Thursday 27 September 2018

clutch beg diamond

assalamualaikum semua

sejak dua menjak ni saya mula aktif mengait semula.  yang saya paling suka buat adalah handbang yang kebanyakannya saya buat untuk kegunaan sendiri sebab masa yang diperlukan untuk buat agak lama.

kadang-kadang sampai 2 bulan baru siap.  sebabnya saya hanya mengait pada waktu mlm aje.


tada... ini namanya diamond clutch bag.  besinar2 dengan batu yang berkilau...

banyak menggunakan stitch Single crochet (SC).

sekian, wassalam




Thursday 6 September 2018

Gunung Trusmadi via Apin-apin

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

dalam entry sebelum ni saya ada bgitau yang sebaik sahaja  turun dari Mt Kinabalu, destinasi seterusnya adalah mendaki Mt Trusmadi.  Mt Trusmadi terletak di Negeri Sabah di daerah Keningau.  ia merupakan gunung yang kedua tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2624 meter.  Ada 3 laluan pendakian untuk sampai ke puncaknya iaitu laluian dari Tambunan, Apin-Apin dan Sinua. 

sebenarnya pada perancangan asal kami mahu mendaki melalui Tambunan.  malangnya sewaktu tarikh pendakian kami, laluan itu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.  justeru, kami mengikut laluan yang ke dua iaitu menggunakan laluan Apin-apin yang melalui pekan Keningau.

kami menginap di hotel sekitar Kota Kinabalu dan bergerak ke Keningau dengan menggunakan Van.  sampai di Keningau kami menaiki kenderaan pacuan 4 rodauntuk ke Apin-apin




kami menikmati makanan tengahari di Keningau

bergamabr dulu sebelum masing-masing berpecah menaiki kenderaan pacuan 4 roda


urusan pendaftaran dilakukan di pintu ini.  


sempat juga saya bergambar sekeping kat kawasan gate ini..




semangat sungguh masing nak memulakan perjalanan ke destinasi.. bergambar dulu  






perjalanan ke tapak khemah mengambil masa selama 3 jam dan melalui jalan yang mencabar.  Ada satu ketika kenderaan kami tersangkut dan terpaksa ditarik.  Sebanyak 3 buah kenderaan pacuan 4 roda digunakan untuk ekpedisi kami ini.  



sampai di tapak khemah kami menyediakan khemah, makan dan seterusnya berehat untuk aktiviti seterusnya.  Jam 2 pagi kami bangun dan bersiap-siap untuk menuju ke puncak. 



sepanjang perjalanan memang gelap dan kami berpandukan kepada headlamp yang dibawa.









Gunung Kinabalu dari puncak Gunung Trusmadi (ini pemandangan di Towernya)





dalam pendakian turun saya menikmati pemandangan mossy forest yang sangat menakjupkan.  di sebabkan Gunung ini dikawal aktiviti pendakiannya, maka ianya masih terpelihara keindahannya.  periuk kera memang saiz besar sungguh..

 

 

sepanjang trail memang dipenuhi lumut sahaja.  cuaca memang sejuk dan ssaya memakai baju sejuk sepanjang perjalanan dan bersarung tangan tebal.



wajah-wajah kepuasan setelah berjaya mengharungi cabaran 7 jam pendakian naik dan 5 jam pendakian turun..

akhirnya tamatlah ekspedisi pendakian saya di bumi di Bawah Bayu ini.  Syukur sangat kerana  kesemua aktiviti pendakian saya sepanjang tempoh ini berjaya sampai ke puncak  walaupun masa perjalanan turun dari Mt Trusmadi tu saya dah tak berdaya.  keletihan yang teramat sangat.  bayangkan sebelum tu mendaki gunung yang tertinggi di Asia tenggara dan disambung dengan pendakian ke gunung ke dua tertinggi di Malaysia pula..  memang pewai habis.  tapi kepuasan tergambar di wajah masing-masing.  

next aktiviti hiking saya adalah ke negara jiran pula.  nak cuba cabaran mendaki gunung berapi yang dikatakan tertinggi di situ...

Sekian, wassalam







kuching marathon 2018

assalamualaikum semua

sebenarnya ini pertama kali saya join Kuching Marathon.  antara sebabnya feesnya agak mahal berbanding dengan running event yang saya pernah sertai sebelum ini.. saya join pun sebab menggantikan kwn sy yang sedang pregnant.


inilah bib yang dipakai.  siap tertulis nama lagi kat situ.  ok.  masa ni namaku Seri ye..  


 


Cut of time untuk larian 5 km adalah 1 jam setengah.  sebaik sampai ke garisanpenamat, medal akan diberikan.  seperti biasa Azim jadi Ghost runner.  hihihi...


Kategori yang dipertandingkan dalam Kuching Marathon ni adalah Full marathon 42 km, half marathon 21 km dan 10 km.  manakala 5 km adalah fun run sahaja dan tidak ada pertandingan. Sempat juga saya menyelit bergambar bersama-sama ahli kelab UGR yang lain. dah 2 tahun saya join kelab larian ini tapi saya tak aktif sangat.  

Sekian, Wassalam

hiking gunung Kinabalu kali ke 2

assalamualaikum semua

ok kalau nak tahu ini sebenarnya cerita bulan Mac lepas. dah basi pun.  tp sebab nak jadikan memori, tepek jugalah kat sini untuk bacaan anak cucu cicit akan datang...

sebenarnya ini adalah sambungan daripada entry bukit piramid yang saya dah buat sebelum ini.

planning nak panjat semula Gunung tertinggi di Asia Tenggara ni sebenarnya dah lama.  masa naik kali pertama dulu zaman 20 an.  trail lama.  trail baru memang tak pernah naik lagi.  so teruja juga nak tengok perbezaannya..

Ekspedisi ni saya sertai bersama group Kelab Kembara Anak Sarawak yang sy mula sertai lebih kurang 2 tahun lepas.




awal-awal pagi lagi kami dah bangun untuk bersiap sedia.  kita mulakan dengan sesi bersarapan dan bergambar dahulu.  masing-masing muka eksited...


lepas breakfast,  sesi memanaskan badang pun dimulakan.  untuk hari pertama ni kami pakai baju kelab yang berwarna  biru.


sesi bergambar sebelum bergerak ke lokasi.

sesi bergambar untuk gegurl aje.. hihihi


disebabkan tempat penginapan kami tak jauh pun dr tempat pendaftran mendaki, kaki berjalan kaki sahaja.  tak pasti pula jaraknya berapa km.

 

lepas pendaftaran kami diberikan pass ini.  pass ini perlu dijaga dengan baik  dan perlu dipakai sepanjang pendakian.  ini merupakan dokumen pengenalan diri kita dan perlu ditunjukkan oleh petugas 


bergambar dulu sebelum mengerah tenaga...


sesi taklimat keselamatan diberikan oleh malim gunung berhadapan pintu masuk.  walaupun saya dah pernah sampai puncak, perlu juga mendengar taklimat ini kerana ada beberapa info terkini yang saya tidak tahu.


selepas tu kami bergambar lagi di pondok timpohan ni sebelum memulakan pendakian.  dengan lafaz bismilah dan doa kami pun memulakan pendakian...

Tak banyak gambar yang dapat diambil sepanjang pendakian ke Panalaban kerana pendakian kami disertai dengan cuaca hujan sepanjang perjalanan.  So handphone terpaksa di simpan dlm beg.  ini lah antara gambar yg sempat sy snap sebelum hujan turun.

 

 

 




on trek jumpa tupai yg sangat jinak tu.  comel aje dia.


 sampai di Panalaban saya terpaksa menahan kesejukan sebab porter yg bw beg saya belum sampai lagi.  redha ajelah.  bila dapat aje beg sy terus salin baju dan bergerak ke cafe untuk makan mlm.  lepas tu terus berehat sebab jam 2 pagi nak mendaki ke summit.  perlu kumpul tenaga semula.

keesokkan harinya jam 1.30 pagi semua bangun untuk bersiap sedia.  cuaca memang sangat sejuk waktu ni.  jangan berangan lah nak mandi pagi2 ni.  dapat berus gigi dan cuci muka pun dah ok sebab airnya sejuk macam ais.




ni aje gambar sebelum ke summit sebab cuaca gelap.  dah kata start mendaki jam 2 pagi kan... kalau nak matahari terpacak atas kepala jam 2 ptg ye... ok. masa ni tak nampak apa2 pun.  pendakian hanya berpandukan headlamp yg dibawa.  kalau tak bawa headlamp alamatnya teraba-raba ajelah dlm kegelapan malam.  





pemandangan sunset yang sangat cantik.  sambil mendaki saya snap gambar sebab nak simpan buat memori akan datang.  tapi sebenarnya pemandangan yang dilihat dengan mata sendiri lebih cantik dan indah.  tak dapat digambarkan dengan kata2.  Saya masih menuju ke puncak lagi waktu ni.  waktu ni saya solo aje sebab dah terpisah dengan kawan-kawan.  ada yang berada di belakang sy dan ada juga yang berada di depan saya...  tak pedu sangat sebab target nak sampai ke puncak aje.... sejuk ya ampun waktu ni.



kesan serpihan masih nampak baru lagi sebab kejadian gempa baru berlaku Feb lepas.  tetiba terimbau kejadian gempa yang mengorbankan ramai pendaki sebelum ini.





gambar kat duit seringgit lama.  sekarang ni gambar ni ada pada not RM100.  tak ingat pun nak keluarkan duit waktu ni utk snap pambar.  


mental kena betul-betul kuat masa sampai di sini. sebabnya puncak dah nampak tapi jauh dan lama lagi nak sampai.... bertabahlah ye....  



kpd yg tak percaya kat atas ni sejuk, ni saya tunjukkan bukti.  ada nampak  ketulan ais tak? beku wei...


 

dan akhirnya.... saya berjaya sampai ke puncak yang diimpikan untuk kali ke2.   syukur sangat.....   cuaca memang cantik.  cerah aje.  gambar solo saya kat papan tanda ni tak tahu letak kat mana.  yang ada gambar bersama adik sweeper.  saya tepek jugalah ye...  

lepas tu pendakian turun terpaksa dibuatdengan lajunya sebab mengejar masa.  wajib check out sebelum jam 10 pagi.  kalau lambat akan kena penalti.  mujur sempat. 




sebelum bergerak turun dari Panalaban ni kami bergambar dulu sebagai kenangan bersama baju kelab yang berwarna pink oren ni..  konon2 nak bergambar ramai2 masa di puncak.  tapi kalau dah sejuk beku impian nak bergambar sekali pun dah kejung...


masa perjalanan turun ni saya terserempak dengan seorang sahabat yang jarang berjumpa tapi selalu bersua dlm FB. dulu kami sama tempat kerja tp dia dah berpindah. dia dlm perjalanan mendaki saya pula menurun.  sebenarnya kami ada terserempak dlm flight semasa perjalanan ke KK.  kecil betul dunia ni..


cuaca semasa perjalanan turun dari Panalaban pun hujan juga. bertabahlah ye meredah laluan basah sepanjang perjalanan.. 


gambar terakhir yang sempat diambil sebaik sahaja sampai di pintu masuk gunung Kinabalu ni...  fuh legaaaa ko... basah lencun waktu ni.


sebaik turun kami laporkan diri di pejabat dan  dapatkan sijil pendakian.  Saya dapat sijil berwarna warni sebab berjaya sampai puncak.  lepas tu terus ke bilik penginapan untuk mengambil barang2 yang ditinggalkan dan kami menuju ke Kota Kinabalu. 

next entry Gunung Trusmadi pula yang akan saya daki dan ekspedisi itu bermula pada keesokkan harinya selepas turun Mt Kinabalu ni... adakah saya berjaya sampai ke puncaknya???

tunggu...........

sekian, wassalam