Wednesday, 10 July 2019

mendaki Bung Jagoi, Bau

assalamualaikum semua

setelah percubaan pertama ke waterfall berjaya, saya dengan confident mendaki Bung Jagoi pula yang terletak di bau tidak jauh dari pekan Serikin.

sebelum ni saya pernah ke sini tapi sebab dah lama juga, menyebabkan saya tersasar sedikit melepasi simpang masuknya.

bayaran masuk adalah RM3 seorang.  kali ni saya mendaki bersama ofismate dan 2 orang anak sy.

muka ceria sebelum hiking.
Sepanjang perjalanan kami ditemani dengan 2 ekor anjing yang bertindak seolah-olah sebagai guide kami.  dia akan menyalak kalau kami tersilap arah.  pada mulanya kami semua rasa takut semacam aje.  lagi2 bila anjing tu mendekati kami.  saya risau terpegang aje.  tapi mungkin sebab dia tahu yang kami tak boleh pegang dia,  dia cuma mengekori kami dari jauh sahaja.
guide kami yang jinak
 Perjalanan mengambil masa selama 1 1/2 jam melalui laluan bertangga hingga ke puncak.  Trek mudah aje dan laluan nya jelas. 

bergambar di puncak


berehat sambil makan roti ditemani beberapa ekor anjing yang jinak. 

cuaca yang baik. pemandangan jelas kelihatan

punya lah ramai guide ka puncak ni.


Sebelum balik bergambar dulu di singboard ni buat kenang-kenangan.  

Selesai mendaki, kita buat aktiviti running man di pasar Serikin pula. hihihi.  Kawan saya nak beli kain kat sini.

cuaca dah mulai panas

pengunjung tak ramai sangat

sekian entry hiking dan jalan-jalan saya untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi. Wassalam

No comments: