Showing posts with label Bung Jagoi Bau. Show all posts
Showing posts with label Bung Jagoi Bau. Show all posts

Wednesday, 10 July 2019

mendaki Bung Jagoi, Bau

assalamualaikum semua

setelah percubaan pertama ke waterfall berjaya, saya dengan confident mendaki Bung Jagoi pula yang terletak di bau tidak jauh dari pekan Serikin.

sebelum ni saya pernah ke sini tapi sebab dah lama juga, menyebabkan saya tersasar sedikit melepasi simpang masuknya.

bayaran masuk adalah RM3 seorang.  kali ni saya mendaki bersama ofismate dan 2 orang anak sy.

muka ceria sebelum hiking.
Sepanjang perjalanan kami ditemani dengan 2 ekor anjing yang bertindak seolah-olah sebagai guide kami.  dia akan menyalak kalau kami tersilap arah.  pada mulanya kami semua rasa takut semacam aje.  lagi2 bila anjing tu mendekati kami.  saya risau terpegang aje.  tapi mungkin sebab dia tahu yang kami tak boleh pegang dia,  dia cuma mengekori kami dari jauh sahaja.
guide kami yang jinak
 Perjalanan mengambil masa selama 1 1/2 jam melalui laluan bertangga hingga ke puncak.  Trek mudah aje dan laluan nya jelas. 

bergambar di puncak


berehat sambil makan roti ditemani beberapa ekor anjing yang jinak. 

cuaca yang baik. pemandangan jelas kelihatan

punya lah ramai guide ka puncak ni.


Sebelum balik bergambar dulu di singboard ni buat kenang-kenangan.  

Selesai mendaki, kita buat aktiviti running man di pasar Serikin pula. hihihi.  Kawan saya nak beli kain kat sini.

cuaca dah mulai panas

pengunjung tak ramai sangat

sekian entry hiking dan jalan-jalan saya untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi. Wassalam

Monday, 8 October 2018

mendaki ke bung Jagoi, Bau bersama kelab kembara


assalamualikum semua

kali ini saya nak kongsikan pendakian ke kawasan sejarah di daerah bau iaitu Bung Jagoi.

misi pendakian bersama kelab KEMBARA kali ini adalah untuk memacak signboard di puncak gunung tersebut.

pendakian kali ini dalam musim buah durian.  sampai sahaja di perkampungan, kami disambut dengan hidangan buah durian yang diperolehi di sekitar kampung ini.  memang seronok lebih2 lagi untuk hantu durian macam saya sekeluarga...







Inilah pemandangan yang dirakam ketika berada di puncak gunung ini...



seterusnya misi memacak papan tanda pun bermula....

 

dan akhirnya..... siaplah


disebabkan memang musim hujan, jadi suasana dalam hutan ni memang berkabus...  terasa macam misteri aje suasana dalam gambar di bawah ni kan...



kat kaki gunung ini juga ada jeram yang sangat jernih airnya



 sebelum berakhir trip kami, kami disajikan dengan hidangan buah cempedak pula...





trip kami kali ni di masukkan dalam surat khabar utusan borneo kalau tak silap saya