Monday, 21 August 2017

Resipi Pau Gebu berinti ayam kari

assalamualaikum semua

sebenarnya saya tak pernah buat pau sebelum ini.  tapi anak saya memang suka makan pau.  biasa saya beli kat kantin tempat kerja saya.  tapi sejak dua menjak ni selalu sangat tidak ada pau dijual disitu.  frust jugak lah anak2.  pau yang dijual tu memang lembut dan putih melepak.  gebu aje.

entah macam mana saya teragak untuk membeli tepung pau.  konon2 nak try buat lah.  saya google di internet aje.  alhamdulillah. percubaan pertama saya berjaya.  pau menjadi gebu dan lembut.  memang berselera anak2 saya makan.  puas hati tengok anak2 makan.  saya kongsikan resipinya ye.

bahan
1 kg tepung pau
1 sudu teh baking powder
* kedua2 bahan diayak bersama

1 sudu teh garam
1/2 cwn minyak jagung atau minyak masak
2 cawan air
11 gm yis
1 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur

caranya
  1. Satukan bahan cecair dan pukul hingga gula larut.  saya guna mixer aje
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.  saya guna mixer aje.
  3. tutup doh dengan kain dan biarkan selama 5 minit.
  4. ambil sedikit doh dan bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.  masukkan inti. tutup dan kemaskan
  5. letakkan doh yang telah berinti atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat.  kalau dikampung saya suka guna daun pisang.
  6. susun dalam kukusan. pastikan dijarakkan sedikit antara satu sama lain sebab doh akan naik 1 kali ganda.
  7. pastikan air dalam kukusan telah panas dan mendidih.  seeloknya balut tutup kukusan dengan tuala untuk mengelakkan air dari kukusan menitis atas pau.  nanti rupa pau tu tak cantik.
  8. kukus pau tersebut selama 7 hingga 10 minit.
  9. bila dah masak angkat dan biarkan didalam kukusan hingga sejuk.
  10. bolehlah dihidangkan.
  11. kalau nak frozenkan, masukkan dalam bekas plastik kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk.  bila nak makan keluarkan dan kukus selama 5 minit.

untuk intinya saya letak ayam kari aje.  saya kongsikan resipinya ye

bahan
3 ketul isi ayam yang dipotong dadu (saya ambil bahagian dada)
1 biji ubi kentang dipotong dadu
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia dimayang halus
2 sudu besar serbuk kari
1/2 kotak santan (saya guna jenama kara)
sedikit cili padi/ lada besar (ikut suka)
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa

caranya


  1. tumis bawang merah, bawang putih, cili dan halia hingga naik bau.
  2. masukkan serbuk kari.  kacau sekejap.  masukkan air asam jawa dan kacau lagi.
  3. masukkan ubi kentang dan ayam.  biarkan sebentar hingga masak.  sesekali kacau untuk elakkan berkerak.
  4. matikan api.  masukkan garam, kacau dan biarkan sejuk.


inilah rupa daging ayam yang telah dipotong dadu.  paling senang ambil bahagian dada aje sebab tidak ada tulang.


ini pula ubi kentang yang telah dipotong dadu.  saiznya ikut suka hati lah ye nak potong besar mana.  asalkan boleh digunakan untuk inti doh ok lah



ini bahan2 yang perlu ditumis dulu.  dari kiri atas tu halia, lepas tu cili padi (kebetulan cili besar dah habis kat rumah.  saya sebenarnya lagi suka guna cili besar), bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris.



inilah rupa kari ayam yang dah siap untuk dibuat inti pau.  kari ayam ni kalau nak buat inti karipap pun boleh juga.



ini pula rupa doh yang telah naik sekali ganda setelah direhatkan dan ditutup dengan tuala lembab.


bila dan isi inti terus letak kat kukusan dan biarkan doh mengembang sekali ganda sebelum dikukus.  macam2 saiz kan sebab ada pembantu kecil yang rumah ni yang nak tolong jugak..


inilah rupa pau yang dah siap dikukus.  yang dah dibelah saya lupa nak snap gambar pulak.  semuanya dah habis masuk dalam perut..




Gambar di bawah inilah mixer yang saya gunakan.  Mixer warna merah jenama The Baker.  Mixer ini saya beli online daripada FB adamsufi.  suka sangat dengan mixer ini sebab dapat menguli sebanyak 1 kg tepung.  maklumlah anak2 tengah membesar dan selera makan mereka memang terbaiklah terutama pau, kek dan roti.  buat sendiri lebih jimat.