Showing posts with label luahan hatiku. Show all posts
Showing posts with label luahan hatiku. Show all posts

Thursday, 11 February 2016

dah 5 tahun rupanya...

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

diam tak diam sudah 5 tahun saya menetap di bumi borneo ini..
untuk pengetahuan u'll kalau nak stay lama di bumi Borneo ni kena ada dokumen perjalanan terhad.
sebenarnya passport kami dah expired bulan Jan lepas.  lupa.. iyalah 5 tahun sekali aje.. memang senang nak lupa lah.  nasib baik tak merancang nak balik semenanjung masa cuti CNY yang lepas. kalau tak memang sangkut kat airport la...

pasport ini kaler biru.
ini lah rupanya.
yang sebelah kanan tu pasport lama dan sebelah kiri yang baru renew.



sebenarnya semalam baru saya berkesempatan untuk pergi ke imigresen untuk renew pasport ini.
kebetulan anak2 masih lagi cuti sekolah.  so senang lah. tak payah nak ponteng2 sekolah.

saya tepek sikit muka 5 tahun lepas dengan muka yang terkini.. 
yang belah kiri tu gambar terkini ye..

 yang ini muka saya, tak banyak berubahlah.. hihihi


yang ini gambar anak sulung saya.  nampak lah berubahnya.  dulu sekolah rendah, sekarang dah sekolah menengah...

yang ini gambar anak saya yang nombor dua.

yang paling ketara si bongsu lah. muka baby aje dulu... dengan senyum simpulnya.  hahaha

saya datang ke bumi borneo ni dengan 3 orang anak saya.  mereka lah peneman saya.
sebelum ni saya tak pernah merantau sejauh ini.  paling jauh pun ke Perak masa belajar.. lepas tu saya terus stay kat Lembah Klang aje..

entah kenapa lepas habis belajar hati saya tergerak untuk bertukar angin.
saya mohon ke Borneo.
tahun pertama saya di Mukah...
saya naik twin otter turun ke padang terbang Mukah.
terkedu sekejap bila jejak kaki kat situ..
tak ada teksi untuk disewa.
nasib baik ada insan yang baik hati sanggup hantar saya ke tempat bertugas.

kedatangan saya 4 beranak disambut dengan sangat mesra di tempat saya bertugas.
untuk sementara waktu saya sekeluarga menginap di lounge sementara nak selesaikan urusan kuarters.

masa ini rasa susah sangat sebab saya tak faham langsung bahasa sarawak.
tercengang2 bila dengar diorg 'klakar' sarawak.
mungkin dah biasa dengan kehidupan di bandar, saya kurang selesa di sana.
anak2 pun sama.  
waktu itu Mukah macam pekan kecil aje.. 
nak buat pasport pun kena pergi ke Sibu yang mengambil masa 4 jam perjalanan.
masa saya sampai ke Mukah, jalan raya yang menghubungkan Mukah dengan Sibu masih belum siap dibaiki.
jalan berlubang2 macam jalan lori balak. 
kalau nak ke Sibu lebih baik guna public transport kalau sayangkan kereta.
waktu ni sy masih pakai nissan frontier.  tapi tak sanggup nak guna..
sayang kereta .....

tapi 6 bulan aje keadaan jalan macam tu.  lepas 6 bulan jalan dah cantik..
nak ke Sibu menjadi lebih kurang 3 jam perjalanan.  
saya sempat juga makan angin ke kuching..
bila hidup merantau ni kita kena lah pandai berdikari..

alhamdulillah tahun ke 2 saya dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke Bandaraya Kuching.
suasana tak jauh beza dengan semenanjung.
ada shopping compleks, bowling dll...
seronok....

yang paling seronok tempat kerja saya dengan rumah tak jauh dan tak jem...
jadi saya tak stress sangat.
hidup rasa tenang.
tapi macam biasa lah...
ujian tetap ada..
kalau tak ada ujian bukan HambaNya kan...

buat masa sekarang saya belum ada rancangan untuk mohon bertukar ke semenanjung.
tak tau lah esok lusa.
buat masa sekarang saya bahagia dengan anak2...
mereka lah penyeri hidup saya..

sekian, wassalam








Friday, 5 February 2016

ujian dari Nya..

assalamualaikum semua

kita sebagai hamba Nya memang tidak pernah terlepas daripada ujian...
Allah sentiasa memberi ujian kepada hambanya..
ujian diberi sama ada sebagai peringatan ataupun kerana menyayangi hambanya..
hanya insan terpilih aje yang akan diuji dengan ujian yang berat..

