2 April 2017 berlangsungnya larian anjuran Milo di Pustaka, Kuching Sarawak.
sebenarnya dah tiga tahun berturut2 saya sekeluarga join larian ini.
Saya join fun run aje yang jaraknya 3 km.
Tapi semalam masa saya semak guna aplikasi run saya, jaraknya adalah 4 km.
tak kisahlah janji anak2 saya seronok dan jarak tu bukan masalah sangat bagi saya.
setakat ni jarak larian terjauh untuk event yang saya pernah ikut adalah 5km.
kalau personal pula (utk larian saja2 sendiri) saya dapat lari sejauh 7 km.
mungkin next time nak try 10 km pula.
tujuan saya terjebak dengan run ini untuk kesihatan diri aje dan untuk enjoy. bukan untuk kemenangan. so santai2 aje pun dah ok.
bayaran penyertaan untuk larian milo ini adalah RM50 untuk 4 orang. sehari sblm event, akan dapat baju milo dan bib yang mengandungi nombor. ini lah no bib kami dengan nama kumpulannya mama & child...
kami sekeluarga sampai lebih kurang jam 6.25 pagi. kalau ikutkan tentatif jam 6.30 dah mula larian.
memang betulpun, tak lama lepas kami sampai, larian pun bermula.
inilah muka2 ceria sebelum larian. masih segar lagi sebab belum lari.
ini adalah acara perasmian sebelum larian bermula. selepas nyanyian lagu Negara ku dan Ibu pertiwiku (lagu rasmi sarawak) larian pun dimulakan...
dan saya berjaya menamatkan larian mengikut aplikasi yang ada dalam handpnone saya. dan jaraknya adalah 4.4 km. medal yang diperolehi berbentuk lori milo pulak.. masa larian ini saya solo aje. anak2 pun lari sendiri mengikut kelajuan masing2.
bila dah selesai, kami berkumpul dan berehat kat lantai aje... antara keistimewaan larian milo ini adalah goodies yang mereka bagi. sebaik sampai ke garisan penamat, goodies beg dan medal akan diberi. dalam goodies beg tu ada macam2 produk milo. disamping itu juga sarapan pagi, air milo dan bijirin turut disediakan. puas lah kami anak beranak minum milo pagi tu..
ini lah sebahagian makanan yang pihak milo sediakan..
sempat saya snap aksi Azim yang sedang makan bijirin.. banyak juga dia ambil. favorate dia tu..
aktiviti outdoor seperti larian dan hiking sebenarnya bagus untuk kesihatan. tapi janganlah pula kita memaksa diri hingga menjadikan aktiviti itu menyakitkan diri sendiri. ikut kemampuan diri. jangan ikut orang. kita tahu tahap kemampuan diri sendiri. buat apa yang termampu. perlu diingatkan, aktiviti ini hanyalah sekadar riadah bertujuan untuk kesihatan diri..
ada sesetengah pihak yang menjadikan aktiviti larian sebgai hobi wajib. mereka mengejar kemenangan dalam setiap pertandingan yang diikuti. Terdapat juga mereka yang sanggup mengikuti maraton yang jauh jaraknya. untuk makluman u'll jarak untuk maraton adalah 42 km keatas. (ada yang sanggup..?)
saya secara personal tak sanggup menyeksa diri sendiri untuk berlari sejauh itu. jarak maksimum untuk saya hanyalah 10 km. tidak lebih dari itu. Lagipun saya melakukan aktiviti ini untuk riadah dan menghabiskan masa bersama anak2 terutama pada hujung minggu.
sekian celoteh saya. wassalam
No comments:
Post a Comment