Monday 18 November 2019

HBH Kangaroo route

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Semenjak Miss N aktif balik run dan hiking ni  hujung minggu memang waktu yang dinanti-nantikan.  Kalau tak ada apa-apa running event, Miss N jogging santai2 aje di area pustaka kalau tak ada geng.  Kalau ada geng meratalah Miss N run.

Antara route mencabar yang sangat sesuai digunakan untuk trainning adalah Kangaroo Route.  Kangaroo route ini mendapat namanya sebab route larian tu berbentuk seolah-olah seekor kangaroo. Tak tahu lah siapa yang mula-mula jumpa route ini tapi memang best.  Main bukit aje sepanjang larian.  Memang betul-betul menguji mental dan fizikal lah.  Route  berjarak 12.5 km ini memang menjadi pilihan bagi runner-runner di sekitar kuching ini terutama di hujung minggu.

Untuk kali ini Miss N berlima sahaja.  Kami start run jam 6.15 am.  Waktu ni cuaca dah mula terang.  So tak bahaya sangatlah.  Cuma route ini tidak digalakkan run seorang sebab banyak anjing berkeliaran di laluan itu.

kangaroo route. Sila abaikan pace dan masa tu.  Miss N kura-kura aje



check point 1

check point 2

lepas check point 2 ni gerimis dah mula turun. kami teruskan ajelah sebab dah tak jauh.  Seronok juga main hujan ni.


 

muka keletihan selepas selesai run

Part paling best lepas selesai run.  carbo loading. nyum nyum


Sekian perkongsian hiking, running & eating journey Miss N.

Wassalam

Friday 8 November 2019

Forest Fun Run - Marshall

assalamualaikum dan hai semua

asyik join run aje sesekali kita tukar profession pulak.  sebenarnya dah banyak kali juga Miss N join jadi marshall tapi malas nak buat entry.  so kali ni nak kongsikan lah pengalaman Miss N jadi marshall untuk event larian.  Mana lah tahu kot-kot ada yang teringin nak try jadi mashall. 

Miss N sebenarnya aktif join kelab.  Untuk larian Miss N join Kelab Underground Runner (UGR) dan untuk hiking pula Miss N join kelab kembara Anak Sarawak (walaupun bukan org srwk, tumpang cari rezeki aje di Srwk ni).  Kedua2 kelab ni adalah kelab berdaftar.  kelab UGR selalu dapat jugalah dilantik untuk jadi marshall.  kalau Miss N free join ajelah.  kadang2 dapat saguhati, kadang2 buat amal aje.  tak kisah sangat pun.  kalau dapat bayaran tu rezeki lah.

Lokasi marshal kali ni terletak di Pustaka.  Larian sejauh 4 km tu mengelilingi kawasan sekitar pustaka sahaja.  Miss tak ada masalah sangat dengan tempat ni sebab pusaka ni tempat Miss N training pada hujung minggu.  lokasi telah ditentukan oleh chip.  kami ikut sahaja


route larian dan lokasi marshall

Para marshall dikehandaki berada di tempat masing-masing 1/2 jam awal daripada masa flag off.  in untuk memastikan semua marshall telah bersedia dan sebarang masalah dapat diatasi segera.  Marshalling kit diberi sehari sebelum hari berlangsung.

gate masih tutup lagi 😂

persediaan di water station

WS ni kalau tak dijaga air yang ada kat situ boleh berjalan sendiri tau
persediaan di starting & finishing point


 



  
kon diletakkan di tempat yang sesuai

masa ni dah terang.

kelihatan Ketua Menteri Sarawak sedang berjalan kaki menuju ke starting point untuk sesi flag off peserta larian
  jam 6.45 pagi peserta larian pun dilepaskan.  So marshall mula bersedia menjalankan tugas di tempat masing-masing.
Pelari pertama dan kedua.  Mereka berdua ni memang padu biasa naik podium

   


peserta terakhir
Nampak macam senang aje tugas marshall ni tapi sebenarnya tugasan ini ada risikonya.  marshall bukan sahaja bertugas untuk membantu peserta larian berlari di laluan yang betul tetapi pada masa yang sama juga perlu membantu mengawal lalu lintas di kawsan sekitar.  Kalau tidak bernasib baik boleh kena marah dengan pemandu kenderaan.  Marshall juga berisiko dengan kemalangan terutama sekali sekiranya ditugaskan mengawal laluan yang melibatkan persimpangan jalan-jalan utama.  biasanya untuk kawasan yang berisiko tinggi akan ada polis trafik yang akan mengawal kenderaan.  So bukan senang sebenarnya untuk menjadi marshall larian ye...

selesai duty, marshalling kit dipulangkan dan kami menerima saguhati untuk tugasan yang dilakukan.  Seperti biasa sebelum bersurai kita adakan sesi bergambar dulu... cheese 😃😃😃

muka happy dapat upah.  hihihi

sekian perkongsian marshalling Miss N.  semoga berjumpa lagi.. Wassalam

Thursday 7 November 2019

hasil tepi rumah

assalamualaikum dan hai semua

Miss N tak ingat bila semaian benih tembikai ni dibuat.  sebabnya yang semai tu anak2 aje yang buat.  sebelum ni pernah try semai jagung tapi tak menjadi.  pokok hidup tapi tak lama.  lepas tu ada juga beberapa kali semai benih tembikai dan labu.  pun sama juga. pokoknya hidup tapi lepas tu mati tak sempat mengeluarkan hasil.  Sampailah yang terkini.  itu pun tak sedar bila hidupnya.  sedar2 dah keluar buah masa Miss N nak meracun rumpai tu.  lepas tu rajin jugalah Miss N jenguk ke belakang utk tengok perkembangan buah tu.  tapi sebab musim panas Miss N tengok pokok tembikai tu makin layu dan mengering.  sampailah Miss N tengok buah tu dah tertanggal dari tangkainya dan pokok tembikai tu pun mati.  tengok keadaan buahnya macam tak besar sgt.  tp redha ajelah ambil bawa masuk rumah.  terbiar sekejap dalam 3 @ 4 hari.  anak2 pun buat tak kisah aje.  Miss N try lah belah tengok isinya.  tak lah menggunung sangat harapan kat buah ni.


ini aje yang ada dalam simpanan 😂.  nampak semak2 kat situ kan..


tapi bila belah nampak lah buah ni warna merah.  happy sangat.  orang kata kalau dah rezeki tak ke mana.  Manis jugalah buah tembikai ni walaupun tak cukup matang lagi.  Syukur.  rezeki anak2.  dapatlah merasa buah hasil tepi rumah ni.  Berkat campak2 biji benih kat situ..


isinya yang bewarna merah.  teruja sekejap

lepas dipotong2 dapat 1 bekas tupperware.

sebahagiannya anak-anak makan dan selebihnya simpan dalam peti sejuk.  Boleh makan hari lain pulak.  Sebenarnya Miss dah rancang nak buat jus tembikai aje kalau isinya tak manis.  tapi sebab manis tak jadilah buat jus.  biar anak2 makan aje buah ni. 

sebenarnya ada lagi pokok tembikai yang baru hidup disemai oleh anak2 Miss N.  dah keluar bunga pun.  cuma diorang tanam dalam pasu.  tak tahulah dapat bertahan tak.  tapi sekarang ni musim hujan.  jadinya tanaman dapatlah air secukupnya.  nak harapkan kami anak beranak siram memang tidaklah.  jarang-jarang sangat nak jenguk kawasan tepi rumah tu.  Pagi dah keluar pergi kerja.  anak2 pergi sekolah.  Petang dah letih.  Anak2 pula lebih suka berkurung dalam rumah manghadap PC dan HP (inilah generasi sekarang).  Sudahnya kawasan tu terbiar.  bila rumpai dah tinggi Miss N racun aje.  malas nak fikir. Nak simen sayang pulak sebab boleh digunakan utk menanam apa2 walaupun tak jaga sangat. 

Tapi kat tepi rumah Miss N ada jugalah tanaman herba.  Antara yang ada serai, daun pandan,  daun limau purut, kunyit, daun pudina dan daun kesum.  Ada juga Miss N tanam pucuk ubi dan sayur pucuk manis. setakat nak jadikan rencah untuk masakan dah cukup lah.  selalunya  minta tolong anak2 aje yang  ambil herba tu masa Miss N memasak.  yang selalu diambil serai dan daun limau purut lah.

Kat bahagian luar pagar tepi rumah ada pokok bunga kantan (ini pun selalu ambil bunganya utk masakan),  pokok rambutan yang sedang berputik dengan lebatnya,  pokok mangga, pokok kristal @ matoa, pokok jambu air dan pokok kuini (dapat makan 2 biji aje masa berbuah yang lepas, yang lain dah kena ambil orang.  kuang, kuang, kuang).

depan rumah pula dalam pagar Miss N ada tanam pokok mulberi yang memang tak berhenti2 berbuah asalkan rajin mencantas.  daun mulberi boleh dibuah kerepek,  buahnya boleh dibuat jus dan jem atau dimakan begitu sahaja.

Sebenarnya tak rugi pun berbakti pada tanah.  walaupun tanah hanya sekangkang kera aje tapi kalau rajin berbaloi hasilnya.  kalau tak ada tanah pun boleh tanam dalam pasu.  yang penting kemahuan tu ada.

panjang pula celoteh Miss N kali ni.  saja aje nak menulis panjang dengan idea bebelan yang mencurah-curah kali ni. hihihihi...  semoga bertemu lagi

Sekian, wassalam

Meroti lagi - perkongsian resipi

assalamualaikum dan hai semua

kadang-kadang bila kerajinan meroti datang, weekday pun boleh on.  Tapi kalau M besar datang, nak jerang air pun x jadi.  Rasanya dah banyak kali juga Miss N berkongsi resepi.  ada yang cantik terbentuk ada juga yang buruk hasilnya sebab overproof.  tapi   itulah pengalaman.  Setelah banyak bereksperimen, masuk kelas PJJ dan sebagainya maka terhasillah doh asas meroti versi Miss N.  So lepas ni Miss N memang akan guna resepi doh ini aje untuk meroti sebab dah teruji hasilnya.  Miss N sangat puas hati dengan hasil doh yang terkini ini.

ok Miss N kongsikan resipi terkini yang diguna untuk semua jenis roti ini

Doh asas

bahan-bahan

500 gm tepung high protein
20 gm susu tepung
260 ml susu segar
80 gm gula pasir
1 sudu besar yis saf
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu besar pelembut roti
1 susu besar bread improver
60 gm mentega

cara-caranya

  1. masukkan susu ke dalam mangkuk adunan dan kacau dengan senduk bersama gula dan yis.  biarkan yis mengembang dan berbuih lebih kurang 10-15 minit.  tujuannya adalah untuk memastikan yis yang digunakan adalah yis yang elok.
  2. kemudian masukkan semua bahan yang lain kecuali mentega. uli sebati dengan menggunakan mixer.  nak guna tangan pun boleh.  
  3. kemudian masukkan mentega dan uli hingga menjadi doh yang elastik.  lebih kurang 30 minit jika menggunakan mixer.
  4. setelah itu rehatkan doh sekejap dalam 15 minit.
  5. setelah itu bolehlah dibentuk mengikut bentuk yang dikehendaki.  Miss N menggunakan berat doh 40 gm setiap satu.

inti dan topping untuk mexican bun

inti 

30 gm mentega
60 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanilla

campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.  masukkan ke dalam peti sejuk supaya ia menjadi keras untuk memudahkan proses menginti.

topping

bahan-bahan

2 sudu besar air
2 sudu besar kopi/ mocha segera
500 gm gula aising
20 gm mentega
1 biji telur
50 gm tepung kek
1 sudu kecil esen vanila

cara-cara

  1. kacau kopi bersama air hingga larut dan masukkan esen vanila.  ketepikan
  2. pukul gula aising bersama mentega hingga gebu dan berkrim.  masukkan telur dan kacau lagi.
  3. masukkan air kopi dan tepung.  kacau hingga adunan sebati.
  4. masukkan dalam piping bag untuk memudahkan proses topping


cara membentuk roti


  1. letakkan doh atas tray.  timbang doh dalam 40-45 gm dan buat rounding (bulatan)
  2. leperkan doh dan isi inti yang dikehendaki.  Miss N buat inti kacang merah dan mexican bun.  lepas letak inti tutup dan bulatkan doh. kemudian letak ke dalam paper cup.  Miss N guna paper cup bersaiz  7 cm diameter.
  3. untuk roti sarang lebah pula Miss N cuma buat rounding dan letak ke dalam bekas aluminium sahaja dan biarkan mengembang 2 kali ganda.
  4. bakar doh selama 10 - 15 minit pada suhu 180 darjah.  yang ini bergantung kepada oven masing-masing ye


Miss N guna mixer ni.  brand cornel yang boleh menguli 700 gm tepung
Bun kacang merah (versi bulat)



doh beratnya 40-45 gm

inti kacang merah yang dibulatkan 25-30 gm

leperkan dan letak inti

letak atas paper cup saiz 7 cm.  doh akan mengembang 



doh yang dah mengembang 2 kali ganda sapu dengan susu segar sebelum ditaburkan dengan bijan



sapukan dengan butter untuk mengilatkan bahagian atas bun

Bun kacang merah (versi bunga)






cantik berkilat kan



Mexican Bun

doh yang telah mengembang 2 kali ganda

topping untuk mexican bun

boleh letak coklat chip

tak mahu letak coklat chip pun boleh


dalam oven

terlebih garing topingnya.  coklat chip semuanya jatuh ke tepi 


versi tak ada choklat chip

Roti sarang lebah

setelah doh kembang 2 kali ganda, sapukan dengan susu segar pada bahagian atasnya sebelum ditaburkan dengan bijan hitan, biji kuaci dan biji labu.
doh dah kembang 2 kali ganda

taburkan bahagian atasnya.  yang ini ikut suka

roti sarang lebah siap sedia untuk di  ngap


tengok betapa gebunya roti ni





Chicken floss bun


ini paling senang.  lepas rounding biarkan kembang 2 kali ganda dan ratakan dengan air susu sebelum dibakar.  lepas bakar oleskan mayonis pada bahagian atas dan letak chicken floss.


chicken floss bun

Gambar bawah ni saja nak tunjuk lokasi segala peralatan elektrik Miss N untuk memasak di dapur.  Periuk, cerek, air fryer dan mixer semua letak kat satu tempat.  Kalau tersorok simpan dalam almari takut terus terperam tak bersentuh.  orang kata semak tapi Miss N suka cara ini sebab senang nak guna. Cuma oven sahaja letak kat tempat lain sebab tak cukup space.






Miss N upload rupa roti yang dah siap untuk tatapan semua.  gebu gebas tu.  hihihi


Tip

* untuk bahagian atas roti miss N sapukan dengan susu segar sebelum dibakar untuk menghasilkan teksture bahagian atas roti yang rata.
 * untuk mendapatkan hasil yang berkilat, lepas keluar dari oven Miss N akan sapu dengan butter

sekian perkongsian resipi kali ni.  Selamat mencuba


untuk melihat video cara membuat roti bolehlah klik di link ini cara membuat roti