Monday, 30 July 2018

hiking ke Bukit Piramid Sabah

assalamualaikum semua

agak lama juga saya menyepi dari menulis blog caca merba ni.  Sebenarnya saya terlampau sibuk sampaikan nak jenguk blog sendiri pun tak sempat.  banyak sangat tugasan yang memerlukan perhatian saya.  dan ditambah lagi dengan keadaan kesihatan anak sulung saya yang menjalani pembedahan pada  Mei lepas untuk membuang ketumbuhan dalam perutnya.

sebenarnya banyak sangat yang saya nak kongsikan kepada u'll tapi saya tak sempat nak menulis.  last entry saya pasal percutian saya ke Seoul Korea Selatan.  itupun berzaman juga nak habiskan sedangkan percutian itu pada bulan Januari... sabo ajelah.

Bulan Mac 2018 yang lepas saya join satu trip compress mendaki Gunung Kinabalu dan selepas itu terus mendaki Gunung Trusmadi pula.  so entry kali ni saya kongsikan lah sedikit mana yang masih dalam ingatan saya ye.

Saya mengambil penerbangan awal pagi untuk ke KK.  Jadinya bila sampai sahaja di sana kami terus check in temmpat penginapan di kundasang dan seterusnya bersiap2 untuk memulakan sesi trip santai mendaki Bukit Piramid dan melawat ladang lembu.

dalam perjalanan ke kundasang kami singgah sebentar makan durian di pekan Tamparuli.  kat sini ada jambatan gantung.  boleh lah merasa berbuai2.. 

 









untuk sesi mendaki Bukit piramid dan ke ladang dairy farm, kami naik kenderaan 4WD.


masing-masing pantang nampak kamera terus masing2 hulur muka.  hihihi...  masa ni bolehlah senyum lebar lagi. eksited gitu..





kat simpang ni pun nak bergambar juga....  memang pantang nampak kamera kan???? grrrrr



sempatlah berposing  juga kat sini bersam beg galas kesayangan. (benda wajib bawa tu)


dah nama pun ladang lembu, mestilah banyak lembu kat sini... snaplah sekeping dua buat bukti dah jejak kaki kat sini....



aiskrim kat sini memang sedap seperti yang dikata.  saya suka sangat.  terutama sebab free.  Cip belanja.  


tengok tu muka-muka ceria dapat makan aiskrim...

tak puas lagi berposing dengan aiskrim.  kat depan pintu pun jadi..



destinasi seterusnya adalah menuju ke Bukit piramid.  pendakian mengambil masa 1 jam aje. tapi memang tak ada diskaun.  mendaki sahaja sepanjang menuju ke puncak.



pemandangan ke puncak dari jauh..



bukit ni laluannya sempit.  memang kena berhati-hati.  kiri kanan gaung ye..  seriau juga saya...






 


setelah sejam, kami pun berjaya sampai ke puncaknya... horeyyyy.  hiking memanaskan badan pun berjaya...





sebahagian pemandangan dari puncak Bukit Piramid ni yang sempat saya snap.





 lepas turun dari Bukit Piramid tu masing-masing kelaparan.  kami singgah makan di sebuah warung yang saya dah tak ingat namanya.  sebab lapar dan keletihan tak ingat nak ambil gambar. ini ajelah gambar yg ada... boleh lah ye bergambar dengan pinggan dah kosong..



Sebaik sampai bilik, terus bersihkan diri dan terlena untuk keesokkan hari yang mencabar mental dan fizikal...

next entry akan bersambung untuk sesi perkongsian pendakian ke Gunung Kinabalu..............

wassalam


No comments: