assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
sebenarnya saya dah order online pada 29 mac yang lepas. memang telah dimaklumkan oleh kelab RAM bahawa buku ini akan dapat lambat dapat sebab buku dalam proses mencetak dan tempoh untuk dapatkan tandatangan penulis.. So sy tak kisah sangatlah dapat lewat. yang penting dapat...
setelah lama menunggu semalam buku pun sampailah ke tangan saya.. maknanya hampir sebulan baru dapat. alhamdulillah.
pembelian secara online agak mahal sikit. kalau tengok harga yang tertera pada kulit buku untuk Sabah Sarawak RM29.90 tapi saya beli RM40 sebuah. maknanya ada perbezaan RM11 kat situ. tapi saya puashati sebab yang pertama dapat buku ni lebih awal daripada pembaca yang lain. (setakat waktu ini, buku ni belum ada di pasaran lagi tau).
sebab yang kedua saya dapat tandatangan penulis buku itu sekali dengan cop kelab RAM. memang susah nak dapat. biasanya kalau ada pesta buku aje baru penulis ada di situ utk dapatkn TT. saya pulak duk kat bumi kuching. maknanya memang tipis lah nak jumpa penulis buku ni..
dan sebab yang ketiga saya dapat penanda buku ekslusif edisi sunan yang memang tidak ada di pasaran. sebab saya biasa pos barang2 ke semenanjung, jadi saya tahu kos mengepos guna pos laju. Harga untuk kos mengepos buku ni lebih kurang RM12.60 (3 buah). memang saya tak rugi apa2 pun.
inilah buku imaginasi, karya terbaru RAM yang saya beli online... bukak daripada kotak terus snap gambar. 2 buah lagi tu kawan saya yang order. kiranya sama2 peminat RAM lah..
inilah TT RAM beserta cop kelab RAM. ini yang susah nak dapat. yang saya pegang kertas kaler hijau tu adalah penanda buku siri Sunan yang saya ceritakan tadi.. ada 8 buah buku siri Laksamana Sunan yang disusun mengikut nombor. jadi kalau nak baca ikut aje turutan buku tu.. buku kisah Laksamana Sunan ni memang siri yang terpanjang. sebelum ni RAM ada menerbit buku bersiri juga yang bertajuk Tombiruo. Tapi hanya ada 3 siri aje..
Minat membaca saya dari zaman pandai kenal huruf dan angka sampai sekarang tak pernah luntur. pernah seketika saya cuba menghilangkan hobi ini, tapi memang tak boleh. jiwa saya rasa kosong bila tidak membaca... cuma buku2 bacaan yang saya pilih lebih tertumpu kepada buku2 yang lebih berbentuk ilmiah. sesekali saya layan jugak novel cinta, tapi tak mungkin tak kena dengan jiwa saya, saya rasa kurang seronok. mungkin sebab jalan cerita yang lebih kurang sama menjadikan saya rasa bosan.
sekian celotehan pasal hobi saya... wassalam
Showing posts with label hobi. Show all posts

Tuesday, 26 April 2016
Friday, 29 January 2016
buku RAM ke 28 yang dimiliki
assalamualaikum semua
misi mendapatkan buku karya RAM diteruskan.
kali ini berjaya dapat yang ke 28 pulak...
tengah bersiap2 mengemas nak balik parcel pun sampai..
melompat hati saya..
ini lah yang dicari2...
seronoknya...
sekian.
wassalam..

Thursday, 28 January 2016
Misi mencari buku karya RAM. beli online pula..
assalamualaikum semua..
dah namanya hobi saya membaca kan..
selagi tak dapat apa yang dicari memang akan berusaha lah sampai jumpa.
saya pernah cerita dalam entry di sini pasal misi mencari buku RAM kan...
cari di kedai tak jumpa. saya cuba pulak cari online..
dah namanya rezeki, jumpa jugak dalam DBP punya online.
sesiapa yang berhajat nak beli buku2 keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka boleh lah klik di sini.
hari ini buku yang saya beli tu pun sampai... guna pos laju aje
ini lah buku yang dicari2 karya pertama RAM yang diterbitkan kali pertama pada tahun 1995. semasa shopping tu saya sempat juga menyambar 2 buah buku karya Fatimah Saidin iaitu Korban kasih dan Korban kasih 2..
sekian untuk entry ringkas saya
wassalam....

Tuesday, 26 January 2016
hobi santaiku lagi..
assalamualaikum semua
entry kali ini nak tunjuk hasil tangkapan semasa saya pergi kedai buku popular.
ini buku untuk 3 bulan punya bacaan.. hihi. yang dua kat atas dan buku lawak kampus tu anak2 punya. buat masa sekarang saya sedang habiskan membaca buku RAM yang bertajuk Sunan Cinta Nan Sakti... tinggal sikit aje lagi. lepas ni bolehlah sambung baca yang baru dibeli ini...
sekian, wassalam

Thursday, 21 January 2016
kisah hobi ku
assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
salah satu hobi saya yang masih kekal sampai hari ini adalah membaca novel. kalau zaman remaja dulu saya suka baca novel penyiasatan. masa ni siri nancy drew, harry boy, 7 penyiasat dll memang sangat popular lah. tapi masa ni saya masih bersekolah menengah. nak beli memang tak mampulah. jadinya saya jadi pengunjung tetap perpustakaan sekolah tiap2 hari... maknanya tiap2 hari saya akan habis sebuah buku. masa membacanya adalah waktu tunggu bas selepas balik sekolah. kalau tak sempat habis, saya sambung baca sebelah malam pulak sebaik sahaja kerja2 sekolah selesai. selagi tak habis baca buku tu saya tak akan tidur sebab keesokkan harinya saya mesti pulangkan semula buku itu untuk pinjam yang baru pulak... dah macam satu ketagihan pulak....
minat membaca saya memang tak pernah hilang. bila saya dah mula bekerja, saya mula membeli novel2 pula. masa ini saya selalu beli novel2 kisah percintaan. Minat saya kepada penulis novel triller Ramlee Awang Murshid ini bermula bila saya meminjam buku kawan. kebetulan kawan saya terletak buku bertajuk ADAM atas meja saya. saya biasanya tak suka beli novel yang penulisnya lelaki. rasa macam tak masuk dengan jiwa bila membacanya. Entah macam mana saya boleh terminat nak meminjam drpd dia. kawan saya kata RAM ini banyak novel dan semuanya triller. selepas habis baca novel ADAM tu saya terus pergi kedai buku dan borong semua buku RAM... masa tu siri Sunan belum ada lagi.. yang saya ingat siri Tombiruo yang popular... bermula daripada waktu itulah saya mengikuti perkembangan novelis RAM ni... asalkan keluar aje novel baru dia, saya akan terus cari di kedai2 buku..
sampai sekarang saya memiliki 25 buah novel drpd novelis RAM ini. hasil carian saya (ala google aje), RAM telah menghasilkan 33 buah novel. saya tak ada 8... mana nak cari??? yang no 8 dan no 17 tu adalah jalan cerita yang sama. cuma bahasa aje yang berbeza. saya dah ada yang 17. so tak perlulah nak beli yang no 8. dan yang terkini adalah ini..

inilah senarai buku yang saya perolehi. yang warna biru tu tidak ada dalam koleksi saya..
1. Igauan Maut - 1995 - DBP
2. Tombiruo - 1998 - Alaf21
3. Ranggau - 1999 - Alaf21
4. Anugerah Pertama - 2000 - CESB
5. Mandatori - 2000 - Alaf21
6. Semangat Hutan - 2001 - Alaf21
7. Pei Pan - 2002 - UPDSB
8. ADAM - 2002 - Alaf21
9. Satu Janji - 2003 - Alaf21
10. Tombiruo Terakhir - 2004 - Alaf21
11. Rahsia Perindu - 2005 - Alaf21
12. Bagaikan Puteri - 2005 - Alaf21
13. Hatiku Diharajuku - 2006 - Alaf21
14. Cinta Sang Ratu - 2007 - Alaf21
15. Ungu Karmila - 2008 - Alaf21 (dipasaran Dis 07)
16. Hijab Sang Pencinta - 2008 - Alaf21 (dipasaran Okt 08)
17. Personal Justice - 2008 - Alaf21
18. Mikhail - 2009- Alaf21
19. 9 Nyawa - 2010 - Alaf21 (dipasaran Nov 09)
20. Cinta Sufi - 2010 - Alaf21 (dipasaran Mac 10)
21. Rayyan Fantasi - 2011 - Alaf21 (dipasaran Dis 10)
22. Sutera Bidadari - 2011 - Grup Buku Karangkraf (dipasaran Mei 11)
23. Fiksyen 302 - 2011 - Grup Buku Karangkraf (dipasaran Dis 11)
24. Sunan Musafir - 2012 - Grup Buku Karangkraf (dipasaran Mei 12)
25. Aku Bercerita - 2013 - Grup Buku Karangkraf (dipasaran Jan 13)
26. Mitos - 2013 (Novel bersiri di ruangan Inspirasi Novel - Berita Harian. Terbit setiap sabtu bermula 7 September 2013)
27. Magis - 2013, Grup Buku Karangkraf ( dipasaran Okt 13)
28. Sunan Nanggroe - Mei 2014,Grup Buku Karangkraf.
29. Antologi Jiwa Kacau 2 : Gaun Berdarah ( Raudhah ) - Mei 2014, Grup Buku Karangkraf.
30. Mitos - Julai 2014, RAMFC ( Telah kehabisan stok)
31. Raudhah - 2015 - Grup Buku Karangkraf ( dipasaran Nov 14)
32. Antologi Jembalang : (Tetamu Siang) - Jan 2015 ( dipasaran Dis 14)
33. Sunan Cinta Nan Sakti-2015
sekian, wasalam

Subscribe to:
Posts (Atom)