Hari selasa lepas saya diuji lagi oleh Allah..
kali ini anak sulung saya jatuh sakit.
pagi2 masa saya kejutkan anak2 untuk bersiap ke sekolah, Izah mengadu sakit kaki.
sebelum ini dia pernah kena sakit yang serupa
saya bawa dia pergi berurut aje..
pernah bawa ke klinik, doktor berikan injection dan pil tahan sakit..
gambar ini diambil masa dia kena sakit kaki kali ke2.
masa ini saya bawa dia ke Klinik Petra Jaya.


disebabkan kerap sangat kena, saya nekad untuk bawa dia berjumpa pakar.  Atas nasihat kawan2 saya bawa dia ke Timberland Medical Centre.

sampai di sana izah terus kena ambil darah dan kemudian dimasukkan ke ward untuk pemeriksaan selanjutnya..
2 hari saya berkampung kat ward tu..
tapi saya tetap kena uruskan 2 orang lagi anak2 yang bersekolah..
memang sedih....
tapi saya tahu, Allah berikan ujian kepada hambanya kerana dia tahu hambanya itu mampu menempuh ujian tersebut..



selepas 2 hari, doktor diagnosis Izah kena penyakit Periodic Paralysis (normokalemic or hypokalemic).. jenuh nak menyebutnya..

antara tanda2 penyakit ini ialah mengalami kelumpuhan sebaik sahaja bangun dari tidur...
bila nak berjalan rasa sakit pada sendi kaki..

selepas beberapa hari, sakitnya akan hilang.  tapi risiko untuk sakit semula tetap ada..

maknanya selepas ini saya kena berjaga2.  kalau boleh elakkan Izah tinggal seorg di rumah.
tapi sy ni wanita bekerjaya.. memang susah lah sikit.
nak suruh saya berhenti kerja memang tidak boleh lah..
sebabnya saya ni ibarat ketua keluarga.
semua urusan saya yang buat...

biasanya selepas balik sekolah Izah akan jalan kaki aje balik ke rumah.
jarak rumah dengan sekolah dekat aje.
boleh nampak bumbung rumah daripada sekolahnya..

harap2 anak  saya terus kuat menghadapi dugaan dan saya juga terus dapat memberikan semangat untuk dia.

setiap yang berlaku ada hikmah yang kita tak tahu.
kita sebagai hamba kena redha dengan ujian yang diberikan..

sekian, wassalam..

Monday, 11 January 2016

sekadar untuk renungan

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

diam tak diam dah sampai ke bulan Januari 2016.
rasa macam baru semalam aje kita masuk ke angka 2015.
terasa masa sangat pantas berlalu.
entah kenapa saya terasa mahu merenung kembali perkara-perkara yang saya lalui sepanjang tahun 2015 yang baru berlalu.

Tahun 2015

Sepanjang tahun ini Allah telah memberikan ujian yang amat berat sekali.
ujian yang saya tidak pernah sangka.
ujian yang saya tak pernah terfikir.
ujian yang saya tak pernah terlintas sedetik pun dalam hati saya.
ujian yang saya rasa tidak ada seorang insan pun mahu menerimanya.

Tapi...
Allah telah memilih saya untuk menempuhnya...
Allah telah memilih keluarga saya untuk merasai keperitannya.
rasa mahu rebah dan mengalah.
terasa mahu berputus asa..

