sambungan entry ke Seoul
hari ke 4 ni kami melawat Nami Island dan Petite France. kami beli secara online menggunakan Seoulpass. bila menggunakan aplikasi ini, saya dapt harga yang lebih murah. Pakej ke Nami Island dan Petite France ini berharga 40,000 won seorang untuk dewasa dan kanak2. kelebihannya adalah kami menaiki bus ke Jeti sebelum menaiki bot ke nami Island. Seterusnya menggunakan bas yang sama juga untuk ke Petite France.Kami tunggu bas di stesyen Myeondong memandagkan kami dah familiar dengan tempat ini. dah 3 hari berturut kami datang ke Myeongdong ni.
inilah bas yang membawa kami ke Nami Island dan Petite France.
disebabkan pemandangan di Nami Island ni sangat cantik, maka banyaklah gambar yang saya letak dan kongsikan. sila jangan mabuk ye... Teruja sangat dapat merasa suasana bersalji di sini.
disebabkan kami datang bulan Januari, salji yang dikumpul di pulau ni dah makin banyak. Rezeki kami sebab dapat main sled secara percuma lagi di sini. memang seronok lah...
teruja dapat main salji anak2 saya. sanggup main gelongsor pulak dgn sejuknya tu.. saya tak sanggup nak pegang ais tu sebab sejuk.
ada juga iglo yang dibuat dari jerami. kami tak lepaskan peluang ambil gambar dan masuk dalam iglo tu... punyalah teruja sangat...
bergambar kat satu2nya tempat makan halal di sini. kat depan tu kelihatan air terjun yang sedang membeku. so dapatlah bayangkan bagaimana sejuknya tempat ini.
kat sini ada pertandingan mengukir ketulan ais. tapi disebabkan kekangan masa kami hanya melihat2 sahaja hasil seni ais yang dibuat di sini.
beraneka ukiran ais terdapat kat sini. ni beberapa gambar yagn sempat saya kongsikan
Winter sonata dalam kenangan.
snap gambar kat air yang membeku pulak
sebenarnya saya tak faham pun tulisan ni tp nak juga bergambo.. layan aje lah ye
gambar terakhir sebelum naik feri semula..
OK, destinasi seterusnya adalah ke Petite France pula.
bergambar dulu kat bahagian depannya ye...
masa kami sampai, kami disajikan dengan persembahan puppet yang diperbuat daripada kayu. kreatif mereka ni menjadikan puppet kayu ini sebagai daya tarikan pelancong.
gambar di bawah ini antara cerita-cerita dongeng popular yang selalu baca atau tengok dalam movie sampai sekarang. antaranya cinderela, beauty and the beast, dan lain2. saya kongsikan mana yang ada ye sebab memang banyak gambarnya.
ke manakah arah tujuan anda??????????
kat sebelah luar petite france ni ada gerai menjual buah strawberi yang berharga 5 ribu won. rasanya manis dan sedap.
dalam perjalanan balik, sempat juga saya snap beberapa pemandangan indah yang menarik mata saya sepanjang masa...
sekian, bersambung lagi ye....
No comments:
Post a Comment