Friday, 13 September 2019

Kuching Marathon 2019

Assalamualaikum semua

tajuk entry macam gempak aje kan.  Tapi sebenarnya saya join half marathon (21 km) aje untuk event ni (je?? cungap wei nak habiskan 😅).  Larian sejauh 21 km ini adalah larian terjauh saya setakat ni. hohoho.  saja-saja cari pasal.

Sebenarnya saya register event ni tahun lepas lagi. Masa tu kaki masih sihat lagi so bersemangatlah nak try.  tup-tup hujung bulan Mac ni saya injured.  Lutut bengkak dan terpaksa menjalani rawatan pembedahan Arthroscopy. 3 bulan juga lah saya berehat.  sangkut ramadhan dan raya.  so tak terasa sangatlah rehatnya.  cuma masa solat tarawih tu masih perlu bantuan kerusi lagi.


walaupun sakit muka mesti senyum 

CD sepanjang proses pembedahan.
lepas habis raya saya mula aktif balik.  knee guard benda wajib pakai untuk elakkan lutut kanan saya cedera lagi. Syukur urusan saya dipermudahkan dan saya berjaya mencapai misi menawan puncak Gunung Fansipan pada Julai 2019.  Selepas Gunung Fansipan misi seterusnya adalah Kuching Marathon 2019.  So training lah saya untuk itu...


Kuching Marathon merupakan acara marathon bertaraf antarabangsa yang telah dianjurkan bermula pada 17 Ogos 2014. Peserta boleh memilih untuk join mengikut kategori yang disediakan iaitu Full marathon (42 km), Half marathon (21 km), 10 km dan fun run 5 km.  tahun lepas saya join 5 km aje dan replace kawan yang pregnant.

berdebar pulak rasanya
 Race pack saya ambil hari Jumaat.  mujurlah saya ambil awal sebab hari Sabtu berpusu-pusu orang datang untuk ambil racepack.  dalam race pack ni ada diberikan nombor bib yang ada timing cip sekali, t shirt event, dan cenderahati daripada penaja.

anak beranak join 😅
 Selain saya anak-anak saya juga join 5 km fun run.  Selalu Azim jadi ghost runner aje tp kali ni saya register semua sebab KM ni ada diberikan e-certificate sebaik sahaja selesai event.  boleh lah simpan buat kenangan nanti.

Disebabkan jarak larian yang berbeza, maknanya waktu flag of tak sama.  saya akan mula berlari jam 4 pagi manakala anak-anak saya akan start berlari jam 6.30 pagi.  Jauh juga beza masanya.  So saya ambil keputusan untuk menginap di hotel yang berdekatan  tapi semuanya fully book. 😇.  yang paling dekat Grand Continental.  sebab anak-anak nak mandi pool saya ambil lah hotel tu.  lagipun harganya ok.  jarak dari Hotel ke Padang merdeka lebih kurang 1 km.  ok lah tu.

Masa hari sabtu tu saya dan anak2 konon2 nak join Super Rat Race.  tapi lambar sampai pulak.  udahnya kami lepak-lepak aje kat situ sambil bergambar.  lari pun 1 km aje kot merentasi jambatan Darul Hana.  Bukan lari sangat pun.  lebih pada berjalan.

free aje untuk sesiapa yang nak join


bergambar dengan batman
 lepas lepak-lepas, pergi makan dan apa-apa aje, kami pun check in hotel.  Anak-anak saya dah tak sabar nak berenang.  so lepas check in terus aje terjun kolam..


masing-masing jadi dugong
 kolam renang hotel ni mempunyai kedalaman 4 m - 5.5 m.  so ianya tidak sesuai untuk kanak-kanak yang bawah 12 tahun dan tak pandai berenang.

Malam tu kami tidur awal sebab nak kena bangun awal pulak.  kalau terlajak tak ke nanya...

Jam 3 kami sekeluarga bangun, breakfast dll.  Sebab jauh saya akan berjalan sekali dengan anak2 dengan membawa sleeping bag utk diorang tidur sementara menunggu waktu flag of diorang.

Cabaran bermula sebaik sahaja kami nak mula berjalan dari hotel ke Padang merdeka.  baru 100 m hujan turun dengan lebatnya.  saya terpaksa minta Azim patah balik untuk mengambil payung dalam kereta.   lepas tu kami terus berjalan perlahan-lahan.  masa ni dah terlintas dalam hati.  nak kena berlari dalam hujan ke hari ni. adoiii... dah lah first time nak lari 21 km.

Kebetulan saya melintasi 7 eleven.  terus saya masuk kedai tu untuk membeli 4 pasang baju hujan.  masa saya sampai tu larian untuk 21 km dah nak mula.  Berdiri sekejap, larian pun bermula.  dalam keadaan saya tak sempat warming up terus berlari. hohoho.   nasiblah berlari dalam keadaan hujan lebat betul. 11 km pertama saya masih ok agi.  masuk km ke 12 perut saya meragam pulak.  dalam hati apa pula yang saya makan sampai perut meragam.  Jarang perut saya meragam kecuali salah makan. So disebabkan tak tahan dalam km ke 15 kot saya berhenti dan masuk toilet yang disediakan.  dalam toilet tu x ada lampu tp disediakan air untuk mencuci.  so lampu sy berpandukan lampu hp.  lega terus perut saya dan saya boleh menyambung larian yang tergendala tadi.  Masa ni Pace memang ke laut china selatan.  tak peduli sangat dah.  dalam 3 km terakhir jari kaki kiri saya dah mula sakit.  Blister pulak kat tempat biasa.  uwaaaaa... terpaksa stop lagi kat medic untuk minta handyplas.  lama juga nak tunggu sedangkan masa berjalan.  bertabahlah.  lepas tu try run lagi sedaya upaya sebab nak kejar COT yang semakin dekat.  terserempak dengan seorang runner yang injured.  mungkin cramp.

Dan akhirnya sampai juga saya ke garisan penamat setelah berdepan dengan penuh drama swasta.  Syukur alhandullilah.

 

tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kegembiraan saya di saat ini.  Dapat terus sarung baju biru tu... horeyyyy

bergambar anak beranak

4 medal anak beranak

bergambar dengan geng hiking dan run yang turut mengambil bahagian dalam KM 2019 ini


Syukur walaupun tak cukup tranning saya berjaya juga habiskan larian dalam tempoh masa yang ditetapkan.  dapatlah medal dan finisher T yang diimpikan.

Next saya dah register 21 km lagi pada hujung bulan Oktober ni.  semoga dipermudahkan segalanya.

sekian, wassalam...


No comments: