assalamualaikum semua
Sebelum ini saya ada kongsikan entry mengecat kerusi dan meja makan untuk ruang makan. boleh baca di sini. disebabkan ada lebihan cat, saya pun mengecat katil wani pula. katil ni warna asalnya hitam coklat. warna hitam untuk besinya dan coklat pada bahagian kayunya.
Inilah rupa katil wani sebelum dicat.
berat juga nak bawa keluar katil ni. rasa menyesal pula bawa keluar sebab rasanya ia lebih mudah kalau saya cat aje katil ni dalam bilik.
inilah rupanya setelah dicat putih. hanya bahagian kepala dan kaki katil yang diberikan tumpuan cattan. yang bahagian tengah katil saya kekalkan warna catnya. bukan nampak pun.
bila dah siap, satu kerja pulak nak bawa amsuk semula. disebabkan terkena pada pintu dan dinding, terdapat sebahagian cat yang mengelupas. uwaaa... sebaik sahaja diletakkan dalam bilik, jenuh saya kena betulkan semula tapi tak boleh. so saya ambil keputusan untuk biarkan cat itu dulu sebelum di touch up bila dah betul kering.
nanti saya update setelah bilik wani di make over ye..
Sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment