Tuesday, 18 April 2017

Movie beauty and the beast

assalamualaikum semua

Jumaat lepas kami yang tinggal di borrneo ini bercuti umum sempena Good Friday.  disebabkan lama dah tak menonton movie, saya pun bawa lah anak2.  disebabkan Hari Jumaat, saya tak mahulah menonton awal sangat takut Azim bermasalah untuk ke masjid.  jadinya bila tengok jadual secara online waktu yang sesuai adalah jam 3.30 petang.   

rupa2nya disebabkan cuti umum, parking penuh.  saya terpaksa berpusing2 mencari parking.  lepas cari parking, kami terus menuju ke bahagian atas.  sebaik sahaja sampai saya terperanjat sebab ramai sungguh orang sedang beratur untuk membeli tiket.  tengok movie tu dah warna kuning.  maknanya dah tinggal sikit.  sebab dah berjanji dengan kawan, saya pun beratur ajelah sementara menunggu kedatangan kwn sy yang turut tersangkut dengan jem di kawasan parking.



setelah lama beratur, dapatlah tiket yang dihajati tapi kami memilih untuk menonton jam 9 malam.  selepas jam 3.30 ptg ada lagi jam 6.05 ptg dan 6.20 petang.  memang tak lah sebab waktu itu bertembung dengan solat maghrib.  disebabkan awal lagi (masa tu jam 3.30 petang) saya ambil keputusan untuk balik dulu.


sebelum balik kami singgah makan dulu.  saya memilih makan chicken chop untuk dinner saya.


sekian, wassalam

No comments: