Tuesday 16 July 2019

Makan angin ke Ho Chi Minh Vietnam Day 2

assalamualaikum semua

trip ke HCM saya sambung ye

HARI KEDUA (Madrasah, War Museum, chuchi Tunnel)

Madrasah 

pada hari ini aktiviti yang pertama adalah melakukan CSR dengan melawat madrasah dan bersarapan di sana.




untuk pengetahuan semua, orang muslim di sini hanyalah golongan minoriti.  tetapi mereka dapat hidup dengan harmoni bersama dengan yang lain.  sikap tolak ansur dan toleransi menjadikan mereka tidak ada masalah untuk mengamalkan agama masing-masing.


saya tertarik dengan kuih karipap mereka.  secara kasarnya tak banyak beza dengan karipap di negara kita. tapi yang menariknya inti karipap tersebut yang menggunakan sayur-sayuran. boleh tengok gambar di bawah ni.  Saiznya juga besar.

 

War Museum

selepas itu kami di bawa melawat muzium.  Lawatan ke War muzium ini amat menyentuh hati kerana mempamerkan kesan2 perang vietnam.  Memang benar lah, dalam peperangan pihak yang menang ataupun pihak yang kalah tetap menerima kesan yang negatif.

Berikut sedikit catatan sejarah yang saya perolehi di dalam muzium ini. Semasa peperangan vietnam ini, pihak Amerika bukan sahaja menggunakan senjata tetapi juga menggunakan bahan kimia yang bertoksid untuk memusnahkan kehidupan di situ.  dikenali sebagai 'Agent Orange' mereka menyembur 800 milion litter bahan kimia bertoksid  ke lebih kurang 26000 perkampungan dengan keluasan 3.6 milion hektar iaitu suku daripada keluasan selatan Vietnam dimana 86% disembur sebanyak lebih 2 kali manakala 11% lagi disembut lebih daripada 10 kali. untuk makluman, bahan kimia ini sangat merbahaya. antara kesannya adalah merosakkan bahagian tubuh manusia seperti kanser, kulit, hati serta pada genetik yang mana ianya boleh diturunkan dari generasi ke generasi. kesan daripada bahan kimia ini masih kekal hingga ke hari ini.  di satu sudut kelihatan hasil kraftangan yang dihasilkan oleh mangsa-mangsa perang ini.  setakat ini kesan ini telah turun kepada generasi ke 4.





 








Gambar di bawah: inilah ruang yang diperuntukkan oleh mangsa-mangsa perang  menjual hasil kraftangan mereka.

 



kami lunch di Ahmad al-food tidak jauh daripada chuchi tunnel iaitu destinasi kami seterusnya. Tarikan lunch kami adalah buah bidara.  first time saya makan buah bidara.  sedap rasanya. macam buah epal mini aje rupanya. biasanya daun buah bidara ini digunakan untuk perubatan islam.

 

saya tertarik dengan bentuk bata yang digunakan untuk pembinaan di sini.  sempatlah saya snap gambar bata ini.  bentuknya berlubang ditengah2.  kopi vietnam memang sangat popular.  lebih2 lagi bila diminum sejuk..  sempat saya membeli secawan sebagai bekalan di dalam bas...

 


Chuchi Tunnel

selepas lunch kami melawat chuchi Tunnel pula.  Saya kongsikan sedikit info berkenaan tempat ini.  Chuchi Tunnel  berkeluasan 232 km yang merupakan kawasan tempat tinggal penduduk di sini semasa perang dahulu.  dianggarkan mereka tinggal di sini selama 22 tahun.  Antara keunikan di sini adalah terowong buatan sendiri yang digunakan sebagai kediaman dan tempat persembunyian mereka.



 

mereka membuat selipar/ kasut daripada tayar terpakai.  siapa sangka, dengan kesukaran yang dihadapi mereka menjadi kreatif dan berusaha untuk hidup semasa zaman perang yang sangat mencabar itu.

 



kami juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman memasuki terowong di sini.  bayangkan selama 22 tahun mereka tinggal dalam terowong ini demi keselamatan mereka.

  













ini merupakan lubang udara yang bertujuan untuk menyalurkan udara ke dalam terowong.


ini pula saluran untuk mengelurkan asap dari dapur yang terletak jauh daripada kediaman mereka.


kalau kita lihat kediaman mereka ini dibina di dalam tanah.  hanya bumbung sahaja yang nampak dari atas.








saya berpeluang  mencuba senjata M46 di situ.  peluru dapat dibeli denga harga 500,000 dong untuk 10 butir.  first time memegang senjata api dengan menggunakan peluru betul.  kalau silap target memang merbahaya lah..


 


peluru yang boleh dipilih mengikut jenis senjata api yang mahu dicuba.  Sebaik sahaja membayar peluru tersebut akan terus diambil oleh petugas dan dia akan membawa kami ke tapak/ tempat menembak.


kami juga telah dijamu dengan ubi rebus yang dimakan bersama kacang tanah.  ini merupakan makanan penduduk di sini semasa zaman perang dahulu.


antara barangan cenderamata yang boleh dibeli disini. Saya tak beli apa-apa pun.



saya tak tahu untuk apa botol ini. tapi saya tertarik dengan cara mereka mengawet ular (tak tahu spesis apa) dan masukkan ke dalam botol ini.



sebelum bergerak keluar, saya sempat snap sekeping gambar sebagai kenangan di sini.


Bandar HCM

bandar HCM ini merupakan bandar yang mempunyai jumlah motosikal yang banyak.  dianggarkan 7 juga motosikal berada di jalan raya setiap hari.  namun begitu, kemalangan amat jarang sekali berlaku.  Bunyi hon adalah perkara biasa bagi mereka.  semasa perjalanan pulang, sempat saya snap gambar pemandangan pada waktu malam di sini.

 

kami makan malam di Satayhouse restaurant. waktu ini masing2 dah keletihan sebab seharian berjalan dan melawat.  waktu ni masing2 senyap aje waktu makan.







bersambung.....


No comments: