Tuesday 31 March 2015

Cheese cake mudah




assalamualaikum dan selamat sejahtera.

hari ini saya mendapat resepi yang mudah untuk membuat cheese cake.  sumber dari sini.  saya kongsikan caranya ye...

Hasil carian imej untuk cheese cake

Resepi cheese cake mudah

BAHAN  A



6 keping cheese disiat kecil2


300 ml susu segar


100 gm butter

  
6 biji telur (asingkan kuning dan putih)



campurkan cheese, susu dan butter. panaskan atas api. pastikan api kecil


BAHAN B



pukul putih telur hingga kembang. kemudian masukkan 125 gm gula. pukul hingga menjagi meringue macam gambar di atas. ketepikan.

BAHAN C


dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang.


masukkan bahan A & C dahulu. kemudian masukkan 100 gm tepung gandum sedikit demi sedikit. masukkan esen vanila (1 susu kecil).  kacau sebati dengan menggunakan senduk aje. jangan guna mixer nanti kek jadi keras.  Akhir sekali baru letak bahan B dan kacau hingga sebati.



masukkan kedalam loyang.  balutkan bawah loyang dengan aluminium foil. letakkan air panas dalam loyang lain yang lebih besar dan letakkan loyang yang dibalut aluminium foil tadi ke dalamnya. (teknik double boiler). bakar pada suhu 170 darjah celcius dalam 20 minit pertama. kemudian suhu 140 darjah celcius dalam 40 minit terakhir. gunakan api atas bawah.


begini lah rupanya....

selamat mencuba..............


Monday 30 March 2015

makaroni cheese

assalamualaikum semua

semalam datang kerajinan untuk mempelbagaikan masakan.  atas permintaan anak2 saya pun menggooggle resepi dan melaksanakan misi tersebut.

resepinya mudah sahaja. saya dapat daripada blog disini. terima kasih kepada empunya blog. tapi saya olah ikut apa yang ada di dapur.

bahan-bahannya
1 paket makaroni
75 gm keju cheddar
1 tin susu cair
4 sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum
5 biji cendawan butang
10 ekor udang segar
sedikit  peper
sdikit garam dan bahan perisa

cara-caranya

Masak air dan garam hingga mendidih. kemudian masukkan makaroni dan biarkan lebih kurang 10 minit.  kemudian toskan dan gaul dengan butter (semasa panas-panas ye).


 

cairkan butter dalam kuali dan masukkan tepung gandum. kacau hingga warna perang. kemudian masukkan susu. kacau perlahan.  Masukkan keju dan kacau sampai pekat. masukkan peper, garam dan bahan perisa. Masukkan udang dan cendawan butang. kacau hingga udang masak. pastikan api tidak terlalu kuat.


 


 akhir sekali masukkan makaroni yang telah digaul dengan butter tadi.  kacau rata. 


bolehlah dihidangkan panas-panas. 





 

selamat mencuba.............



Thursday 5 March 2015

diet oh diet

assalamualaikum semua...

berat badan terkini yang berjaya diturunkan adalah sebanyak 49.6 kg.  maknanya saya telah berjaya melepasi sasaran berat badan kurang daripada 50 kg. yahoo... misi tercapai. so BMI terkini 22.04.


tapi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

masih terlalu awal untuk bergembira kerana berat ideal saya adalah antara 45 kg hingga 50 kg. so kena berjaga-jaga jugak dan kawal pemakanan.  selain untuk kelihatan cantik kesihatan juga penting.
kalau nak tengok daripada mula kisah diet saya boleh lah tengok dalam entry yang lepas-lepas ye...


sekian, wassalam..........

Tuesday 3 March 2015

upgrading Taekwondo lagi

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

ini cerita Pagi Ahad lepas 1 Mac 2015.  ketiga2 anak saya upgrade 1 kaler lagi.

Izah dan Wani upgrade red tip.  lepas ni kaler tali pinggan tukar jadi merah pulak. Azim pulak up grade green.  lepas ni dia punya tali pinggang jadi blue tip pulak... jom kita tengok gambo pulak..







begitulah ceritanya....

sekian, wassalam







bermain bowling

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

ini sebenarnya cerita dah basi... aktiviti ini adalah pada 22 Februari 2015.  tapi baru terbuka hati nak masukkan dalam entry. minta maap banyak2 ye.. camera guna hp aje.... so gelap lah sikit gambonya..



habis aje main bowling, bebudak ni pun bersantai-santailah kat area water front tu... sempat juga saya rakam aksi diaorang.....







sekian........ wassalam






Monday 2 March 2015

cerita pasal diet lagi

assalamualaikum semua...

entry kali ini nak cerita pasal diet lagi... berat badan saya pagi tadi 50.4 kg.  agak slow turunnya kalau nak cepat kena rajin bersenam. disebabkan dah biasa kira kalori, skrg saya dah tak catat dalam buku. ingat aje apa yang diambil dan buat anggaran... kadar BMI terkini pulak adalah 22.4.

tapi dalam berdiet ini semalam sempat juga buat laksa penang untuk keluarga.. hahaha... tapi macam biasa lah. anak-anak saya suruh makan byk tapi saya makan separuh aje... alasan saya mama dah besar korang kecik lagi....

sekian