Showing posts with label kudapan. Show all posts
Showing posts with label kudapan. Show all posts

Thursday, 24 October 2019

Resepi Chicken pop corn

Assalamualaikum dan hai semua...

Bila kerajinan memasak datang, maka akan terhasillah macam-macam menu.  Chicken popcorn ni sebenarnya ada dijual kat KFC.  tapi isinya seciput aje.  tak puas anak2 nak makan.  maka terjadilah inovasi  chicken popcorn versi buat sendiri.

ini memang main try & error aje.  alhamdullilah menjadi.  jom saya kongsikan resepinya

bahan-bahan

daging ayam bahagian dada (potong sebesr ibu jari tangan.  nak ikut saiz ibu jari kaki pun boleh 😀)
sebiji telur dipukul
tepung serbaguna (saya guna tepung bestari pedas)
bread crump oren
minyak untuk menggoreng


cara-cara


  • Panaskan minyak,  sementara itu isi ayam yang dah dipotong dicelup ke tepung serbaguna.  kemudian celupkan ke dalam telur yang telah dipukul dan terus golek2 ke dalam bread crump.
  • setelah minyak dah cukup panas,  bolehlah goreng chichen popcorn td.  pastikan api tidak terlalu besar untuk mengelakkan bahagian isi dalam chicken popcorn tak masak tp bahagian luarnya gelap.  pandai-pandai lah adjust. 
  • nampak dah masak boleh lah angkat.  


daging ayam yang dipotong kecil sebesar ibu jari tangan

tepung serbaguna



bread crump warna oren
saya simpan dalam bekas macam ni aje

tada... nyum nyum
Chicken popcorn ni sedap dimakan panas-panas dan dicicah dengan sos cili sambil menonton TV.  memang tak sedar lah berketul-ketul masuk mulut tu.  lepas tu jangan menangis tepi bucu meja pula bila timbang berat badan naik 2 kg.  😂😂😂


sekian perkongsian resepi saya kali ini.  wassalam



Thursday, 12 September 2019

Cendawan Enoki goreng rangup

assalamualaikum semua

Entry kali ini saya nak kongsikan cara membuat cendawan goreng yang rangup.  Cendawan yang digunakan adalah cendawan enoki yang bentuknya kurus-kurus tapi panjang.  kalau tak kenal juga boleh tengok gambar di bawah ni.  kalau tak dapat bayangkan juga,  hantuk kepala kat dinding ajelah. dah tunjuk gambar pun tak faham juga... tak dapek den nak nolong dah..

cendawan enoki dalam paket
bahan-bahan

1 paket cendawan enoki
tepung serbaguna (ikut sukalah nak guna jenama adabi ke, bestari ke, ikut tekak)
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

cendawan enoki dibuang akarnya, leraikan dan dicuci bersih.  kemudian toskan sebentar untuk buang air.  ambil dalam 2@3 sudu tepung dan taburkan cendawan tadi.  gaul2 rata.

Sementara itu panaskan minyak masak.  pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.

ambil sesudu cendawan dan gorenglah macam goreng cengkodok tu.  paling bagus buat nipis-nipis untuk menghasilkan gorengan yang rangup.

angkat dan sedia untuk dihidangkan.

sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili.

cendawan yang telah diletak tepung serbaguna

goreng hingga rangup. nampak latarbelakang gelap sebab goreng waktu malam.  pencahayaan kurang 

hasilnya.  Rangup krup krap.  sekejap aje licin

cendawan enoki ini hasilnya lebih rangup daripada cedawan yang lain.  anak-anak saya suka sebab ianya rangup dan mudah disediakan.  selamat mencuba..😄

sekian untuk perkongsian resepi mudah ni.  wassalam

Thursday, 7 February 2019

Bebola keledek cheese

assalamualaikum semua

kali ini saya nak berkongsi resepi yang sesuai untuk dibuat minum petang atau kudapan sambil menonton TV.

bahan yang digunakan pun mudah sahaja.  rasa terliur tak tengok video ini.  kalau rasa menyelerakan jom saya kongsikan resepinya...


bahan-bahan
ubi keledek 
tepung gandum
sedikit garam
beberapa keping cheese (saya guna cheesedale yang dipotong 4)
bread crumb secukupnya

cara-cara

Rebus ubi keledek hingga empuk.  kemudian lencekkan.

Campurkan tepung gandum dengan ubi keledek yang telah dilenyek tadi.  uli hingga menjadi doh.  tepung gandum ni saya main agak2 aje sebab bergantung kepada saiz keledek yang digunakan.



setelah itu bentukkan doh menjadi bulat, leperkan dan letakkan cheese di tengah2 sebagai intinya.  bulatkan semula.  (rujuk gambar di bawah.



salutkan bebola tadi dengan bread crumb.  kalau terlalu kering boleh basahkan sedikit bebola tadi untuk melekatkkannya.



panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan menggunakan api yang sederhana sehingga masak.


 sedia untuk dihidangkan.  amat sesuai dimakan panas-panas sebaik sahaja selepas goreng sebab cheese di bahagian dalamnya akan terasa di tekak tat kala kita mengigitnya.  nyummyyyy



Monday, 11 September 2017

pop corn lagi


assalamualikum semua

kerajinan nak buat pop corn kembali lagi.  kebetulan ada perlawanan bola sukan sea peringkat akhir melibatkan Malaysia melawan Thailand.  so saya buat lah untuk kudapan menonton bola.  untuk resepi boleh dapatkan di sini untuk cara membuat pop corn dan sini untuk cream cramelnya.

inilah rupa pop corn yang belum diletak gula


bila dah letak guna nampak berkilat dan agak lemau.  tapi ajngan risau bila dah sejuk akan jadi rangup..



dihidangkan dengan besen aje depan TV.  senang nak makan bersama anak2.  sediakan juga air teh o yang memang sedaplah lebih2 lagi mengadap depan TV.  memang tak sedar berketul2 masuk dalam mulut.  lepas tu jangan pulak merungut kena berat badan tak turun2 walaupun aktif bersenam.  hahahah.  kena ingat ye 80% berat badan adalah disebabkan faktor pemakanan kita manakala 20% lagi adalah workout.



sekian, wassalam

Thursday, 1 September 2016

Butter Caramel Popcorn

assalamualaikum semua

sebelum ni sayaada kongsikan cara nak buat popcorn kan.  kali ni saya nak kongsikan cara buat karamel pula.  ada beberapa resepi yang saya gunakan.

Resepi 1 - ini paling mudah

bahan
3 sudu gula pasir
1 sudu gula merah
2 sudu butter

cara-caranya

  1. Panaskan kuali dan masukkan gula pasir dan gula merah.  kacau hingga gula tu cair.  jangan sampai berwarna gelap.  nanti pahit.  
  2. bila dah cair terus masukkan butter dan kacau hingga butter cair. 
  3. matikan api, masukkan popcorn dan kacar hingga semua gula tu menyaluti popcorn.  sebaiknya gunakan 2 sudip semasa proses mengacau ni.
  4. tunggu hingga sejuk dan bolehlah dinikmati atau simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi 2 

Bahan
100 g butter
1 cwn gula perang
2/3 cwn corn syrup
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya

  1. Panaskan gula perang, corn syrup dan butter.  kacau perlahan hingga butter cair
  2. kemudian masukkan soda bikarbonat dan kacau.  masukkan esen vanila.  kacau sebentar dan matikan api.
  3. tuang karamel atas popcorn dan kacau rata
  4. ratakan popcorn atas dulang pembakar yang telah dialas baking paper.  bakar pada suhu 180 darjah selama 5 minit.
  5. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum di simpan kedalam bekas kedap udara.

nota
*  Setelah disiram dengan karamel, popcorn akan nampak lemau.  tunggu hingga popcorn sejuk sepenuhnya barulah ia menjadi rangup

*  Cara mudah untuk membersihkan bekas yang terdapat karamel yang melekat adalah dengan memasukkan air dalam bekas tersebut dan didihkan.  karamel akan cair bersama air tadi.

Wednesday, 6 January 2016

roti jala bersama durian lempuk

assalamualaikum semua


kadang2 bila datang kerajinan memasak melampau2 pulak jadinya.  sebelum ni saya pernah syer entry resepi roti jala di sini.  untuk entry kali ini saya ubah suai sikit dengan menggunakan durian sebagai pelengkap  hidangan.

untuk membuat durian lempuk saya cuma masak isi durian yang telah dibuang biji bersama2 dengan gula.  kadar gula tu ikut taste sendiri. bila gula dah sebati dengan durian siaplah.


untuk versi kali ini roti jala saya berwarna hijau epal. (saja nak tukar angin. biasanya warna kuning).
guna sahaja non stick pan.  tak payah susah2 nak bubuh minyak dan lebih sihat..



 

Roti jala bersama sos durian dan air milo panas.  siaplah hidangan lengkap untuk sarapan pagi atau minum petang.  saya buat untuk sarapan pagi.



  selamat mencuba...

sekian, wassalam



Wednesday, 9 September 2015

pop corn (homemade)


assalamualaikum....

siapa suka makan pop corn???
biasanya kita boleh beli kat pasar malam, shopping compleks dan kat pintu masuk wayang gambar
macam dah jadi trend pulak kan bila menonton movie  nak kunyah pop corn....
feeling ala2 mat saleh celup gitu...

ini lah rupa pop corn utk sesiapa yang tak kenal...




entry kali ini saya nak tunjukkan cara2 membuat pop corn yang senang sangat...

mula2 kita perlukan pop corn seeds.  saya beli jenis ini aje kat pasaraya..
satu bungkus ni boleh buat 3 kali...



mula2 tuangkan minyak masak ke dalam kuali.. agak2 lah ye... kalau nak letak butter pun boleh tapi mesti campur dengan minyak masak.. sebabnya takat didih butter dengan takat didih minyak berbeza. (macam cikgu sains pulak)  kalau guna butter aje, bertih jagung tu belum sempat meletup, butter dah hangus...

