assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
ok saya janji ini entry terakhir untuk kembara saya ke Seoul Korea Selatan.
Rupa-rupanya emak saya tak puas lagi shopping kat Namdemun market semalam. pagi ni dia ajak lagi saya ke sana sebelum ke airport. dia kata ada lagi yang belum dibeli. layankan lah memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kami berada di buli Seoul ni.
so selapas check out, kami terus naik train menuju ke namdemun market. barang2 saya ditinggal di stesyen. sebaik keluar dari stesyen tu, cuaca amatlah sejuk. saya rasa memang cuaca paling sejuk yang saya alami sepanjang berada di bumi Seoul ini. sempat juga saya bergambar dengan sebuah kereta yang diliputi salji.
sekejap aje kami di situ sebab saya memang tak tahan sangan dengan cuaca yang sangat sejuk melampau. lepas membeli barang yang emak saya hajati, saya terus berjalan dengan laju ke stesyen. kemudian kami terus naik train menuju ke airport.
semasa kami sampai airport, kebetulan ada perarakan perkahwinan pasangan korea di sini. so saya snap beberapa keping gambar. tapi malangnya gambaryagn saya snap ada masalah menyebabkan kualiti yang terhasil tak secantik asal.. jadi blurr pulak. frust saya
disebabkan pintu perlepasan jauh, kami naik train. so beramai2 lah kami mengheret beg menuju ke pintu perlepasan selepas pasport kami di cop.
ini lah rupa pintu masuk ke dalam train untuk menuju ke pintu perlepasan
selesailah perjalanan kembara kami sekeluarga di Seoul Korea Selatan secara backpacker. Saya berpuashati dengan itenari yang walaupun tidak dapat 100% tercapai, tapi tempat2 yang memang kami nak kunjungi tercapai dengan kos yang agak minimum memandangkan kami tidak menggunakan travel agen.
sedikit tip untuk mereka yang ingin mengembara ke Korea Selatan semasa musim sejuk bersama anak2 yangberumur bawah 18 tahun.
sapukan aloe vera pada seluruh badan untuk mengelakkan kulit menjadi kering. ini kerana disebabkan musim sejuk, kita kurang merasa haus dan menyebabkan kulit menjadi kering dan akan menjadi gatal. saya beli sahaja di Seoul sebab harganya murah.
ini namanya T money. kad penting yang digunakan untuk menaiki train dan bas di sekitar bandar Seoul ni. saya beli di airport sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bumi Seoul ni. bila dah selesai kalau ada bakinya, boleh lah dijual semula untuk mendapatkan baki wang yagn ada di dalam kad ini.
inilah nasi segera yagn menjadi makanan harian kami sepanjang berada di ini. memang awal2 lagi sebelum samapi kami merancang untuk membuat penjimatan pada makanan. so saya membawa sambal ikan bilis, sardin dalam tin, maggi, roti untuk dimakan memandangkan harga makanan yang agak mahal hasil tinjauan melalui pak cik google sebelum ini. makanan yang saya bawa memang membantu saya mengurangkan kos makanan.
disebabkan cuaca sejuk. mita mungkin akan kurang minum air. so bolehlah membeli air yang beraneka perisa supaya badan kita tidak menjadi terlalu kering.
susu pisang ni memang menjadi kegemaran anak2 saya. memang banyak botol lah yang kami beli sepanjang berada di sini.
sekian entry ke Seoul Korea Selatan yang amat panjang.
Wassalam
No comments:
Post a Comment