Namun begitu,
syukur alhamdulillah, walaupun ujian dirasakan amat berat sekali, tetapi Allah sentiasa membantu.
DIA hadirkan insan2 yang berhati mulia kepada saya.
Sokongan dan doa daripada insan sekeliling saya adalah satu rahmat yang amat besar.
saya semakin menghargai erti persahabatan...
saya semakin menghargai insan2 penting dikeliling saya...
saya semakin menghargai rezeki dan nikmat yang saya miliki...

kadang2 bila saya keseorangan, saya cuba mengimbas kembali kehidupan sepanjang 38 tahun yang telah diberikan olehNya.
apa amalan saya,
apa sumbangan saya kepada agama, bangsa dan negara yang boleh dibanggakan.
apa kesilapan dan dosa2 saya dan..
sejauh mana saya berusaha untuk menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya.
adakah saya berusaha menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

saya cuba mengingati kembali apakah kesilapan dan dosa2 sama ada dosa kecil atau dosa besar yang mungkin menjadikan Allah murka sehingga menurunkan musibah kepada saya.

atau mungkin Allah ingin menegur saya dengan cara yang amat halus supaya saya kembali kepadanya.

atau mungkin Allah rindukan saya kerana saya terlalu sibuk dengan urusan duniawi hingga menggurangkan amalan saya.

atau mungkin juga Allah mahu saya lebih redha dan sentiasa mengingatiNya disetiap hembusan nafas saya di muka bumi ini.

Allah.....
beratnya ujian ini.

sabar dan redha adalah kunci kehidupan ini.
setiap yang berlaku ada sebabnya.
setiasa bersangka baik denganNya.
Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

sujud dan bermohon kepadaNya
semoga doa saya dimakbulkan Allah.
semoga tahun 2016 akan ada sinar kebahagian buat saya sekeluarga.
semoga kehadiran tahun 2016 akan mengembalikan semula sinar yang telah hilang sepanjang tahun  2015 ini.

semoga saya lebih mendekatkan diri kepadaNya.
saya bertekad... nak jadi lebih baik dari semalam...
nak jadi baik, nak jadi baik, nak jadi baik.....

semoga saya terus istiqamah..


Aamiin....




Monday, 5 October 2015

Tragedi : Pengajaran yang sangat berguna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Entry kali ini saya nak bercerita tentang kejadian tragis yang berlaku semalam.
saya katakan tragis sebab kejadian ini merupakan perkara yang paling ditakuti oleh seorang yang bergelar ibu.

anak adalah anugerah dari Allah yang sangat dinantikan oleh semua pasangan yang telah berkahwin.
tanpa mereka rumahtangga seolah2 tiada serinya.
ada juga yang sanggup mengambil anak angkat semata2 nak memastikan rumah tangga mereka ada penyeri.

semalam saya membawa anak2 mandi manda di swimming pool di area BDC Kuching.
seperti biasa saya akan mengajak kawan saya bersama 5 orang anaknya  untuk sama2 ke sana.
anak2 saya memang suka kalau saya ajak kawan saya tu sebab jadi meriah.
iya lah anak saya 3 orang dicampur dengan anak kawan saya 5 orang.
seronok diorang bila hari sabtu tu saya ckp nak bawak diorg swimming.

pada hari kejadian seperti mana yang dijanjikan jam 10 pagi saya pun bertolak dari rumah ke rumah kawan saya.
kemudian kami terus menuju ke tempat tersebut.
setelah membuat bayaran, budak2 tu pun mandi manda dengan seronoknya termasuk lah saya dan kawan saya sekali terjun dalam pool tu.
memang agak lama saya tak membawa mereka ke pool.
dah lama x swimming.
bila dah start sampai nak cramp kaki dibuatnya...
memang seronok betul.
apalagi bila melihat gelak ketawa anak2...

kami keluar dari pool tu lebih kurang jam 2.
lepas tu terus singgah ke masjid yang terletak bersebelah pool tersebut.




dan disinilah kejadian tragis itu bermula............

selepas solat saya terus ke kereta bersama anak2
disebabkan mereka semua dah kelaparan, saya terus start enjin kereta dan menuju ke everise yang terletak bersebelahan dengan masjid tu.
sampai ke situ lepas parking, kami terus bergerak ke eskalator.
semasa di eskalator.............. baru saya perasan Azim.
bila saya tanya Izah dan Wani diaorang pun cakap tak tahu.

saya terus menuju ke kereta kerana beranggapan Azim mungkin tertidur dalam kereta.
bila saya jenguk tak ada....
saya terus keluarkan Hp nak pesan kpd kawan saya untuk tolong jagakan sekejap Izah dan Wani sebab hati kecil saya merasakan Azim tertinggal di masjid tadi.
bila tengok HP ada 3 miss call dr no yang tidak dikenali dan 1 mesej.
saya terus buka mesej dan ayat yang bertulis....' kak anak akak azim ade kt masjid nie,,'
ya Allah.. saya terus start enjin dan menuju ke masjid.
sampai kat masjid saya nampak Azim tengah menangis dikelilingi beberapa orang.
salah seorg yang ada di situ dtg jumpa saya bagi tahu Azim nyaris dilanggar kereta sebab mengejar saya.

rupa2nya selepas solat zohor tadi azim pergi ke toilet.
Azim cakap dia ada bercakap dgn kakaknya tapi bila tanya kakak dua2 mengatakan mereka x dengar.

Azim biasanya duduk sit belakang sekali. memang tak nampak sangat.
biasanya kalau keluar ramai2, sebelum kereta bergerak saya akan panggil ke3 nama anak2 saya baru bergerak.
entah macam mana semalam saya boleh cuai..

Saya benar2 bersyukur kepada Allah kerana menjaga Azim dan dia selamat.
saya tak dapat bayangkan kalau semasa Azim mengejar saya dia dilanggar kereta.
memang saya akan menyesal seumur hidup lah akibat kecuaian sendiri.

kejadian ini memang menjadikan pengajaran yang amat berguna kepada saya.

Daripada pengalaman saya, beberapa panduan berguna yang boleh diamalkan oleh kita sebagai ibubapa antaranya:


  1. Pastikan kita kira bilangan ahli dalam kereta kita sebelum bergerak terutama bila melibatkan jumlah yang ramai.
  2. Pastikan anak2 kita hafal no tel bimbit kita.  ini penting untuk memudahkan pihak yang cuba membantu untuk menghubungi kita. dalam kes saya anak2 saya semuanya memang hafal no telefon bimbit saya.
  3. Sekiranya berlaku kejadian tersebut, ingatkan kepada anak2 kita jangan panik.  cakap dengan dia yang kita sayang dengan mereka dan tak mungkin akan tinggalkan mereka di mana2. suruh mereka tunggu aje di situ dan jangan ikut sebarangan orang walaupun untuk ke balai polis. Azim memang panik waktu ini menyebabkan dia menjerit dan mengejar saya hingga nyaris2 dilanggar oleh kereta. nasib baik ada orang yang membantu dia...
  4. bila perasan anak hilang, berfikirlah dengan tenang dan jangan panik.  bila saya sedar azim tak ada saya terus fikir kali terakhir saya nampak dia. masa tu saya memang dengan tenang menuju ke kereta dan bila tengok dia x ada dalam kereta, saya sangat yakin yang Azim tertinggal di masjid... kalau lah saya panik waktu ini, memang sangat merbahaya lah sebab saya akan memandu dengan tergesa2 tanpa memperdulikan keselamatan diri... Alhamdulillah Allah tenangkan saya.
  5. akui kecuaian diri.  istikamah dan jangan lupa panjatkan kesyukuran kerana terselamat daripada tragedi ini.
  6. jangan lupa ucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita.  selepas saya bergerak, saya telah hantar mesej kepada org yang membantu saya.  hargai pertolongan orang.

kepada semua pembaca, kita sebagai ibubapa memang sedaya upaya menjaga anak2 kita dengan baik. tapi jika sesuatu musibah berlaku, kita kena cari kenapa kejadian ini berlaku.
Saya benar2 bersyukur kepada Allah yang mengembalikan semula anak saya kepangkuan saya selepas 'kehilangan' selama lebih kurang 15 minit...
Syukur sangat2..

semoga ianya menjadi pengajaran yang sangat berguna kepada saya.
ia juga turut menjadi pengajaran kepada anak2 saya.
semoga kejadian tragis ini tidak akan berlaku lagi kepada saya dan keturunan saya..
Aamiin...

muka budak yang tengah kelaparan setelah ditemui semula..... alhamdulillah... Allah masih beri saya peluang lagi untuk menjaganya....


sekian coretan saya pada hari ini. Wassalam...

