Wednesday 9 August 2017

menukar warna cat perabut di ruang makan

assalamualaikum semua

semenjak join group deco2 ni bermacam2 idea dan angan2 muncul dalam kepala ini.  sekarang ni dah mula viral tukar warna perabut kepada warna putih.  kalau pun minat takkan lah nak beli baru dan buang perabut lama.  perabut lama tu pun masih elok lagi.  kan membazir namanya.  jadinya kita kasi baju baru ajelah.

kali ini saya nak kongsikan macam mana saya mengecat kerusi dan meja makan saya yang warna asalnya hitam kelabu kepada warna putih suci gitu.

saya beli cat  untuk kayu dan besi brand Nippon paint warna putih, berus penggelek dan berus biasa.  kalau nak beli cat brand lain pun boleh juga.

ok, biasanya berus cat akan digunakan kalau nak mengecat kayu atau besi.  tapi saya akan menggunakan berus penggelek untuk melakukan proses mengecat kerana sebenarnya ia dapat menjimatkan masa dan tenaga.  berus biasa tu digunakan untuk touch up aje.  saya hanya mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam sahaja untuk proses mengecat kerusi ini.  

operasi mengesat dimulakan dengan membersihkan habuk, sawang dan kekotoran yang melekat pada perabut tu dulu.  lepas tu terus cat untuk lapisan pertama.  biarkan sekejap sebelum membuat lapisan kedua pula.  sebenarnya, untuk mendapatkan hasil yang cantik, proses mengecat perlulah dibuat minima 3 lapis.  barulah cat akan nampak sekata dan cantik berkilat.

mungkin ada yang bertanya kenapa tak guna spray.  sebenarnya saya ada pengalaman guna spray yang dalam botol tu.  hasilnya tak cantik.  cat yang terhasil tak berkilat. lagipun kena pandai spray untuk elakkan terjadinya mata air pada perabut.  jadi, saya rasa guna berus dan penggelek lebih senang walaupun kena berhati-hati untuk elakkan tangan daripada terkena cat.  kalau tangan terkena cat, kita kena bersihkan dengan menggunakan tinner.


ini rupa asal kerusi saya sebelum ditransform.. pelapik duduknya warna hitam manakala bahagian besinya berwarna kelabu.  sebenarnya kerusi ini dah 6 tahun berjasa kepada keluarga saya.  masa beli dulu RM400 sahaja.  mana nak dapat dengan harga tu sekarang ni weiii.  sila abaikan pemandangan kat belakang tu ye.



inilah rupa setelah diputihkan.  perancangan akan datang saya nak letakkan span pada pelapik duduk tu untuk keselesaan.  masih mencari idea dan cara pemasangan.  Perancangannya nak DIY aje.  nanti apa2 saya up date lagi kalau dah buat.


inilah cat yang saya guna.  brand nippon paint dengan kod 9102 yang berwarna putih suci gitu. saya guna 2 tin untuk tukar baju kerusi dan meja makan ni.  selebihnya saya guna pulak untuk yang lain.   nanti saya kongsikan.  


masa sebelum cat tu lupa nak ambil gambar. dah siap baru teringat.  jadilah ye walaupun rupanya dah tak semanggah.  berus roller tu saya guna untuk cat keseluruhan manakala berus 2 inci dan 4 inci tu untuk touch up mana-mana yang tak dapat dicapai menggunakan roller tu.


sedikit tip untuk mendapatkan hasil cat  yang cantik berkilat.  proses mengecat perlu dilakukan lebih dari sekali.  untuk ini saya membuat sebanyak 3 kali lapisan cat. selepas lapisan pertama saya biarkan sekejap dan lapis kali ke dua pula.  saya mengecat pada waktu pagi.  selepas itu saya tinggalkan sehingga petang sebelum membuat lapisan ke tiga pula.

untuk mengelakkan berus menjadi keras, saya rendam sahaja dengan air paip biasa.  jadi sebelah petangnya saya cuma keluarkan dari bekas rendaman dan mula mengecat lagi.  cat minyak tidak akan bercampur dengan air ni.  jangan risau ye.


saya biarkan semalaman di luar rumah.  tapi bawah bumbung lah.  tak risau kalau hujan pada sebelah malamnya.  memang betul sebelah malam tu hujan lebat juga.  pada sebelah petangnya setelah yakin cat telah kering dengan baik, barulah saya membawa masuk meja dan kerusi ni ke ruang makan.



begini lah rupanya setakat ini.  dinding warna hijau tu memang ada perancangan deko2 selepas ini. pintu bilik wani tu pun sama.  saya bercadang nak cat warna putih juga pintu tu.  hiasan di dinding hijau tu aje yang masih tak dapat cari idea lagi.  sama ada frame gambar yang berwarna putih atau nak pasang cermin besar aje.  masih2 tercari idea dan budget ni.  atau mungkin saya nak tukar warna frame yang tergantung tu aje. tapi nampak macam kecil sangat.   nanti2 lah saya fikirkan.

alas meja tu saya beli di Mr DIY aje.  memang sengaja cari corak ini sebab nak masukkan sedikit tema inggeris.   pasu dan bunga tu pun beli di Mr DIY jugak.  deco guna budget murah2 aje.  saya dah puas hati.  bawah meja tu mungkin nak letak tikar atau carpet.  masih fikir lagi.  atau biarkan sahaja untuk memudahkan kerja mengemas. sebab walaupun anak2 saya dah besar sikit, tapi masih lagi buat sepah  juga.  kadang2 jadi singa juga saya.  cuma dah agak terkawal sikit sebab masing2 dah diberi tugas untuk memastikan tugas mama diorang dapat diringankan.  saya memang sediakan jadual tugasan dirumah dan ditampal di dinding untuk rujukan mereka. tujuannya untuk melatih mereka melakukan kerja2 rumah tak kira lah lelaku atau perempuan.  bak kata pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'


sekian, projek DIY saya untuk kali ini.  nanti saya update lagi ruang ini.

wassalam

4 comments:

Hamba Allah said...

hi sis,guna berapa little cat untuk meja dan kerusi

Unknown said...

Rm brapa cat tu, brapa liter

Unknown said...

Hai, nak tanya. Lama² cat putih akan bertukar kekuningan tak? Sbb perabot yang saya cat putih jadi kekuningan

Anonymous said...

Ty atas pwrkomgsian.. sya nk tukar warna katil saya ><..Nak tanya.. cik tak guna undercoat paint ke? Kalau ok..saya tknak beli undercoat paint ..just use patone high gloss macam cik je^^