Thursday 12 September 2019

Cendawan Enoki goreng rangup

assalamualaikum semua

Entry kali ini saya nak kongsikan cara membuat cendawan goreng yang rangup.  Cendawan yang digunakan adalah cendawan enoki yang bentuknya kurus-kurus tapi panjang.  kalau tak kenal juga boleh tengok gambar di bawah ni.  kalau tak dapat bayangkan juga,  hantuk kepala kat dinding ajelah. dah tunjuk gambar pun tak faham juga... tak dapek den nak nolong dah..

cendawan enoki dalam paket
bahan-bahan

1 paket cendawan enoki
tepung serbaguna (ikut sukalah nak guna jenama adabi ke, bestari ke, ikut tekak)
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

cendawan enoki dibuang akarnya, leraikan dan dicuci bersih.  kemudian toskan sebentar untuk buang air.  ambil dalam 2@3 sudu tepung dan taburkan cendawan tadi.  gaul2 rata.

Sementara itu panaskan minyak masak.  pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.

ambil sesudu cendawan dan gorenglah macam goreng cengkodok tu.  paling bagus buat nipis-nipis untuk menghasilkan gorengan yang rangup.

angkat dan sedia untuk dihidangkan.

sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili.

cendawan yang telah diletak tepung serbaguna

goreng hingga rangup. nampak latarbelakang gelap sebab goreng waktu malam.  pencahayaan kurang 

hasilnya.  Rangup krup krap.  sekejap aje licin

cendawan enoki ini hasilnya lebih rangup daripada cedawan yang lain.  anak-anak saya suka sebab ianya rangup dan mudah disediakan.  selamat mencuba..😄

sekian untuk perkongsian resepi mudah ni.  wassalam

No comments: