assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Tajuk macam apa aje. Sebenarnya tak di rancang pun. Kebetulan kereta yang dibooking dah dapat. so saya terpaksalah balik sekejap untuk uruskan. Kereta tu bukan untuk saya pun tapi saya dan adik pakat-pakat untuk jadikan hadiah birthday emak. Dah alang-alang sampai tu singgah lah sekejap ke muzeum coklat tu. bayaran masuk RM5 seorang. kalau tak mahu masuk nak beli coklat aje pun boleh. tapi sebab dah sampai, rugi pula tak masuk tengok.
Dalam muzium tu adalah di ceritakan sejarah penghasilan coklat. jenis-jenis coklat yang ada dan senarai negara pengeluar coklat terbesar di dunia.
|
bahagian depan muzeum |
|
emak duduk berehat sekejap. |
saya tertarik dengan model yang ditempatkan disini. ada train yang membawa coklat bergerak di atas landasan dan akan melalui terowong dan disekitarnya yang berkonsepkan kediaman desa.
|
pemandangan desa |
|
train yang bergerak membawa coklat 😋 |
|
inlah coklat kegemaran saya |
|
gambar PM dan isteri menggunakan coklat M&M |
|
mesin mencairkan coklat |
|
antara bentuk kreatif yang dihasilkan menggunakan coklat |
|
kedai menjual coklat |
lepas keluar dari muzeum tu waktu dah tengah hari. so perut dah mula lapar. So kami lunch di Paramount Coffee house yang terletak di Vista Alam, Shah Alam yang dimiliki oleh Ebit Liew.
|
Askrim, epal dgn bijirin (tak ingat namanya) |
|
spageti |
|
waffle coklat dan topping ice cream |
|
mak's chilli padi chicken |
personally cafe ni oklah. Dekorasi ala-ala hipster dengan alunan muzik lembut menyenangkan hati saya. Makanan yang kami pilih pun kena dengan tekak saya. so secara keseluruhannya saya boleh bagi 4/5 markah.
sebelah petang tu saya ke kedai kek untuk membeli kek. Sebenarnya birthday emak bulan depan. kiranya kami sambut awal sebulan lah. dah kebetulan saya balik. so buatlah awal.
|
kek ice cream |
|
sebahagian ahli keluarga yang ada |
|
inilah hadiah birthday untuk emak saya. kongsi dengan adik saya. Si biru yang cantik |
keesokkan harinya saya pergi melawat anak buah saya yang belajar di Shah Alam. kebetulan tempat belajar dia ada buat jualan. So kami datanglah beramai-ramai untuk support dia.
malam tu sy pun terbang semula ke sarang di Borneo...
Sekian, catatan pendek untuk kenangan akan datang. Wassalam
No comments:
Post a Comment