Monday 30 May 2016

pokok jambu air

assalamualaikum semua

sebenarnya saya tak perasan pun yang pokok jambu air tepi rumah saya dah mula mengeluarkan buah. sebelum ni masa saya bersihkan kawasan tu memang nampak ada bunganya.  tapi lepas tu terus tak teringat nak menengok lagi.

entah macam mana kerajinan datang nak cuci kereta.  ini gara2 minyak petrol yang dibeli dalam tong tu tertumpah.  habis satu kereta bau petrol.  itulah kelemahan kereta MPV sebab bonet bersambung dengan bahagian tempat duduk.







 buah jambu ni ada yang dah warna merah, ada yang masih hijau lagi.  anak2 saya dengan eksitednya pergi lah memetik buah tersebut.  disebabkan masaknya tidak sekata, terpaksalah melakukan proses memilih pulak.  pokok ni ada kerengga, jadi diorang tak boleh nak panjat.  kalau tak memang bergajutlah anak2 saya terutama Azim yang memang suka memanjat.

setelah dipetik dapatlah sedikit untuk kami sekeluarga makan.

sekian

Thursday 26 May 2016

sofa baru..

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

sebenarnya memang dah lama nak beli sofa baru untuk menggantikan sofa lama yang dah rosak. walaupun pada pandangan mata kasar sofa lama tu masih elok tapi hakikatnya,
- kain pelapiknya dah koyak,
- spring dah putus,
- span dah lembik sangat.  duduk terasa kayu
- zip dah rosak
- dll lagi

memang harus ditukar baharu. ada juga kawan2 yang bagi pendapat hantar ke kedai untuk dibaiki. tapi bila tanya kos membaiki dengan kos beli baru lebih kurang aje harganya. gulp.

dah banyak kali saya pergi ke kedai perabut, melawat pameran perabut dan sebagainya.  tapi cuma belum jumpa yang betul2 berkenan dihati dan poket.

gambar di bawah inilah sofa lama yang saya maksudkan. warna merah hati.  sebelah sofa merah tu yang berwarna  hitam tu dah lama tak ada. saya buang juga. keadaannya pun sama dengan sofa merah tapi lebih teruk lagi. tapi kusyennya yang 5 bijik tu masih saya simpan lagi.

sebenarnya anak2 saya pun dah berkicau juga pasal sofa ini.  tapi diorang bukannya fhm.  berbunyi aje tpi yang nak seluk poket saya. sebab tu masih dapat bertahan lagi..


setelah puas survey, membelek harga dari  kedai dan ruang pameran, akhirnya saya memilih sofa ini. kebetulan kedai perabut ini membuat jualan sempena Hari Gawai dan Keamatan.  Sebenarnya yang pilih sofa ni anak2. ada 3 pilihan yang ada waktu itu.  saya memang nak beli sofa L shape  sebab nak sesuaikan dengan keluasan yang ada di ruang menonton yang seciput tu.  jenis fabrik yang dipilih sebab fikirkan fungsinya.  kalau pilih jenis leather atau PVC x selesa sangat nak landing kat situ. (dah ada pengalaman sblm ni)



Sebenarnya banyak lagi yang perlu dibuat penambaikan di ruang menonton ini. Saya bercadang untuk menampal wallpaper pada belakang rak buku yang saya jadikan sebagai pembahagi antara ruang tamu utama dengan ruang menonton. lepas tu saya nak tukar carpet biru tu.

harap2 semuanya dapat direalisasikan sebelum raya ni.

buat masa ni saya dah berpuas hati dengan hiasan perabut di ruang tamu utama yang menggunakan perabut jati.  cuma ruang menonton ni aje yang kena buat sedikit deco untuk kasi ceria dan sedap mata memandang.

rumah saya ni sebenarnya tak ada konsep yang khusus. ikut suka aje. asalkan sedap di mata dan poket ok aje...  setiap ruang lain2 konsep.  sebab tu kalau tengok pada ruang tamu saya guna perabut jati. ruang makan pun jati juga. tapi ruang menonton sy pilih sofa moden pulak. (x sesuai rasanya letak perabut jati kat ruang ni..).  

sekian untuk entry kali ini. wassalam



Wednesday 25 May 2016

Malaysia Breakfast Day 2016

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

untuk kali ke 2 selama 2 tahun berturut2 saya sekeluarga join program ini.
program anjuran Milo ini memang menyeronokkan sebab ada kategori Larian 3 km untuk family. Maknanya anak2 saya semua boleh join..

kali ini lokasi larian adalah di sekitar Padang Merdeka, Kuching. bertarikh 22 Mei 2016 (Ahad)

kami berkumpul jam 6.00 pagi di lokasi kejadian.  jangan terkejut tengok waktu ye sebab waktu di Kuching adalah 1/2 jam lebih awal daripada di Semenanjung. 6.30 pagi dah terang tau. baju dan bib dah siap2 ambil sebelum hari kejadian...


inilah muka2 eksited sebelum larian bermula...  sebenarnya bukan saya aje sekeluarga yang join lairian ini. ramai juga kawan2 sepejabat yang turut serta.  ada juga ofismate saya yang gagal join sebab terlewat.




Gambar di bawah ini antara ofismate yang sama2 join larian ini..  masing2 muka seronok aje... hihihi




inilah tema yang diprint pada bahagian belakang baju untuk tahun 2016.

"It's my day at the Malaysia Breakfast day 2016".



ini sebenarnya gambar semasa larian tengah berlangsung.  sempat juga saya selfie.  masa ni Izah dengan Azim dah ada kat depan.  tinggal Wani aje yang bersama dengan saya.  perlu diingatkan kepada ibubapa yang nak join program macam ini. pastikan anak2 sentiasa berdekatan dengan anda untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. macam saya memang dah pakat yang Azim akan berlari dengan kakaknya dan Wani akan bersama dengan saya.  lepas tu setkan siap2 kat mana nak berkumpul sekiranya terpisah sebab waktu ini orang sangat ramai.  saya memang dah pesan siapa yang sampai dulu tunggu kat garisan penamat tu sampai semua dah ada..

ramai juga ibubapa yang join program ini dan membawa anak masing2...

disebabkan hanya Wani aje yang ada, dialah yang jadi model sepanjang larian.. hihihi...


mama dia pun nak juga bergambar... hihihi.  masa ni dah nak sampai ke garisan penamat dah...



Ini pulak gambar beramai2 sebaik sahaja sampai ke garisan penamat...  seronok sangat...


dapatlah medal ni dengan goodies bag.

ini semasa  kami berehat2 kat tepi padang ni... Izah tukang ambik gambar...


lepas rehat kami terus ke booth makanan dan air minum.


sempat pulak saya berkenalan dengan mak cik ni.  makcik ni x join larian. anak2 dia aje yang join. dia lepak kat kerusi ni.  mak cik ni ckp dulu x ada program macam ni.  sekarang banyak....


korang tengaok lah aksi saya anak beranak kat padang ni.. macam2 gaya ada.  siap bergambo kat sini lagi.  yang kelakarnya atas pakai tudung, bawah kakinya seksi... hahaha.  hentam lah. #inibukanrealye...




kali ini tak ada meja dan kerusi. tapi diorang bagi pelapik milo ni utk alas duduk.. lepas habis program kami bawa balik alas ni..

inilah goodies bag yang kami dapat.


inilah isinya..

dapat juga pisang.  hahaha. sebenarnya 2 biji. sebiji saya dah makan. sebiji lagi x larat nak habiskan...

sekian, wassalam

Monday 23 May 2016

Cat show

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Kepada peminat kucing mesti u'll semua tahu kisah oh my jep yang famous di FB tu. saya pun terfollow juga FB dia.  dengar2nya nak dibukukan dah kisah komik si jep tu. glamour betul si jep kucing montel tu..

al kisahnya, hari Sabtu yang lepas adalah program Cat Show. maklumat pasal cat show ni saya dapat daripada FB ini.  So lepas anak2 habis TWD jam 2.15 ptg, kami pun pergilah ke Giant Petrajaya.  sambil2 tengok meow, saya nak shopping kat Giant dan singgah ke pasar malam yang terletak di depan bangunan Giant tu.

sampai aje kat tempat pameran kuching tu, ternampak pulak seorang mamat tengah pegang ular sawa albino ni (betul ke namanya???). laju2 aje tangan snap gambar... nak suruh saya pegang ular tu idak lah.... serammmm.


Memang ramai rupanya peminat kucing ni.  masa ni masih ramai lagi orang. padahal dah jam 3 petang.  saya kongsikan sedikit gambar di tapak Cat Show ini.







kebanyakan kucing yang ada di tapak ini tertidur keletihan. maklumlah dari pagi lagi mereka dibawa ke sini.  memang stress lah..

sempat juga anak2 berposing kat sini..


lepas tengok kucing  masuk ke dalam Giant untuk membeli sedikit barang2 keperluan harian.  tak banyak sangat pun. lebih kepada jajan aje macam keropok, ais krim dll makanan ringan. tengok troli tu pun tahu x banyak barang kan? kemudian kami rehat sekejap kat sini. makan ABC aje. sambil2 tu Wani dan Azim main kat Playground yang disediakan di situ.


lepas solat asar kami terus bergerak ke kawasan parking depan Giant untuk ke pasar malam pula. sempat juga saya membeli 3 helai tudung dan 2 helai sweater.  tengah seronok membelek2 tetiba hujan turun dengan lebatnya.  berlari kami anak beranak masuk ke dalam Giant pula.



Dalam perjalanan balik, hujan dah mula reda.  sempatlah melihat pemandangan pelangi yang sangat cantik.  terpegun sekejap dengan keindahan alam...




sekian entry kali ini, wassalam

Monday 9 May 2016

Permai rainforest, Pantai Santubong

assalamualaikum semua

agak lama juga saya tak membawa anak2 mandi sungai atau pun laut.
ini sebab anak sulung saya dah mula demand.
saya ada bawa anak2 mandi kat swimming pool.
tapi tempat2 macam tu biasanya bayarannya agak mahal.
iya lah. diorang nak cover cost penyenggaraan dll.


semalam saya ubah angin pulak.
bawa anak2 pergi mandi kat sungai.
walaupun sungai, nak masuk tetap kena bayar jugak...

kem permai ni lokasinya agak tersorok.
kalau sesiapa yang datang Kuching dan pergi ke Kg Budaya Sarawak, boleh lah singgah kat sini.
biasanya ramai yan suka rehat2 kat pantai damai yang terletak berhadapan dengan pintu masuk Kg Budaya tu..

 sampai aje terus jumpa signboard ini  dan papan notis di bawah...  biasanya banyak monyet2  bergayut kat pokok tapi kedatangan kami kali ini, tak nampak pulak monyet2 tu..



 inilah kadar bayaran masuk yang terkini buat masa ini.




bila sampai aje kat sini, kita akan jumpa kaunter bayaran.  kat sebelah kaunter tu ada kedai sebaneka. anak2 sembat juga beli ais krim kat sini masa perjalanan balik.


lepas membuat bayaran, kami terus menyususri laluan ini menuju ke kawasan kolam. laluan berkayu ni sikit aje.  nanti kita akan jumpa pula laluan bersimen macam gambar kat bawah ni.


inilah kolam yang dituju.  masa kami sampai agak ramai juga pengunjung.  saya cuma jadi pemerhati aje. tak mandi.  lagipun tak ada sesiapa yang nak jaga barang2.




gambar di bawah ni adalah antara kemudahan yang disediakan di kawasan ini.


ini merupakan rumah kaum melanau.  rumah ni memang tinggi. tujuan dibina tinggi  adalah untuk mengelakkan binatang buas.  kadar sewa semasa antara RM200 hingg RM250 semalam.




ini antara wakaf2 yang disediakan untuk kita berehat.

sebenarnya sekiranya pengunjung ingin mandi laut, mereka boleh mandi di pantai ini.  sebaik sahaja melepasi kaunter bayaran, kita akan jumpa pantai ini dulu.  tapi disebabkan anak2 memang nak mandi sungai, kitaorang tak pergi lah mandi kat sini.



sekian, wassalam