Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Thursday, 7 February 2019

Bebola keledek cheese

assalamualaikum semua

kali ini saya nak berkongsi resepi yang sesuai untuk dibuat minum petang atau kudapan sambil menonton TV.

bahan yang digunakan pun mudah sahaja.  rasa terliur tak tengok video ini.  kalau rasa menyelerakan jom saya kongsikan resepinya...


bahan-bahan
ubi keledek 
tepung gandum
sedikit garam
beberapa keping cheese (saya guna cheesedale yang dipotong 4)
bread crumb secukupnya

cara-cara

Rebus ubi keledek hingga empuk.  kemudian lencekkan.

Campurkan tepung gandum dengan ubi keledek yang telah dilenyek tadi.  uli hingga menjadi doh.  tepung gandum ni saya main agak2 aje sebab bergantung kepada saiz keledek yang digunakan.



setelah itu bentukkan doh menjadi bulat, leperkan dan letakkan cheese di tengah2 sebagai intinya.  bulatkan semula.  (rujuk gambar di bawah.



salutkan bebola tadi dengan bread crumb.  kalau terlalu kering boleh basahkan sedikit bebola tadi untuk melekatkkannya.



panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan menggunakan api yang sederhana sehingga masak.


 sedia untuk dihidangkan.  amat sesuai dimakan panas-panas sebaik sahaja selepas goreng sebab cheese di bahagian dalamnya akan terasa di tekak tat kala kita mengigitnya.  nyummyyyy



Monday, 21 August 2017

Resipi Pau Gebu berinti ayam kari

assalamualaikum semua

sebenarnya saya tak pernah buat pau sebelum ini.  tapi anak saya memang suka makan pau.  biasa saya beli kat kantin tempat kerja saya.  tapi sejak dua menjak ni selalu sangat tidak ada pau dijual disitu.  frust jugak lah anak2.  pau yang dijual tu memang lembut dan putih melepak.  gebu aje.

entah macam mana saya teragak untuk membeli tepung pau.  konon2 nak try buat lah.  saya google di internet aje.  alhamdulillah. percubaan pertama saya berjaya.  pau menjadi gebu dan lembut.  memang berselera anak2 saya makan.  puas hati tengok anak2 makan.  saya kongsikan resipinya ye.

bahan
1 kg tepung pau
1 sudu teh baking powder
* kedua2 bahan diayak bersama

1 sudu teh garam
1/2 cwn minyak jagung atau minyak masak
2 cawan air
11 gm yis
1 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur

caranya
  1. Satukan bahan cecair dan pukul hingga gula larut.  saya guna mixer aje
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.  saya guna mixer aje.
  3. tutup doh dengan kain dan biarkan selama 5 minit.
  4. ambil sedikit doh dan bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.  masukkan inti. tutup dan kemaskan
  5. letakkan doh yang telah berinti atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat.  kalau dikampung saya suka guna daun pisang.
  6. susun dalam kukusan. pastikan dijarakkan sedikit antara satu sama lain sebab doh akan naik 1 kali ganda.
  7. pastikan air dalam kukusan telah panas dan mendidih.  seeloknya balut tutup kukusan dengan tuala untuk mengelakkan air dari kukusan menitis atas pau.  nanti rupa pau tu tak cantik.
  8. kukus pau tersebut selama 7 hingga 10 minit.
  9. bila dah masak angkat dan biarkan didalam kukusan hingga sejuk.
  10. bolehlah dihidangkan.
  11. kalau nak frozenkan, masukkan dalam bekas plastik kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk.  bila nak makan keluarkan dan kukus selama 5 minit.

untuk intinya saya letak ayam kari aje.  saya kongsikan resipinya ye

bahan
3 ketul isi ayam yang dipotong dadu (saya ambil bahagian dada)
1 biji ubi kentang dipotong dadu
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia dimayang halus
2 sudu besar serbuk kari
1/2 kotak santan (saya guna jenama kara)
sedikit cili padi/ lada besar (ikut suka)
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa

caranya


  1. tumis bawang merah, bawang putih, cili dan halia hingga naik bau.
  2. masukkan serbuk kari.  kacau sekejap.  masukkan air asam jawa dan kacau lagi.
  3. masukkan ubi kentang dan ayam.  biarkan sebentar hingga masak.  sesekali kacau untuk elakkan berkerak.
  4. matikan api.  masukkan garam, kacau dan biarkan sejuk.


inilah rupa daging ayam yang telah dipotong dadu.  paling senang ambil bahagian dada aje sebab tidak ada tulang.


ini pula ubi kentang yang telah dipotong dadu.  saiznya ikut suka hati lah ye nak potong besar mana.  asalkan boleh digunakan untuk inti doh ok lah



ini bahan2 yang perlu ditumis dulu.  dari kiri atas tu halia, lepas tu cili padi (kebetulan cili besar dah habis kat rumah.  saya sebenarnya lagi suka guna cili besar), bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris.



inilah rupa kari ayam yang dah siap untuk dibuat inti pau.  kari ayam ni kalau nak buat inti karipap pun boleh juga.



ini pula rupa doh yang telah naik sekali ganda setelah direhatkan dan ditutup dengan tuala lembab.


bila dan isi inti terus letak kat kukusan dan biarkan doh mengembang sekali ganda sebelum dikukus.  macam2 saiz kan sebab ada pembantu kecil yang rumah ni yang nak tolong jugak..


inilah rupa pau yang dah siap dikukus.  yang dah dibelah saya lupa nak snap gambar pulak.  semuanya dah habis masuk dalam perut..




Gambar di bawah inilah mixer yang saya gunakan.  Mixer warna merah jenama The Baker.  Mixer ini saya beli online daripada FB adamsufi.  suka sangat dengan mixer ini sebab dapat menguli sebanyak 1 kg tepung.  maklumlah anak2 tengah membesar dan selera makan mereka memang terbaiklah terutama pau, kek dan roti.  buat sendiri lebih jimat.





Monday, 20 February 2017

mendonat lagi

assalamualaikum semua

entry sebelum ini saya ada cerita pasal bread maker saya yang sangat membantu untuk saya mengguli roti, pizza, donut dan lain2.  untuk pengetahuan u'll smlm rajin lah pulak untuk mendonat.  ini gara2 cuaca yang tidak menentu di bumi borneo ini.  aktiviti hiking@ jogging memang kurang sesuai dilaksanakan sebab cuaca hujan sahaja.  dek kerana kebosanan saya pun keluarkan bread maker yang dah agak lama tersimpan gara2 semangat membaking ke laut.  lepas masukkan semua bahan ke dalam bread maker tu, saya pun terus tinggalkan. tak terfikir pulak nak tengok.  nak ajdi cerita black out pulak sekejap.  dalam ahti, habiskan adunan saya dalam bread maker tu.. tapi nasib baik black out tu sekejap aje.  lepas keadaan kembali ok, saya pun on semula bread maker tu.. nasib baik saya jenguk dulu dalamnya.  rupanya bread maker saya tak berfungsi.. bunyi aje tapi sebenarnya besi pengadun tu tak bergerak.  saya terus keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk.  dengan perasaan yang tak menentu, saya terus uli dengan menggunakan tangan.  masa ni tawakal aje sebab yis dan mengembang.  lepas rasa doh lembut, saya tutup dengan tuala lembab dan tinggalkan sekejap untuk mandi dan solat maghrib.  lepas solat saya tengok doh saya cantik aje naik.  lega rasanya..  seterusnya aktiviti mendonat pun saya mulakan atas table top di dapur.

Sebenarnya saya hanya menggunakan tepung donut segera sahaja di kedai bakery.  resepi pun disertakan sekali.  mudah. hanya 3 barang sahaja diperlukan iaitu tepung donut, yis dan air.


 


ini lah rupa tepung donut yang saya guna dan resepinya.  mudah sangat cara membuatnya.  terutama sekali untuk ibu berkerjaya macam saya yang memang serba serbi nak cepat aje.




inilah hasil ulian saya.  lega sangat bila tengok doh kembang dengan sempurna dan cantik.  maknanya lepas ni saya boleh uli pakai tangan aje lah..  






bila dah siap gelek, kita terapkan dengan acuan donut.  senang aje membuatnya.  untuk pengetahuan u'll, sebahgian sahaja yang saya goreng manakala selebihnya saya frozenkan untuk bekalan anak saya ke sekolah.  mudah kan?




bila dah siap, bolehlah digoreng dengan api perlahan.  jangan guna api besar ye, nanti tak pasal2 hangus pulak jadinya... alhamdulillah jadi aje kembangnya...



inilah rupa donut yang dah siap untuk santapan anak2 saya.  kali ini saya tak guna gula aising.  saya tukar dengan coklat pula.  yang bulat2 tu adalah bahagian tengah donut.  kalau nak nampak menarik, boleh cucuk dengan lidi, tapi sebab dah malam saya letak aje kat dalam pinggan.



sebab nak cepat aje kan, saya guna aje benda alah ini untuk diletakkan atas donut saya... laju aje anak2 makan hingga menjilat pinggan... puas hati saya tengok anak2 makan...

sekian, enry masakan saya untuk kali ini.  wassalam..

