Thursday 6 September 2018

hiking gunung Kinabalu kali ke 2

assalamualaikum semua

ok kalau nak tahu ini sebenarnya cerita bulan Mac lepas. dah basi pun.  tp sebab nak jadikan memori, tepek jugalah kat sini untuk bacaan anak cucu cicit akan datang...

sebenarnya ini adalah sambungan daripada entry bukit piramid yang saya dah buat sebelum ini.

planning nak panjat semula Gunung tertinggi di Asia Tenggara ni sebenarnya dah lama.  masa naik kali pertama dulu zaman 20 an.  trail lama.  trail baru memang tak pernah naik lagi.  so teruja juga nak tengok perbezaannya..

Ekspedisi ni saya sertai bersama group Kelab Kembara Anak Sarawak yang sy mula sertai lebih kurang 2 tahun lepas.




awal-awal pagi lagi kami dah bangun untuk bersiap sedia.  kita mulakan dengan sesi bersarapan dan bergambar dahulu.  masing-masing muka eksited...


lepas breakfast,  sesi memanaskan badang pun dimulakan.  untuk hari pertama ni kami pakai baju kelab yang berwarna  biru.


sesi bergambar sebelum bergerak ke lokasi.

sesi bergambar untuk gegurl aje.. hihihi


disebabkan tempat penginapan kami tak jauh pun dr tempat pendaftran mendaki, kaki berjalan kaki sahaja.  tak pasti pula jaraknya berapa km.

 

lepas pendaftaran kami diberikan pass ini.  pass ini perlu dijaga dengan baik  dan perlu dipakai sepanjang pendakian.  ini merupakan dokumen pengenalan diri kita dan perlu ditunjukkan oleh petugas 


bergambar dulu sebelum mengerah tenaga...


sesi taklimat keselamatan diberikan oleh malim gunung berhadapan pintu masuk.  walaupun saya dah pernah sampai puncak, perlu juga mendengar taklimat ini kerana ada beberapa info terkini yang saya tidak tahu.


selepas tu kami bergambar lagi di pondok timpohan ni sebelum memulakan pendakian.  dengan lafaz bismilah dan doa kami pun memulakan pendakian...

Tak banyak gambar yang dapat diambil sepanjang pendakian ke Panalaban kerana pendakian kami disertai dengan cuaca hujan sepanjang perjalanan.  So handphone terpaksa di simpan dlm beg.  ini lah antara gambar yg sempat sy snap sebelum hujan turun.

 

 

 




on trek jumpa tupai yg sangat jinak tu.  comel aje dia.


 sampai di Panalaban saya terpaksa menahan kesejukan sebab porter yg bw beg saya belum sampai lagi.  redha ajelah.  bila dapat aje beg sy terus salin baju dan bergerak ke cafe untuk makan mlm.  lepas tu terus berehat sebab jam 2 pagi nak mendaki ke summit.  perlu kumpul tenaga semula.

keesokkan harinya jam 1.30 pagi semua bangun untuk bersiap sedia.  cuaca memang sangat sejuk waktu ni.  jangan berangan lah nak mandi pagi2 ni.  dapat berus gigi dan cuci muka pun dah ok sebab airnya sejuk macam ais.




ni aje gambar sebelum ke summit sebab cuaca gelap.  dah kata start mendaki jam 2 pagi kan... kalau nak matahari terpacak atas kepala jam 2 ptg ye... ok. masa ni tak nampak apa2 pun.  pendakian hanya berpandukan headlamp yg dibawa.  kalau tak bawa headlamp alamatnya teraba-raba ajelah dlm kegelapan malam.  





pemandangan sunset yang sangat cantik.  sambil mendaki saya snap gambar sebab nak simpan buat memori akan datang.  tapi sebenarnya pemandangan yang dilihat dengan mata sendiri lebih cantik dan indah.  tak dapat digambarkan dengan kata2.  Saya masih menuju ke puncak lagi waktu ni.  waktu ni saya solo aje sebab dah terpisah dengan kawan-kawan.  ada yang berada di belakang sy dan ada juga yang berada di depan saya...  tak pedu sangat sebab target nak sampai ke puncak aje.... sejuk ya ampun waktu ni.



kesan serpihan masih nampak baru lagi sebab kejadian gempa baru berlaku Feb lepas.  tetiba terimbau kejadian gempa yang mengorbankan ramai pendaki sebelum ini.





gambar kat duit seringgit lama.  sekarang ni gambar ni ada pada not RM100.  tak ingat pun nak keluarkan duit waktu ni utk snap pambar.  


mental kena betul-betul kuat masa sampai di sini. sebabnya puncak dah nampak tapi jauh dan lama lagi nak sampai.... bertabahlah ye....  



kpd yg tak percaya kat atas ni sejuk, ni saya tunjukkan bukti.  ada nampak  ketulan ais tak? beku wei...


 

dan akhirnya.... saya berjaya sampai ke puncak yang diimpikan untuk kali ke2.   syukur sangat.....   cuaca memang cantik.  cerah aje.  gambar solo saya kat papan tanda ni tak tahu letak kat mana.  yang ada gambar bersama adik sweeper.  saya tepek jugalah ye...  

lepas tu pendakian turun terpaksa dibuatdengan lajunya sebab mengejar masa.  wajib check out sebelum jam 10 pagi.  kalau lambat akan kena penalti.  mujur sempat. 




sebelum bergerak turun dari Panalaban ni kami bergambar dulu sebagai kenangan bersama baju kelab yang berwarna pink oren ni..  konon2 nak bergambar ramai2 masa di puncak.  tapi kalau dah sejuk beku impian nak bergambar sekali pun dah kejung...


masa perjalanan turun ni saya terserempak dengan seorang sahabat yang jarang berjumpa tapi selalu bersua dlm FB. dulu kami sama tempat kerja tp dia dah berpindah. dia dlm perjalanan mendaki saya pula menurun.  sebenarnya kami ada terserempak dlm flight semasa perjalanan ke KK.  kecil betul dunia ni..


cuaca semasa perjalanan turun dari Panalaban pun hujan juga. bertabahlah ye meredah laluan basah sepanjang perjalanan.. 


gambar terakhir yang sempat diambil sebaik sahaja sampai di pintu masuk gunung Kinabalu ni...  fuh legaaaa ko... basah lencun waktu ni.


sebaik turun kami laporkan diri di pejabat dan  dapatkan sijil pendakian.  Saya dapat sijil berwarna warni sebab berjaya sampai puncak.  lepas tu terus ke bilik penginapan untuk mengambil barang2 yang ditinggalkan dan kami menuju ke Kota Kinabalu. 

next entry Gunung Trusmadi pula yang akan saya daki dan ekspedisi itu bermula pada keesokkan harinya selepas turun Mt Kinabalu ni... adakah saya berjaya sampai ke puncaknya???

tunggu...........

sekian, wassalam


No comments: