assalamualaikum semua
sebenarnya tidak ada dalam perancangan pun trip ke Gunung Bengoh ni. Secara tiba2 aje. maklumlah sehari sebelum tu saya terlalu letih kerana terlibat dengan aktiviti yg banyak menggunakan fizikal. Pagi saya hiking. sebelah petang pula saya ikut larian. sebelah alam tu memang saya keletihan. masa kawan saya tanya kata putus sy jwb tengok keadaan saya esok pagi sebab terlalu letih.
Tapi bila saya bangun jam 5 pagi tu badan rasa segar. saya terus kejutkan anak2 dan suruh mereka bersiap. saya terus wasap kawan sy menyatakan sy bersetuju untuk ikut trip ini bersama 3 orang anak saya.
kami sampai ke Kg Bengoh tu lebih kurang jam 8.00 pagi. kemudian kami menaiki bot ke kaki gunung tersebut yang mengambil masa lebih kurang 20 minit.
sebanyak 3 buah bot yang digunakan untuk trip ini. bayaran yang dikenakan adalah RM30 seorang untuk dewasa dan RM20 untuk kanak2.
sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang menarik. tiupan angin menjadikan mata saya mengantuk. sempat juga saya terlena seketika di dalam bot...
ini gambar yang sempat saya snap sepanjang perjalanan sebelum saya terlelap. muka2 eksited. agak lama juga saya tidak membawa anak2 menaiki bot.
pokok bakau yang tinggal rangka aje pun cantik dipandang. itulah ciptaan tuhan yang tiada tandingan.
sedikit taklimat diberikan sebelum kami memulakan perjalanan. anggaran perjalanan menuju ke puncak adalah lebih kurang 3- 4 jam menurut kata pemandu arah kami. Gunung Bengoh ini banyak pacat rupanya. saya pulak tak bersedia dengan kelengkapan mengalang pacat. masa awal2 perjalanan beberapa ekor pacat menyapa kaki saya. selepas saya sembur dengan bygon barulah berkurangan serangannya.
kami sampai ke puncak lebih kurang jam 11.00 pagi. untuk makluman gunung ini ada 2 puncak. puncak kedua perlu menuruni puncak pertama dahulu dan naik semula. menurut guider mereka tak pernah sampai lagi. so kami tak mahu ambil risiko. sampai ke puncak pertama kami pun berhenti mendaki. malangnya puncak pertama ini tidak ada view yang menarik dari atas sebab dihalang oleh pokok2 yang besar disekeliling puncak tersebut.
pada pendapat saya trek gunung ini biasa2 sahaja.tidak terlalu mencabar sangat. ianya sesuai lah kalau nak bawa anak2 hiking di sini. cuma perlu lebih perhatian sekiranya melalui tebing2 yang agak curam. memang agak merbahaya dan sentiasa mengingatkan anak2 pasal keselamatan.
inilah pemandangan pada bahagian atas puncak pertama Gunung Bengoh ini. tak nampak2 apa2 view. kalau pokok2 yang menghalang pemandangan kami tak ada memang dapatlah tengok view dari atas.
so kami snap gambar ajelah kat sini. setelah berehat lebih kurang 30 minit kami pun bergerak turun menuju ke waterfall. Wani dah tak sabar2 lagi nak terjun katanya. masa ni langit dah menampakkan tanda2 nak hujan.
sebaik sampai ke waterfall anak2 saya terus terjun. masa ni hujan dah mula turun. Saya pula memulakan operasi memasak maggi. masa ni jam menunjukkan pukul 12.30 tgh. saya tak mandi di waterfall ini. saya berehat aje sambil makan maggi yang dimasak.
saya belanja beberapa keping gambar di waterfall ini.. airnya coklat sdikit. mungkin sebab hujan. tapi kawasan ini memang bersih. mungkin sebab jarang dikunjungi oleh orang ramai kerana terpaksa manaiki bot dahulu.
30 minit kami berehat disini. selepas itu kami pun bergerak turun menuju ke bot. perjalanan pulang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.
di bawah ini adalah flora dan fauna yang saya jumpa sepanjang hiking di sini. spesis cendawan putih ni macam kulat yang biasa kita nampak pada pokok2 kayu mati. tapi cendawan ini tumbuh pada pokok kayu yang masih hidup. Manakala cendawan yang warna coklat ini bersaiz sebesar tapak tangan orang dewasa dan dijumpai di bahagian trek.
gambar dibawah ini sebenarnya adalah kura2. sekali imbas kulit cengkerangnya macam ketam pun ada. tapi bila dia keluarkan kepala nampaklah bahawa ianya spesis kura2. gambar nampak kelabu sebab waktu ini hujan turun dengan lebatnya.
saya memang standby rain coat. tapi hanya dalam beg saya dan beg Izah aje yang ada. beg Wani dgn Azim x ada raincoat. so saya bagi anak2 aje lah yang pakai takut diorang kena deman pula.
pengalaman hiking dalam hujan merupakan pengalaman baru bagi saya bersama anak2. tapi mungkin tak lama sangat so anak2 saya masih cergas lagi. masa saya hiking Gunung Kinabalu dulu pun kena hujan semasa perjalanan pulang.
sekian, coretan hiking saya kali ini.
wassalam.
No comments:
Post a Comment