Thursday, 2 July 2015

Ramadan ke 15

Assalamualaikum semua

rasa sekejap aje masa berlalu
hari ini dah 15 ramadan..
apa agaknya yang perlu disiapkan???

merenung kembali aktiviti sepanjang separuh ramadan yang telah berlalu...
solat terawih... lompong.. ikut mood. kalau rajin buat tak rajin tak buat.

ada sekali tu saya datang masjid untuk solat isyak aje sebab anak bujang kecil tu dah terlepek atas sejadah. mengantuk katanya.  terus saya ajak balik. kesian pulak..

nak pergi terawih sesorang tak kena pulak. takkan lah nak tinggalkan 3 beradik tu kat rumah malam2. diajak tak mahu ikut.
penat katanya sebab kena sembahyang banyak.
 iya lah diorang kan masih sekolah lagi.  hai... lah anak2 ku.
Kesudahannya saya terawih dalam mimpi aje lah.. huhuhu.

niat di hati nak jadi makin baik dari sehari ke sehari.  tapi perlaksanaannya ke laut. mmm.

untuk raya tahun ini juga saya nak gotong royong anak beranak nak buat biskut raya.
barang2 asas dah beli.
rancangannya hujung minggu ini nak buat operasinya...
harap2 lah jangan tiba harinya semangat ke laut sudah...
kesian kat anak2.  diorang bukan main teruja lagi nak buat biskut raya.
yang ada dalam kepala ini nak buat almond london dan biskut nestum aje...

macam biasa setiap kali nak balik raya tempahan kek lapis memang banyak.
al maklumlah saya kan tinggal di tempat operasinya. (saya tak buat sendiri ye. beli kat kedai. tolong belikan aje tak ambil untung pun)...
minggu depan hari Selasa baru nak beli kek tu.
kalau lewat sangat takut jadi kalut.
kelam kabut pulak..

Sambutan raya tahun ini saya sambut secara sederhana aje...
terlalu banyak dugaan dan ujian yang Allah berikan kepada saya tahun ini...
Apa yang saya cuba lakukan hanyalah untuk kebahagian dan kegembiraan anak2 sahaja.
kalau ikutkan hati yang sedang terluka (bagai dihiris2 dengan sembilu) ini mahu aje saya duk diam2 dalam bilik tak mahu jumpa dengan sesiapa masa pagi raya nanti.
biarlah orang kata apa janji saya tenang...

tapi.....
kesian dengan anak2. mereka nak merasa kemeriahan hari raya tu.
walau apapun yang terjadi keutamaan saya adalah anak2...
saya akan cuba memenuhi permintaan mereka ikut kemampuan saya.
mereka cakap nak pakai baju sedondong macam raya tahun2 lepas.
insha Allah saya akan cuba penuhi permintaan mereka.
senyuman mereka adalah syurga bagi saya..

sebenarnya dah malas nak fikirkan masalah yang melanda diri ini.
semakin difikir, semakin menyakitkan hati. (ibarat menolong anjing tersepit, dah lepas dia gigit kita balik)..
tapi kita kena jugak redha.
dah tertulis ini lah perjalanan hidup saya..
terima aje lah..

Saya bersyukur kepada Allah atas rezeki yang telah diberikan.
alhamdullilah.. terlalu banyak rahmat yang Allah berikan.
ada masanya dia berikan ujian untuk menegur kita yang mungkin terleka.

mungkin ada hikmah disebalik semua ini...
harap2 di pagi raya ini saya masih mampu tersenyum apabila ada mulut2 yang bertanya di mana 'DIA?'..




Tuesday, 30 December 2014

kehidupan ini


assalamualaikum dan selamat sejahtera...

agak lama juga menyepi. bukan tak mahu buat entry, tapi semangat melayang entah ke mana.  seiring dengan masalah banjir yang melanda di pantai timur, diri ini juga turut dilanda banjir... dugaan datang bertalu-talu. hati yang sebelum ini tenang telah berkocak .  mungkin doa di bawah ini boleh dijadikan azimat untuk kita dalam menempuh dugaan hidup.  saya kongsikan ye.. saya dapat daripada google aje.  terima kasih kepada yang empunya doa ini ye...