untuk tengok minyak dah panas atau tidak, letakkan beberapa biji jagung ke dalam kuali.. macam gambar kat bawah ye..



bila jagung tu dah mula pop, tandanya minyak tu dah cukup panas.  tuangkan segenggam jagung ke dalam kuali kemudian cepat2 tutup.  gambar jagung sebelum pop x sempat nak snap. kalau sibuk nak snap jugak alamatnya anak2 saya akan bergembira bermain 'snow' kat dapur tu...

diingatkan sepanjang proses pop tu jangan sesekali buka penutup kuali ye.... kalau tak alamatnya u ll semua akan dihujani dengan tembakan peluru bertih jagung..... hahaha..



jagung akan meletup di dalam kuali tu.. bila dah berhenti meletup, matikan api dan bolehlah tuang ke dalam bekas.



untuk buat sirap gula pula , gunakan kuali tadi dan tuangkan 3 sudu besar gula. kacau sampai cair.  lepas tu masukkan 2 susu besar butter, kacau sampai butter cair dan slowkan api.

masukkan pop corn tadi ke dalam kuali. kacau sebati dan matikan api.

biarkan pop corn tu sejuk sekejap ( anggaran 2 hingga 3 minit).  pop corn tu akan jadi rangup.

bolehlah dinikmati...



inilah rupa pop corn tu.. minta maaf gambo gelap.. maklumlah hp murah...

sekian, selamat mencuba.........
wassalam

Monday, 29 June 2015

membuat roti jala yang sedappppp

assalamualaikum semua

hari ini saya nak kongsikan yang sangat simple dan baahn2 pun mdah diperolehi.



bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/ santan/ susu segar (saya guna air dicampur dengan santan)
sedikit pewarna kuning

cara-caranya

1. blend semua bahan hingga sebati kemudian masukkan ke dalam acuan roti jala.  Saya guna jenis botol yang ada 3 muncung. boleh tengok gambar di bawah ini.  bagi saya guna botol senang sebab mudah nak kawal kadar aliran tepung yang keluar.

  

2.  Panaskan sebentar kuali non stick (boleh aje guna kuali biasa tp kena letak minyak sikit).  Lepas tu korang jala lah ikut suka hati.  asalkan bila digulung nampak berkirai macam jala ok....  korang tak payah terbalikan roti tu tau  nampak kering aje angkat.   gambo bawah ni saya punya versi.  versi janji jala.  hahaha tak ada QC hokey....

3.  Lepas tu bolehlah gulung mengikut saiz yang disukai... gambo kat bawah ni tangan anak bujang saya yang tetiba datang angin kus2 nak tolong mama dia kat dapur.. sampai habis dia tolong gulung.  Lepas tu buka dan sahur dia nak makan roti jala aje... hahaha..


 


 4.  ini lah rupa roti jala yang dah siap digulung.  roti ni lembut aje.  Saya lawankan dengan kari ayam aje.  terima kasih kepada pemilik resepi asal Azie kitchen yang sudi berkongsi resepi roti jala ini.






Tuesday, 3 February 2015

apam polkadot

assalamualaikum semua..

ini adalah aktiviti hari Ahad lepas tapi hari ini baru ada mood nak up date.... hehehe

membuat apam polkadot ini mudah aje.

bahan-bahannya
2 biji telur (suhu bilik)
1 cwn gula (saya kurangkan jadi 3/4 aje)
1 sudu kecil ovalette
2 sudu kecil esen vanila
1 cwn susu segar/ susu cair
2 cawan tepung gandum diayak dengan satu sudu soda bikarbonat/ boleh guna tepung naik sendiri
jem strawberi secukupnya.

cara-caranya

  1. mula-mula panaskan pengukus. jangan lupa letak air dalam pengukus tu..
  2. pukul telur, gula dan esen vanila hingga sebati.
  3. masukkan susu segar. pukul lagi
  4. masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan soda bikarbonat. gaul sebati
  5. Akhir sekali masukkan ovalette dan kacau lagi. (kalau nak apam kita gebus ini kena letak last sekali ye)
  6. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. lepas tu bolehlah bubuh kaler yang disukai. 
  7. kemudian masukkan adunan tadi dalam piping beg.  nak senang kerja.  jangan lupa masukkan juga jem strawberi tadi dalam piping beg juga.

beginilah rupa adunan yang telah siap di letak pewarna...





paipkan adunan tadi dalam paper cup macam gambar dibawah ni. masukkan 1/2 dulu ye.  lepas tu paipkan jem strawberi kat tengah2nya. 

 



lepas tu paipkan lagi separuh sampai penuh paper cup tu
 


lepas tu buat titiskan macam gambar di bawah untuk menghasilkan polkadotnya.....

 



dah siap bolehlah dimasukkan dalam pengukus.. dan kukus selama 15-20 minit.  


tada....... inilah hasilnya.. inilah gambar yang dapat disnap. yang lain dah masuk ke dalam mulut anak2 ku....  kena serbu dek anak2  lepas keluar daripada pengukus. seronok tengok....









selamat mencuba................