Assalamualaikum semua
ok kita sambung lagi trip singkat ke Selatan Thailand saya
HARI KEDUA (SABTU)
kami breakfast di bilik penginapan. untuk yang menginap disini kita boleh request halal food masa register sebab penginapan kami disediakan pakej breakfast. Perlu diingatkan makanan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik penginapan. ada ruang untuk makan disediakan disini. ruang makan ini disediakan tv, aneka jenis game seperti dam aji, catur dan lain2. untuk makan pula adalah berkonsepkan bersila atas lantai menggunkan meja
|
bersila sambil makan ye |
kali ni saya mengambil keputusan untuk menyewa tuk tuk untuk Hat Yai Songkhla city tour selama 1 hari memandangkan banyak juga destinasi yang ingin ditujui dan agak jauh juga jaraknya antara satu dengan lain.
|
rupa tuk tuk yang kami naiki. tak payah pakai air cond pun. fresh air aje. kalau hujan lencun lah |
1. Chang Puak Camp
destinasi pertama kami adalah Chang Puak Camp yang popular dengan aktiviti menunggang gajah di situ. Tapi memandangkan travel kali ni lebih kepada survey dan berjimat, maka aktiviti menunggang gajah tiada dalam list.
|
bergambar di pintu masuk |
|
terjumpa pula jiran sekampung di sini |
|
aktiviti bagi makan gajah pun boleh lah. beli pisang dengan harga 100 baht sebakul di sini |
|
tak dapat menunggang gajah dapat tengok pun boleh |
kami sepakat untuk melakukan aktiviti menembak di sini. pistol ini menggunakan peluru manik dengan bayaran 400 baht untuk 4 orang.
|
hero menembak saya |
sebanyak 20 butir peluru manik diberi. Azim menguasai game ini dengan 16 peluru menepati sasaran diikuti Wani 12 butir, saya cuma 4 butir peluru aje yang menepati sasaran (hahaha) dan Izah 3 butir.
2. The Great Serpent Nag
destinasi seterusnya adalah ke The Great Serpent Nag. Di sini ada patung naga yang memancutkan air menghala ke pantai. Patung Naga ini dibina oleh datuk bandar disini yang percaya pancutan air menghala ke laut akan memberikan kegembiraan dan nasib yang baik kepada penduduk di bandar ini.
terdapat juga tugu peringatan dan replika roket (kalau tak silap) tidak jauh dari situ. sebenarnya saya nak pergi toilet. so bila berjalan menuju ke toilet tu yang terjumpa tempat ni.
|
berposing sebelum bergerak balik |
|
saya paling suka view laut yang diserikan dengan juntaian daun pokok. cantik sangat di mata saya |
|
ternampak ada orang sedang menebarkan jala di pantai ini. |
3. Tang Kuan Hilltop
Seterusnya kami ke Tang Kuan Hilltop. istimewanya tempat ini adalah liftnya yang akan menuju ke puncak secara mendaki. Masa kami sampai masih awal lagi. dlam jam10.30 pagi. waktu ni tidak ramai lagi pengunjung. jadi dapatlah kami membeli tiket dengan selesa dan terus beratur menunggu lift. bayaran masuk adalah 30 baht seorang. jadi saya menbayar 150 baht untuk 5 orang.
|
inilah rupa landasan lift ni. |
sebaik sahaja sampai, kita akan jumpa dengan papan tanda ini untuk panduan view masa yang nak dituju.
|
arah city view atau sea view dulu? |
kami mengambil keputusan untuk menikmati pemandangan sea view terlebih dahulu. kami perlu berjalan menuruni anak tangga untuk sampai ke penghujung laluan.
|
pemandangan sea view yang tidak mengecewakan |
kami sekejap sahaja di situ memandangkan cuaca dah mulai panas. seterusnya kami bergerak ke city view pula untuk melihat pemandangan bandar Hat Yai dari jauh.
|
pemandangan bandar Hat Yai dari Puncak |
|
bergambar sebagai kenangan di sini |
|
sempat juga beli air kat sini. |
|
ada kedai cenderamata di sini |
|
kami telah ingatkan berhati-hati dengan monyet yang ada di sini terutama sekali ketika memegang hand phone atau plastik makanan |
4. Lunch di Restoran Bung Sem Muslim Food
waktu ni jam telah menunjukkan pukul 12.30 tengahari waktu tempatan. Perut dah mula berkeroncong. Untuk makluman waktu di Thailand adalah sejam lewat daripada waktu Malaysia. Saya memang dah set jam siap-siap sebaik sahaja tiba untuk mengelakkan kekeliruan.
kami dibawa oleh pemandu tuk tuk ke restoran bung Sem Muslim Food yang terletak berhampiran dengan Sarmila Beach.
Secara jujurnya saya memang rekemen sangat restoran ni. makanannya memang sedap dan lokasinya mengadap pantai samila menjadikan suasana yang damai ditambah lagi dengan tiupan bayu laut yang menyegarkan. memang berselera sungguh. Kos lunch kami di sini adalah 670 baht sahaja. memang puas hati sangat.
|
restoran lunch kami di Songkhla |
|
sementara menunggu hidangan ada penjaja menjual buah mangga ni |
|
bergambar dulu sebelum makan |
sotong goreng tepung kerabu betik ketam
|
tom yum seafood yang sedap sesuai untuk mereka yang datang sekeluarga sebab banyak betul isinya. kalau makan seorang memang tak habis lah. |
|
ulam-ulaman |
5. Samila Beach
selesai menjamu selera kami dibawa menuju ke Samila Beach yang memang terkenal dengan lagenda ikan duyun. Di sini ada patung ikan duyung yang sedang menyisir rambut.
terdapat banyak gerai-gerai yang menjual cenderamata di sini dengan ahrga yang berpatutan. hasil tinjauan saya dapati di sinilah tempat yang sesuai kalau nak beli cederamata untuk rakan2.
|
hasil crochet pun ada juga. saya tertarik tengok jenis benang yang digunakan tapi susah betul nak berkomunikasi dengan mereka sebab rata-rata peniaga di sini tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris. |
|
ada juga buah |
|
cendawan unik kat batang pokok ni |
|
ramai betul yang nak bergambar dengan patung ikan duyung seksi |
|
disebabkan ramai sangat orang snap dari tepi pun jadilah |
|
ada diceritakan sejarah ikan duyung emas ni di sini |
|
tempat wajib bergambar ni |
|
inilah rupa bandar Songkhla yang dapat dirakamkan dari dalam tuk tuk |
6. Masjid Songkhla
kami singgah sebentar untuk solat jamak zohor asar di masjid Songkhla. Besar masjid ini. pada bahagian hadapan masjid ni ada kolam air yang jernih.
|
Azim sempat bermain air sementara menunggu kami selesai bersolat. Lelaki kan cepat aje siapnya. |
bersambung...
No comments:
Post a Comment