Miss N tak ingat bila semaian benih tembikai ni dibuat. sebabnya yang semai tu anak2 aje yang buat. sebelum ni pernah try semai jagung tapi tak menjadi. pokok hidup tapi tak lama. lepas tu ada juga beberapa kali semai benih tembikai dan labu. pun sama juga. pokoknya hidup tapi lepas tu mati tak sempat mengeluarkan hasil. Sampailah yang terkini. itu pun tak sedar bila hidupnya. sedar2 dah keluar buah masa Miss N nak meracun rumpai tu. lepas tu rajin jugalah Miss N jenguk ke belakang utk tengok perkembangan buah tu. tapi sebab musim panas Miss N tengok pokok tembikai tu makin layu dan mengering. sampailah Miss N tengok buah tu dah tertanggal dari tangkainya dan pokok tembikai tu pun mati. tengok keadaan buahnya macam tak besar sgt. tp redha ajelah ambil bawa masuk rumah. terbiar sekejap dalam 3 @ 4 hari. anak2 pun buat tak kisah aje. Miss N try lah belah tengok isinya. tak lah menggunung sangat harapan kat buah ni.
ini aje yang ada dalam simpanan 😂. nampak semak2 kat situ kan.. |
isinya yang bewarna merah. teruja sekejap |
lepas dipotong2 dapat 1 bekas tupperware. |
sebahagiannya anak-anak makan dan selebihnya simpan dalam peti sejuk. Boleh makan hari lain pulak. Sebenarnya Miss dah rancang nak buat jus tembikai aje kalau isinya tak manis. tapi sebab manis tak jadilah buat jus. biar anak2 makan aje buah ni.
sebenarnya ada lagi pokok tembikai yang baru hidup disemai oleh anak2 Miss N. dah keluar bunga pun. cuma diorang tanam dalam pasu. tak tahulah dapat bertahan tak. tapi sekarang ni musim hujan. jadinya tanaman dapatlah air secukupnya. nak harapkan kami anak beranak siram memang tidaklah. jarang-jarang sangat nak jenguk kawasan tepi rumah tu. Pagi dah keluar pergi kerja. anak2 pergi sekolah. Petang dah letih. Anak2 pula lebih suka berkurung dalam rumah manghadap PC dan HP (inilah generasi sekarang). Sudahnya kawasan tu terbiar. bila rumpai dah tinggi Miss N racun aje. malas nak fikir. Nak simen sayang pulak sebab boleh digunakan utk menanam apa2 walaupun tak jaga sangat.
Tapi kat tepi rumah Miss N ada jugalah tanaman herba. Antara yang ada serai, daun pandan, daun limau purut, kunyit, daun pudina dan daun kesum. Ada juga Miss N tanam pucuk ubi dan sayur pucuk manis. setakat nak jadikan rencah untuk masakan dah cukup lah. selalunya minta tolong anak2 aje yang ambil herba tu masa Miss N memasak. yang selalu diambil serai dan daun limau purut lah.
Kat bahagian luar pagar tepi rumah ada pokok bunga kantan (ini pun selalu ambil bunganya utk masakan), pokok rambutan yang sedang berputik dengan lebatnya, pokok mangga, pokok kristal @ matoa, pokok jambu air dan pokok kuini (dapat makan 2 biji aje masa berbuah yang lepas, yang lain dah kena ambil orang. kuang, kuang, kuang).
depan rumah pula dalam pagar Miss N ada tanam pokok mulberi yang memang tak berhenti2 berbuah asalkan rajin mencantas. daun mulberi boleh dibuah kerepek, buahnya boleh dibuat jus dan jem atau dimakan begitu sahaja.
Sebenarnya tak rugi pun berbakti pada tanah. walaupun tanah hanya sekangkang kera aje tapi kalau rajin berbaloi hasilnya. kalau tak ada tanah pun boleh tanam dalam pasu. yang penting kemahuan tu ada.
panjang pula celoteh Miss N kali ni. saja aje nak menulis panjang dengan idea bebelan yang mencurah-curah kali ni. hihihihi... semoga bertemu lagi
Sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment