Total RM                                                                          RM 4818.70

KRW
T money 5 org                                         =  KRW 170 000
hotel                                                         =  KRW 470 000
makan dan minum                                   =  KRW 120 000
tiket masuk Gyeongbokgun Palace         = KRW 10 500
Warmer                                                    = KRW 17 500
lain-lain                                                   = KRW 12 000
Total KRW                                              = KRW 800 000


kadar tukaran wang semasa waktu itu KRW1000 bersamaan RM3.95@ RM 3160

Jumlah keseluruhan perbelanjaan di Seoul Korea Selatan untuk 5 orang adalah :

RM4818.70 + RM3160

= RM7978.70

kos seorang = RM1595.74

untuk makluman, kos ini adalah untuk 3 orang dewasa dan 2 orang kanak2 berumur 10 dan 11 tahun.  kami banyak berjimat pada makanan sebenarnya sebab kami membawa byk stok bekalan makanan seperti sardin, maggi, sambal ikan bilis.  kami hanya beli nasi sahaja di sini.  memandangkan cuaca sejuk, selera makan kami di sini berkurangan. itu juga antara faktor yang mempengaruhi jumlah kos perbelanjaan di sini.

sedikit tip untuk mereka yang ingin membeli belah disini.

ini adalah hasil tinjauan saya di Itaewon, Myeondong, Dongdaemun dan namdaemun Market.  Sekiranya ingin membeli cenderamata seperti keychain, brooch, fridge magnet dan baju T yang ada tulisan 'I love korea' Namdaemun market adalah tempat yang murah.  Ada juga peniaga disini yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu.  Mungkin juga sebab di sini merupakan tumpuan pelancong yang datang dari Malaysia, Brunei atau Indonesia.

Sekian entry travel saya mengharungi musim sejuk di Seoul Korea Selatan pada 17 - 23 Januari 2018 yang lepas.  Semoga entry saya dapat dijadikan panduan kepada mereka yang mempunyai rancangan untuk melancong ke sana nanti. 

Wassalam





Friday 2 November 2018

hiking di Gunung Semeru, Bromo dan jalan-jalan di Surabaya part 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

entry sebelum ini  saya berkongsi pengalaman saya mendaki Gunung Semeru @ Mahameru yang merupakan puncak tertinggi di kepulauan Jawa. boleh baca di sini

sebaik pendakian tamat, kami bermalam di homestay yang terletak di sekitar Ranupani.  di situ kami lunch dan berehat untuk aktiviti keesokkan harinya.

Jam 1.30 pagi kami bangun dan bersiap2.  lebih kurang jam 2 pagi kami  mula bergerak ke Penanjakan untuk melihat sunrise.  Pendakian ke  mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja.  sampai di atas sementara menunggu sunrise, saya mengerjakan solat subuh dahulu.

hidup ini adalah satu pengembaraan yang panjang.  Hayatilah keindahan ciptaan Ilahi dan carilah kebesaranNya supaya dirimu sentiasa bersyukur
pemandangan sunrise

semakin terang.  masa ni pemandangan kawah dah mula jelas

masa ni dah mula terang
inilah team Semeru Bromo kami. 

laluan mudah sahaja untuk mendaki.  Ramai juga pelancong pada waktu ini memandangkan ianya pada hari cuti.  masing2 datang dengan satu tujuan.  iaitu untuk melihat sunrise dan pemandangan kawah gunung berapi dengan lebih dekat pada awal pagi.







selepas menikmati panorama sunrise, destinasi kami seterusnya adalah ke  Bromo, pasir berbisik dan bukit teletubbies.  

Pendakian ke Bromo ni perlu melalui laluan berpasir dan tangga.  alternatif lain adalah menunggang kuda.  saya mengambil keputusan untuk menunggang  kuda untuk merasa sesuatu yang berbeza pula.  saya menunggang kuda hingga ke anak tangga pertama sebelum berjalan kaki menaiki tangga untuk sampai ke atas.  Rasa berbaloi kerana agak jauh juga jaraknya.







nampak jelas asap yang keluar dari kawah gunung berapi ini. 

sejujurnya saya meraya gayat waktu ini.  ini kerana laluan yang sempit dan tinggi.  tapi gigih jugalah naik sebab nak bergambar.

Corak pada pasir yang terhasil daripada tiupan angin ini membentuk irama alunan seni yang sangat menarik 

di sini banyak gerai2 yang menjual makanan dan cenderamata.

lunch kat sini dengan menu nasi dengan beraneka jenis lauk.


seterusnya kami mengunjungi tempat yang dinamakan Pasir Berbisik.  Ia merupakan kawasan lapang yang berpasir.  Menurut lagenda tempat ini dinamakan Pasir Berbisik sempena kisah seorang wanita cantik yang berada di kawasan ini dan memiliki kelebihan misteri.  dikatakan dia berkebolehan bercakap dan berbicara dengan tanah.  Pasir akan berbisik kepada wanita itu secara misteri.  Kisah ini telah diceritakan dari generasi ke generasi hingga ke hari ini.  bila dihayati kisah lagenda tersebut, sebenarnya bisikan itu adalah terhasil daripada bunyi angin yang bertiup pada permukaan pasir.  Geseran itu menghasilkan bunyi yang unik seolah-oleh bisikan seseorang.



bergambar dengan sahabat se jeep..





snap sekeping view dari dalam jeep juga
jip yang membawa kami

menikmati hidangan terakhir sebelum terbang balik.  tempe tu memang menu wajib dalam hidangan di sini.


air teo lemon yang segarkan tekak


maka berakhirlah ekspedisi saya di bumi Surabaya, Jawa Timur pada 28 April 2018 hingga 3 Mei 2018 yang mencatatkan satu lagi pengalaman perjalanan hidup saya.  Pahit manis perjalanan akan kekal sebagai memori indah.

Sekian, wassalam