Tuesday 25 April 2017

Explore ke Gua Sireh, Gunung Nambi, Kg Bantang Serian, Sarawak

Assalamualaikum semua

Entry kali ni nak cerita pasal menjelajah gua pula.
terletak di serian, perjalanan ke Gua Sireh mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Gua Sireh telah dijadikan kawasan tarikan pelancongan dalam kalender sarawak.
untuk menjelajah ke gua ini, pengunjung diwajibkan menggunakan guider.
jangan cari pasal nak explore sendiri.  kalau sesat dalam gua tak ada orang nak menolong nanti..

bebrapa persediaan yang perlu dibuat sebelum memasuki gua

1.  lampu suluh (head lamp) - wajib bawa sebab dalam gua sangat gelap.  sebaiknya guna head lamp sebab memudahkan pergerakkan kita.  kalau guna lampu suluh biasa, akan membataskan pergerakkan sebab sebelah tangan digunakan utk memegang lampu dan tinggal sebelah tanggan aje untuk pergerakkan.

2.  wisel - penting sebagai langkah2 keselamatan terutama sekali kalau kita terpisah daripada kumpulan.

3.  air minuman -  penat tau nak explore gua ni.  kalau x bw air secukupnya memang nangislah.  takkan lah nak cedok air kat gua tu.. belum terjamin kebersihannya sebab banyak kelawar dan burung layang2 menghuni gua tu.

4. kit kecemasan - penting sebagai langkah berjaga2.  bawa aje. bukan berat mana sangat pun.. saya beli yang basic aje dan masukkan dlm satu tupperware yang kedap udara dan bw aje sepanjang masa.

5. coklat - untuk bekalan tenaga.



gambar di atas adalah Gunung Nambi yang dapat dilihat dari jauh...  Setelah mendengar taklimat daripada guider En Enkol kami pun mula bergerak menuju ke pintu gua..
sebaik sampai di kaki gunung tu, kami perlu menaiki tangga kayu yang agak uzur.  kami dingatkan supaya berhati2 semasa menggunakan tangga tersebut dan elakkan berjalan beriringan kerana dibimbangi tangga kayu tersebut tidak dapat menampung berat.


 

 


ini pemandangan daripada atas dari mulut gua megadap ke bawah.


 

ini pula pemandangan di hadapan gua. (mulut gua).  menurut sejarah, gua ini dulu dihuni oleh sekumpulan manusia yang melarikan diri dan bersembunyi di gua ini untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa dipenggal kepala.  Nama Gua Sireh diberi sempena penemuan pokok sirih di sekitar gua ini.  jom kita cuci mata dengan gambar2 yang berjaya diambil sempanjang penjelajahan saya bersama junior dan kumpulan KEMBARA.

 

 

 

kami perlu melalui 2 ruang gua yang sangat sempit.  memang cukup2 untuk kita lalu dan memerlukan teknik tertentu untuk melepasinya.  Macam yang saya ckp sebelum ini. dalam gua ini memang gelap sungguh.  nak ambil gambar pun payah..


 


 

 gambar di atas ni sebenarnya nak ambil gambar udang yang ada dalam air, tapi tak nampak pulak udang tu


 

batu kat atas ni dinamakan batu puteri putih sempena penemuan seorang puteri yang memakai serba putih di sini.  yang sebelah kanan tu ada tulisan, tapi saya tak tahu apa yang ditulis.



  

 

gambar di atas ini lah laluan sempit yang kami kena lalu.  tengok yang sebelah kanan tu.  kecil aje laluan tu..




fauna yang dijumpai dalam gua ini..  sebenarnya saya ada snap gambar kelawar tapi tak jumpa pulak..




kawasan berpagar ini dikatakan kawasan perkuburan penghuni gua ini.  ada tiga kubur yang ada.


sebelum bergerak turun kita selfie dulu...  kat sini Azim dah request kalau ada masuk gua lagi, dia nak ikut..









selepas itu kami terus bergerak ke sungai yang mengalirkan air yang turun dari gua.  Guider kata mesti mandi disitu sebaik sahaja keluar dari gua.. kami pun ikut ajelah...

Azim terus mandi kat sini.  saya celup badan paras pinggang aje.  airnya sejuk dan menyegarkan..  sambil2 tu saya buka bekalan yang dibawa.  kali ini saya bawa nasi lemak berlauk sotong.  bukan main berselera Azim makan sambal sotong tu.  bertambah2.


 




sepanjang perjalanan balik, saya pun snap gambar pemandangan sekeliling kawasan gua ini.  dalam banyak flora yang saya jumpa, pokok lada hitam saya lupa nak snap gambar.  so tak adalah gambar pokok lada hitam kat sini..





sekian, entry untuk kali ini..
Wassalam...






Thursday 20 April 2017

Gunung Bengoh dan waterfall

assalamualaikum semua

sebenarnya tidak ada dalam perancangan pun trip ke Gunung Bengoh ni.  Secara tiba2 aje.  maklumlah sehari sebelum tu saya terlalu letih kerana terlibat dengan aktiviti yg banyak menggunakan fizikal.  Pagi saya hiking.  sebelah petang pula saya ikut larian.  sebelah alam tu memang saya keletihan.  masa kawan saya tanya kata putus sy jwb tengok keadaan saya esok pagi sebab terlalu letih.

Tapi bila saya bangun jam 5 pagi tu badan rasa segar.  saya terus kejutkan anak2 dan suruh mereka bersiap.  saya terus wasap kawan sy menyatakan sy bersetuju untuk ikut trip ini bersama 3 orang anak saya.

kami sampai ke Kg Bengoh tu lebih kurang jam 8.00 pagi.  kemudian kami menaiki bot ke kaki gunung tersebut yang mengambil masa lebih kurang 20 minit.

sebanyak 3 buah bot yang digunakan untuk trip ini. bayaran yang dikenakan adalah RM30 seorang untuk dewasa dan RM20 untuk kanak2.



sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang menarik.  tiupan angin menjadikan mata saya mengantuk.  sempat juga saya terlena seketika di dalam bot...

ini gambar yang sempat saya snap sepanjang perjalanan sebelum saya terlelap.  muka2 eksited.  agak lama juga saya tidak membawa anak2 menaiki bot.




pokok bakau yang tinggal rangka aje pun cantik dipandang.  itulah ciptaan tuhan yang tiada tandingan. 





sedikit taklimat diberikan sebelum kami memulakan perjalanan.  anggaran perjalanan menuju ke puncak adalah lebih kurang  3- 4 jam menurut kata pemandu arah kami.  Gunung Bengoh ini banyak pacat rupanya.  saya pulak tak bersedia dengan kelengkapan mengalang pacat.  masa awal2 perjalanan beberapa ekor pacat menyapa kaki saya.  selepas saya sembur dengan bygon barulah berkurangan serangannya.

kami sampai ke puncak lebih kurang jam 11.00 pagi.  untuk makluman gunung ini ada 2 puncak.  puncak kedua perlu menuruni puncak pertama dahulu dan naik semula.  menurut guider mereka tak pernah sampai lagi. so kami tak mahu ambil risiko.  sampai ke puncak pertama kami pun berhenti mendaki.  malangnya puncak pertama ini tidak ada view yang menarik dari atas sebab dihalang oleh pokok2 yang besar disekeliling puncak tersebut.

pada pendapat saya trek gunung ini biasa2 sahaja.tidak terlalu mencabar sangat.  ianya sesuai lah kalau nak bawa anak2 hiking di sini.  cuma perlu lebih perhatian sekiranya melalui tebing2 yang agak curam.  memang agak merbahaya dan sentiasa mengingatkan anak2 pasal keselamatan.

inilah pemandangan pada bahagian atas puncak pertama Gunung Bengoh ini.  tak nampak2 apa2 view.  kalau pokok2 yang menghalang pemandangan kami tak ada memang dapatlah tengok view dari atas.



so kami snap gambar ajelah kat sini.  setelah berehat lebih kurang 30 minit kami pun bergerak turun menuju ke waterfall.  Wani dah tak sabar2 lagi nak terjun katanya.  masa ni langit dah menampakkan tanda2 nak hujan.



sebaik sampai ke waterfall anak2 saya terus terjun.  masa ni hujan dah mula turun.  Saya pula memulakan operasi memasak maggi.  masa ni jam menunjukkan pukul 12.30 tgh.  saya tak mandi di waterfall ini.  saya berehat aje sambil makan maggi yang dimasak.

saya belanja beberapa keping gambar di waterfall ini..  airnya coklat sdikit. mungkin sebab hujan.  tapi kawasan ini memang bersih.  mungkin sebab jarang dikunjungi oleh orang ramai kerana terpaksa manaiki bot dahulu.




30 minit kami berehat disini. selepas itu kami pun bergerak turun menuju ke bot.  perjalanan pulang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.

di bawah ini adalah flora dan fauna yang saya jumpa sepanjang hiking di sini.  spesis cendawan putih ni macam kulat yang biasa kita nampak pada pokok2 kayu mati.  tapi cendawan ini tumbuh pada pokok kayu yang masih hidup.  Manakala cendawan yang warna coklat ini bersaiz sebesar tapak tangan orang dewasa  dan dijumpai di bahagian trek.

 

gambar dibawah ini sebenarnya adalah kura2.  sekali imbas kulit cengkerangnya macam ketam pun ada.  tapi bila dia keluarkan kepala nampaklah bahawa ianya spesis kura2.  gambar nampak kelabu sebab waktu ini hujan turun dengan lebatnya.


saya memang standby rain coat.  tapi hanya dalam beg saya dan beg Izah aje yang ada.  beg Wani dgn Azim x ada raincoat.  so saya bagi anak2 aje lah yang pakai takut diorang kena deman pula.  


pengalaman hiking dalam hujan merupakan pengalaman baru bagi saya bersama anak2.  tapi mungkin tak lama sangat so anak2 saya masih cergas lagi.  masa saya hiking Gunung Kinabalu dulu pun kena hujan semasa perjalanan pulang.

sekian, coretan hiking saya kali ini.

wassalam.