Wednesday, 9 September 2015

menu sarapan

assalamualaikum semua

tetiba malam tadi terlebih rajin pulak nak buat donut untuk sarapan pagi tadi.  sebenarnya nak membuat donut ni tak lah susah sangat terutama sekali dengan bantuan BM kesayangan aku.  untuk makluman semua aku guna tepung donut  ready made aje. cuma perlu masukkan air dengan yis ke dalam BM.  biarkan mesin tu mengadun selama 1 1/2 jam.  sementara menunggu tu bolehlah aku buat kerja lain. macam semalam aku lipat baju bebudak tu...


 ini lah hasilnya..


yang ini dibuat malam tadi. herot2 ko.  izah yang tolong susun dalam dulang.  dia main hentam aje.  itu yang rupanya jadi macam ni. tapi tak apa lah.. nak makan sendiri aje... yang penting rasanya.  lepas tu aku biarkan semalaman dalam suhu bilik.  aku tutup guna tudung saji aje di atas meja. takkan lah nak biarkan terdedah pulak kan???



pagi tadi aku bangun aje terus lah menggoreng...

inilah rupanya selepas digoreng..

aku kan jenis cepat dan nak mudah aje. so..beli aje gula icing ini untuk ditaburkan atas donut yang sudah digoreng tadi..


dah pun siap untuk dimakan dan dibawa bekal untuk anak2ku... bebudak ni memang suka dengan donut tabur dengan gula ni. nak celup dengan coklat bebagai tunggu hujung minggu aje. tak sempat nak hias segala... ini pun dah cukup...  korang  pulak sarapan apa hari ni?

semoga berjumpa lagi... wasalam





Tuesday, 3 February 2015

apam polkadot

assalamualaikum semua..

ini adalah aktiviti hari Ahad lepas tapi hari ini baru ada mood nak up date.... hehehe

membuat apam polkadot ini mudah aje.

bahan-bahannya
2 biji telur (suhu bilik)
1 cwn gula (saya kurangkan jadi 3/4 aje)
1 sudu kecil ovalette
2 sudu kecil esen vanila
1 cwn susu segar/ susu cair
2 cawan tepung gandum diayak dengan satu sudu soda bikarbonat/ boleh guna tepung naik sendiri
jem strawberi secukupnya.

cara-caranya

  1. mula-mula panaskan pengukus. jangan lupa letak air dalam pengukus tu..
  2. pukul telur, gula dan esen vanila hingga sebati.
  3. masukkan susu segar. pukul lagi
  4. masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan soda bikarbonat. gaul sebati
  5. Akhir sekali masukkan ovalette dan kacau lagi. (kalau nak apam kita gebus ini kena letak last sekali ye)
  6. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. lepas tu bolehlah bubuh kaler yang disukai. 
  7. kemudian masukkan adunan tadi dalam piping beg.  nak senang kerja.  jangan lupa masukkan juga jem strawberi tadi dalam piping beg juga.

beginilah rupa adunan yang telah siap di letak pewarna...





paipkan adunan tadi dalam paper cup macam gambar dibawah ni. masukkan 1/2 dulu ye.  lepas tu paipkan jem strawberi kat tengah2nya. 

 



lepas tu paipkan lagi separuh sampai penuh paper cup tu
 


lepas tu buat titiskan macam gambar di bawah untuk menghasilkan polkadotnya.....

 



dah siap bolehlah dimasukkan dalam pengukus.. dan kukus selama 15-20 minit.  


tada....... inilah hasilnya.. inilah gambar yang dapat disnap. yang lain dah masuk ke dalam mulut anak2 ku....  kena serbu dek anak2  lepas keluar daripada pengukus. seronok tengok....









selamat mencuba................