Tuesday, 9 July 2019

Maragang Hill Sabah dan makan angin disekitar KK, Kundasang dan Ranau

assalamualaikum semua




Entry kali ni nak kongsikan percutian singkat saya ke Negeri Bawah Bayu (Sabah) yang terkenal dengan udaranya yang nyaman dan sejuk.  Dalam percutian singkat ini sempat juga saya selitkan aktiviti kegemaran saya iaitu mendaki.  kali ini saya berkesempatan mendaki Maragang Hill  yang terletak di Mesilou, Kundasang yang merupakan antara tarikan terbaru di sini.  Bukit yang mempunyai ketinggian 2232 m asl ini mula dibuka pada 17 September 2017 dan menjadi tumpuan pengunjung kerana keindahan pemandangannya.

Saya menaiki flight jam 6.05 pagi dan sampai ke KK airport jam 7.30 am.  sambil-sambil menunggu group dari Bintulu sampai, kami bersarapan di airport sahaja.





singgah di Timpohan Gate untuk tumpang tandas aje 😁

dalam jam 9.30 am setelah semua dah sampai, kami seramai 21 orang pun menaiki van yang disewa dan bergerak menuju ke Kundasang.  Kami menginap di Sulap homestay. Untuk detail boleh lihat di sini.  Sampai di kundasang, kami singgah dulu ke pasar tamu untuk membeli bahan mentah untuk dinner kami malam nanti



beraneka jenis buah-buahan

buah cinta 💓

inilah rupa buah cinta yang dah dipotong.



rupa buah avocado cheese setelah dipotong


pelbagai jenis madu

setelah membeli barang mentah destinasi seterusnya adalah ke Desa Dairy Farm untuk menikmati kesedapan ais krim dan susu segar di situ.  masih terasa lagi kesedapan ais krim disitu yang berharga RM5.80 semangkuk. nyummm. saya suka sangat ais krim berperisa yogurt sebab rasanya yang lemak dan sedikit masam. 



ais krim berperisa coklat

ais krim berperisa yogurt


waktu ni banyak juga lembu-lembu susu yang berada berhampiran 

inilah tempat penginapan kami.

selesai check in dan berehat sekejap.  kami bergerak menuju ke Mesilou Cat Village.  untuk penggemar kucing memang teruja lah kalau dapat bermain-main dengan si comel ni.


kucing ni diberi makan labu rebus


 

keasyikan bermain dengan kucing menjadikan saya tak sedar betapa pantasnya masa berlalu.  sedar-sedar saya dah tinggal berdua dengan Wani.  yang lain dah bergerak balik.  Disebabkan hujan mulai turun saya dan wani berlari-lari anak menuju ke homestay.


 Aktiviti memasak dilakukan beramai-ramai.  Selain nasi, lauk lain yang ada dalam menu adalah cendawan tumis, tom yum sayur, ikan bilis pedas berapi, kelupis, beraneka buah-buahan dan sayur salad segar.  memang meriah dengan makanan malam tu...
bergambar sebelum menjamu selera. 
Tengah seronok-seronok kami menjamu selera, black out pulak.  terpaksalah makan dalam suasana romantik di sinari chaya lampu kecemasan dan head lamp.  air pun tak ada sebab air guna pam elektrik.  kumpul aje pinggan yang ada dan cuci tangan guna air mineral yang di bawa.  Lepas selesai makan malam kami semua pun berehat.

Lebih kurang jam 2 pagi saya bangun dan bersiap-siap mengemas beg kecil yang nak dibawa.  Saya bawa air mineral dan sedikit bekalan makan beserta air panas aje memandangkan perjalanan tidaklah mengambil masa yang lama.

bergambar sebelum start hiking

selepas briefing dan mengambil gambar, kami menaiki 4WD untuk ke starting point.  Lebih kurang jam 3.30 pagi pendakian pun dimulakan  dan sampai ke puncak Maragan Hill jam 5 pagi.  so solat subuh dilaksanakan di puncak maragang.


berhenti ambil nafas dulu kat 1/2 perjalanan

group awal yang sampai summit. horeyyy

muka ceria dua beranak

matahari mula menampakkan sinarnya

pemandangan awan karpet yang cantik


muka budak kesejukan

berdua sahaja berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Akan adakah Mt Kinabalu 3.0 ? mmm



inilah 21 orang peserta group kami
entah macam mana sebab terlalu teruja menikmati keindahan kat sini, saya terlupa untuk ambil gambar single di sini.  bila balik belek-belek gambar baru sedar. frush jugalah tapi tak apalah.  mungkin ada rezeki boleh sampai sini lagi.

saya suka gambar ni



 
dalam perjalanan turun baru nampak keindahan sepanjang perjalanan.  antara yang menarik perhatian saya adalah laluan mossy forest yang cantik.

ladang kobis









starting point kami

4WD yang kami naiki


sijil pendakian dengan bayaran RM5

Selesai mendaki, kami menuju ke homestay untuk berkemas-kemas dan bergerak ke destinasi masing-masing.

Saya terus menuju ke Hoop untuk check in.  Disebabkan saya sampai awal di situ, saya meninggalkan beg dahulu dan terus mencari kedai makan untuk lunch dan berehat sementara menunggu masa check in. Pada masa yang sama saya booking kereta sewa.  sebab saya berdua aje saya booking lah kereta Axia dengan kadar sewa RM110 sehari.

Destinasi seterusnya adalah rumah terbalik dan 3D wonder museum yang terletak di Tamparuli sejauh 27 km dari KK (dari waze).  saya hanya membeli tiket 3D wonder museum sahaja kerana rumah terbalik hanya boleh masuk sahaja tapi tak boleh ambil gambar.  tempat ini dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 6 petang.





tiket masuk untuk warganegara

di bawah ini saya kongsikan antara gambar-gambar yang kami dapat snap di sini.  banyak gambar single aje ye sebab berdua aje.

3D Wonder Museum

 

 


jangan main-main dengan saya 



 




Rumah terbalik (bahagian luar sahaja)





 

 

Seterusnya kami ke waterfront untuk menikmati pemandangan waktu senja dan menikmati makanan seafood di situ.



mari-mari pilih..

selfie dulu

makanan untuk 2 orang.  hahaha banyak giler.  saya terkejut bila makanan sampai. 
memandangkan kami berdua, saya tak mahu lah ambil terlalu banyak makanan takut tak habis.  sotong tu ambil seekor aje yang kecil tapi bila sampai sepinggan.  hahaha.  jadinya malam tu memang makan bersungguh-sungguhlah.  tapi tak berjaya juga habiskan sebab saya dah biasa makan sikit.  jenuh paksa diri untuk habiskan udang goreng butter tu sebab wani tak makan udang.  manakala sotong pula saya minta tapau.  nasi pula saya makan separuh aje.  haru biru jadinya.


perancangan awal konon-konon nak bangun awal pagi untuk menikmati pemandangan sunrise di Signal Hill Observatory Platform.  Tapi sebab keletihan menyebabkan kami terasa liat nak bangun awal.  sudahnya kami keluar lewatlah.  jam 8 pagi kami terus check out dan menuju ke pasar untuk membeli ikan bilis dan sedikit makanan untuk di bawa balik.  

selepas itu barilah kami menuju ke Signal Hill Observatory Platform.  Disebabkan kami masih mempunyai kereta sewa, saya memandu ke situ dan parking di bahagian kaki bukit sahaja.  sebenarnya lokasinya tak jauh pun dari tempat penginapan kami cuma nak mudah aje sebab kesuntukan masa.


untuk ke situ, kami perlu menaiki anak tangga kayu yang bermula tidak jauh dari Atkinson clock tower.

  


 

gambar berdua hasil bantuan seseorang yang tidak dikenali.



 

seterusnya kami berjalan kaki ke Atkinson clock tower.  Atkinson clock tower ini merupakan menara jam tertua yang pernah dibina di Kota kinabalu ini.  Ia dibina sempena memperingati Pegawai Daerah Jesselton satu ketika dahulu iaitu mendiang francis George Atkinson yang meninggal dunia disebabkan Borneo Fever iaitu Malaria pada usia 28 tahun.

  
 
cantik tangga ni bercorak bunga ros.

 
ini pemandangan dari parking lot di bahagian atas.  yang ini tak nampak jamnya

 
ini pemandangan daripada parking lot sebelah bawah pula.  Disebabkan tak ada tempat parking kami bergambar kat tepi jalan raya aje.

seterusnya kami menuju ke Taman Awam untuk menikmati pemandangan pantai dan berehat sebentar.  Sempat saya tidur sekejap disini sambil ditiup bayu laut yang menyegarkan..





menikmati baki yogurt yang dibeli di Desa Dairy Farm

Destinasi terakhir kami adalah Masjid Bandara Kota Kinabalu untuk menunaikan Solat Zohor dan jamak Asar.  Masjid yang turut dikenali sebagai Masjid terapung ini dikelilingi air laut dan menjadi tumpuan pelancong.  Ia berkeluasan 14 ekar dan boleh memuatkan sehingga 12 ribu jemaah dalam satu masa.

bersebelahan masjid  ini ada deretan gerai makanan yang turut menjadi tumpuan pengujung yang ingin menikmati makanan.



hidangan terakhir di KK sebelum bertolak pulang

Percutian selama 3 hari 2 malam di Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau ini menjanjikan pengalaman baru bagi saya.  banyak tempat yang dapat saya lawati dengan bantuan Waze walaupun ada kalanya Waze tidak berfungsi dengan baik.  Inilah percutian pertama saya bersama anak kedua saya.  Percutian ke Sabah memang tidak pernah mengecewakan saya.  Pemandangan dan panorama yang indah menjadi tarikan untuk saya berkunjung lagi ke sini satu hari nanti.  Insha Allah.

Sekian entri hiking dan jalan-jalan cari makan saya kali ini.  Wassalam

No comments: