assalamualaikum semua
kita sambung entry melancong ke Seoul ni ye.
Hari ketiga ni kami melawat Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun square dan muzium history of King of Sejong hasil perbincangan dengan Izah pada sebelah mlm dan pagi tu.
Untuk ke sini kami naik train metro turun ke Gwanghamun station dan keluar melalui Exit 2. bila keluar aje dari pintu tu jalan terus sampai ke jalan besar yang mana kita boleh nampak monumen Raja Sejong. dari monumen tu kami terus berjalan sampai hujung jalan dan terus menuju ke Gyeongbokgung Palace.
gambar kanan tu adalah pakaian korea yang boleh disewa. tapi saya tak jumpa tempat sewa pakaian tu.
gambar-gambar yang dirakam sekitar kawasan istana ni
tasik yang membeku.
luas betul kawasan istana ni...
ada kedai menjual cenderamata di dalam kawasan istana ni.
sebelum bergerak keluar, kami menyaksikan sekali lagi persembahan di istana ni dari dalam pula
nampak betul kekerdilan kami sekeluarga bila bergambar dengan org2 korea ni...
selepas tu kami menuju pula ke destinasi seterusnya iaitu muzium histori of King Sejong.
saya ceritakan sedikit catatan mengenai kehebatan Raja Sejong ni ye.
- Raja Sejong dilahirkan pada 15 Mei 1397. beliau ditabalkan menjadi raja pada usia 21 tahun.
- pada zaman pemerintahannya, Korea mencapai zaman kemuncak kegemilangannya. beliau juga dikenali sebagai Yang Agung atau The Great.
- beliau berusaha menerapkan falsafah Confucius dalam pemerintahnya dan menghasilkan sebuah buku yang berkaitan dengan falsafah ini.
- beliau juga merupakan pakar diplomasi yang mana dialah yang memulakan hubungan diplomatik dengan Dinasti Ming di China yang memberikan manfaat kepada dinasti Joseon, Korea. beliau juga menjalinkan hubungan dengan Jepun dengan membuka tiga pelabuhan jepun untuk pedagang Jepun berdagang dengan mereka.
- membangunkan dasar ketenteraan Korea ke tahap yang lebih baik antaranya membangunkan dasar meriam, mortar, penggunaan panah berapi dan senjata api.
- memberikan sumbangan dalam bidang sains dan teknologi seperti penciptaan buku pertanian.
- jasanya yang paling besar adalah memperkenalkan tulisan baru untuk masyarakat korea yang dikenali sebgai tulisan Hangul yang mempunyai 28 huruf yang berasaskan sebutan lidah bangsa korea.
- membantu seorang lelaki genius dalam penyelidikannya. Jang Yeong Sil dibantu dan berjaya mencipta ciptaan hebat seperti jam air, sfera cakerawala dan jam matahari. sistem kalendar yang asalnya berasaskan kalender china ditukar kpd kalender baru
atas jasanya yang banyak itu menjadikan namanya diabadikan pada sebuah kapal angkatan laut korea selatan iaitu ROKS Sejong the Great DDG 991. saya kongsikan gambar yang dirakamkan di sini.
ini gambar sebaik sahaja masuk ke dalam bangunan ty.
gelap sikit dalam ni. tak nampak sagt.
selepas tu kami terus bergerak balik ke guesthouse. rehat sekejap dan keluar balik untuk menikmati suasana malam di Itaewon ni.
Inilah suasana sebelah malam di Itaewon yang sempat saya snap. sebab sejuk, kami tak lama sangat jalan2 sebelah malam ni. lagi pun badan dah letih.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment