Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
entry sebelum ini saya berkongsi pengalaman saya mendaki Gunung Semeru @ Mahameru yang merupakan puncak tertinggi di kepulauan Jawa. boleh baca di
sini
sebaik pendakian tamat, kami bermalam di homestay yang terletak di sekitar Ranupani. di situ kami lunch dan berehat untuk aktiviti keesokkan harinya.
Jam 1.30 pagi kami bangun dan bersiap2. lebih kurang jam 2 pagi kami mula bergerak ke
Penanjakan untuk melihat sunrise. Pendakian ke mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. sampai di atas sementara menunggu sunrise, saya mengerjakan solat subuh dahulu.
|
hidup ini adalah satu pengembaraan yang panjang. Hayatilah keindahan ciptaan Ilahi dan carilah kebesaranNya supaya dirimu sentiasa bersyukur |
|
pemandangan sunrise |
|
semakin terang. masa ni pemandangan kawah dah mula jelas |
|
masa ni dah mula terang |
|
inilah team Semeru Bromo kami. |
laluan mudah sahaja untuk mendaki. Ramai juga pelancong pada waktu ini memandangkan ianya pada hari cuti. masing2 datang dengan satu tujuan. iaitu untuk melihat sunrise dan pemandangan kawah gunung berapi dengan lebih dekat pada awal pagi.
selepas menikmati panorama sunrise, destinasi kami seterusnya adalah ke Bromo, pasir berbisik dan bukit teletubbies.
Pendakian ke Bromo ni perlu melalui laluan berpasir dan tangga. alternatif lain adalah menunggang kuda. saya mengambil keputusan untuk menunggang kuda untuk merasa sesuatu yang berbeza pula. saya menunggang kuda hingga ke anak tangga pertama sebelum berjalan kaki menaiki tangga untuk sampai ke atas. Rasa berbaloi kerana agak jauh juga jaraknya.
|
nampak jelas asap yang keluar dari kawah gunung berapi ini. |
|
sejujurnya saya meraya gayat waktu ini. ini kerana laluan yang sempit dan tinggi. tapi gigih jugalah naik sebab nak bergambar. |
|
Corak pada pasir yang terhasil daripada tiupan angin ini membentuk irama alunan seni yang sangat menarik |
|
di sini banyak gerai2 yang menjual makanan dan cenderamata. |
|
lunch kat sini dengan menu nasi dengan beraneka jenis lauk. |
seterusnya kami mengunjungi tempat yang dinamakan Pasir Berbisik. Ia merupakan kawasan lapang yang berpasir. Menurut lagenda tempat ini dinamakan Pasir Berbisik sempena kisah seorang wanita cantik yang berada di kawasan ini dan memiliki kelebihan misteri. dikatakan dia berkebolehan bercakap dan berbicara dengan tanah. Pasir akan berbisik kepada wanita itu secara misteri. Kisah ini telah diceritakan dari generasi ke generasi hingga ke hari ini. bila dihayati kisah lagenda tersebut, sebenarnya bisikan itu adalah terhasil daripada bunyi angin yang bertiup pada permukaan pasir. Geseran itu menghasilkan bunyi yang unik seolah-oleh bisikan seseorang.
|
bergambar dengan sahabat se jeep.. |
|
snap sekeping view dari dalam jeep juga |
|
jip yang membawa kami |
|
menikmati hidangan terakhir sebelum terbang balik. tempe tu memang menu wajib dalam hidangan di sini. |
|
air teo lemon yang segarkan tekak |
maka berakhirlah ekspedisi saya di bumi Surabaya, Jawa Timur pada 28 April 2018 hingga 3 Mei 2018 yang mencatatkan satu lagi pengalaman perjalanan hidup saya. Pahit manis perjalanan akan kekal sebagai memori indah.
Sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment