dalam entry sebelum ni saya ada bgitau yang sebaik sahaja turun dari Mt Kinabalu, destinasi seterusnya adalah mendaki Mt Trusmadi. Mt Trusmadi terletak di Negeri Sabah di daerah Keningau. ia merupakan gunung yang kedua tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2624 meter. Ada 3 laluan pendakian untuk sampai ke puncaknya iaitu laluian dari Tambunan, Apin-Apin dan Sinua.
sebenarnya pada perancangan asal kami mahu mendaki melalui Tambunan. malangnya sewaktu tarikh pendakian kami, laluan itu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan. justeru, kami mengikut laluan yang ke dua iaitu menggunakan laluan Apin-apin yang melalui pekan Keningau.
kami menginap di hotel sekitar Kota Kinabalu dan bergerak ke Keningau dengan menggunakan Van. sampai di Keningau kami menaiki kenderaan pacuan 4 rodauntuk ke Apin-apin
kami menikmati makanan tengahari di Keningau
bergamabr dulu sebelum masing-masing berpecah menaiki kenderaan pacuan 4 roda
urusan pendaftaran dilakukan di pintu ini.
sempat juga saya bergambar sekeping kat kawasan gate ini..
semangat sungguh masing nak memulakan perjalanan ke destinasi.. bergambar dulu
perjalanan ke tapak khemah mengambil masa selama 3 jam dan melalui jalan yang mencabar. Ada satu ketika kenderaan kami tersangkut dan terpaksa ditarik. Sebanyak 3 buah kenderaan pacuan 4 roda digunakan untuk ekpedisi kami ini.
sampai di tapak khemah kami menyediakan khemah, makan dan seterusnya berehat untuk aktiviti seterusnya. Jam 2 pagi kami bangun dan bersiap-siap untuk menuju ke puncak.
sepanjang perjalanan memang gelap dan kami berpandukan kepada headlamp yang dibawa.
Gunung Kinabalu dari puncak Gunung Trusmadi (ini pemandangan di Towernya)
dalam pendakian turun saya menikmati pemandangan mossy forest yang sangat menakjupkan. di sebabkan Gunung ini dikawal aktiviti pendakiannya, maka ianya masih terpelihara keindahannya. periuk kera memang saiz besar sungguh..
sepanjang trail memang dipenuhi lumut sahaja. cuaca memang sejuk dan ssaya memakai baju sejuk sepanjang perjalanan dan bersarung tangan tebal.
wajah-wajah kepuasan setelah berjaya mengharungi cabaran 7 jam pendakian naik dan 5 jam pendakian turun..
akhirnya tamatlah ekspedisi pendakian saya di bumi di Bawah Bayu ini. Syukur sangat kerana kesemua aktiviti pendakian saya sepanjang tempoh ini berjaya sampai ke puncak walaupun masa perjalanan turun dari Mt Trusmadi tu saya dah tak berdaya. keletihan yang teramat sangat. bayangkan sebelum tu mendaki gunung yang tertinggi di Asia tenggara dan disambung dengan pendakian ke gunung ke dua tertinggi di Malaysia pula.. memang pewai habis. tapi kepuasan tergambar di wajah masing-masing.
next aktiviti hiking saya adalah ke negara jiran pula. nak cuba cabaran mendaki gunung berapi yang dikatakan tertinggi di situ...
Sekian, wassalam
2 comments:
"Gunung Trusmadi via Apin-apin" - mohon berikan maklumat untuk memohon permit kesana
Nice sharing..👍👍
Post a Comment