Tuesday, 16 July 2019

Seoul Korea Selatan day 2

assalamualaikum semua

bersambung lagi entry panjang ke korea ni ye

Day 2 (Myeondong, dongdaemun, Cabel car, Namsan Tower & hello Kitty Island)

disebabkan hari pertama tu haru biru dengan sesat segala bagai, masuk hari kedua ni harap2 keadaan akan lebih terkawal lah hendaknya.  Masa ni kami dah mula faham laluan train metro ni.. tapi kena study peta dulu ye.  itenary yang saya buat awal2 tu saya rujuk dan berbincang dengan Izah.. dia punya target nak cari barang2 k-pop.  so tempatnya terletak di Myeongdong.  belek2 peta dan tengok laluan train metro.  ok. dah faham terus bergerak ke stesen.





dan. berjaya sampai... horeyyyy

ini tempat pertama yang kami jejaki selepas Itaewon iaitu Myeongdong.   untuk sampai ke sini naik metro line 4 dan keluar pintu B.  sebab  eksited punya pasal, kami keluar awal pagi.  bila sampai, kedai2 belum buka lagi... hahaha.. so sementara  tunggu kedai buka kami lepak kat sini sambil minum kopi (pahit ya ampun.  kes salah beli lah ni) dan roti.  sambil2 tu layan burung merpati yang tiba2 datang untuk makan cebisan roti yang jatuh.  Cuaca memang sejuk lah. Musim sejuk kan..

sebenarnya untuk hari pertama ni kami cuma nak naik train dan explore santai2 aje sambil tengok keadaan.  ini bertujuan supaya dapat memudahkan  aktiviti seterusnya..


makan roti kat sini aje


burung merpati yang mula datang.  jinak2 merpati ni. tengok boleh, nak tangkap sori...


ini adalah sejenis biskut yang rangup yang disalut dengan aneka perasa.  sedap rasanya.  saya cuba perasa coklat dan strawberi.


lepas tu kami naik train lagi turun stesen dongdaemun pula.  keluar dari stesen tu kami disajikan pemandangan musim sejuk yang cantik di seberang jalan.  saya kongsikan antara gambar yang di snap di sini. 

 

cak... cantik betul pemandangan di sini yang sememangnya berbeza dengan pemandangan di negara kita.... syukur alhamdulillah kerana diberikan keizinanNya untuk melihat kebesaran Allah...



 


semasa singgah di 7E jumpa susu pisang.  kalau nak tahu susu pisang ni memang jadi kegemaran anak2 sepanjang kami di sini.  memang asyik membeli aje.




lepas penat dan kedai pun mula buka, kami masuk ke shopping mall dongdaemun pula. kat sini banyak betul kedai2 yang menjual beraneka jenis fabrik.  so niat dihati nak cari kain sutera lah nak buat kenang2an.  tapi saya tak jumpa langsung kain sutera korea di sini..  kebanyakan fabrik di sini jenis kain cotton.


  


dah puas ronda2  keluar masuk shopping mall di dongdaemun ni, kami ambil keputusan ke namsan tower dan kawasan sekitarnya memandangkan kami dah beli tiket secara online.  So, kami naik train metro semula turun ke stesen Myeongdong sebab di situlah letaknya  Namsan Tower, hello kitty island dan tempat padlock yang terkenal tu.

Caranya naik metro line 4 dan turun kat stesen Myeongdong.  kemudian keluar ikut exit 3.  keluar aje dari situ akan nampak kedai 7E dan Pacific hotel. masa tu kita akan jumpa aneka jenis patung yang popular di korea ni. terus jalan menghala ke hotel tu ikut simpang kiri sampai nampak signboard dan tangga di sebelah kanan jalan.  naik tangga tu dan jalan terus sampai nampak bangunan untuk naik cable car.  


ini gambar sekitar myeongdon  menuju ke Namsan Tower

 

 
adoiiii..







perancangan asalnya kami dah jalan kaki aje tapi disebabkan ada emak saya, kami ambil keputusan untuk naik kereta kabel sahaja menuju ke Namsan Tower.  kalau berjalan kaki akan ambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.







view bandar Seoul semasa dalam cabel car...  tak jauh beza pun dengan cable car yg pernah sy naik di Langkawi tu.  tapi yang membezakannya adalah pemandangannya.

sampai kat situ,  kami berehat sebentar sambil jalan2 kat kawasan pad lock tu.  memandangkan cuaca sejuk, emak saya pun tak tahan sejuk, kami terus masuk dan naik ke tower tu










ini pemandangan dari puncak menara Namsan Tower ni..



ada kios menjual makanan juga kat sini.  


kami belilah pop corn kat sini sebagai kudap-kudapan yang berharga 5000 won. sila jangan convert  ke RM ye..  pengsan nanti

sebenarnya tak ada apa sangat yang menarik di puncak menara ni. cuma tengok pemandangan bandaraya Seoul sahaja.  mungkin kalau sebelah malam akan lebih cantik lagi sebab dapat tengok lampu yang bewarna warni.



tak lama pun kami kat menara ni.  dah puas makan pop corn dan pusing keliling tower tu kami pun bergerak turun. lepas tu kami masuk ke hello kitty island pula memandangkan anak2 saya terutama Wani memang minat dengan si comel warna pink ni.  saya pun suka tengok kartun ni sebab sy penggemar kucing..

masa nak masuk ni akan dapat stamp tour ni.  kita akan cop kat semua tempat yang dah pergi.  nanti bila keluar akan dpt free gift.


dah nama pun Hello kitty island, jadinya  deco kat sini memang bertemakan warna pink lah... tapi cantik juga kalau dapat diolah untuk bilik anak2 perempuan saya.  yang pasti izah memang tak mahu punya... dia peminat k-pop..




hello kitty yang disusun daripada kuntuman bunga ros






kedai menjual cenderamata barangan Hello kitty.  harga memang kebabom lah.. pegang dan tengok ajelah ye...


Inilah pintu masuk ke Namsan Tower dan Hello kitty Island.  gambar ni di snap masa kami dah keluar dari situ.


ok. saya kongsikan pula gambar yang dirakamkan di sekitar bangunan Namsan Tower ni.  gambar ni ada yang disnap masa sampai dan juga semasa perjalanan balik...


 

ini lah tangga untuk mereka yang nak berjalan kaki ke sini.  tapi disebabkan kami naik cable car, sikit ajelah aktiviti mendaki tangga yang dibuat... turut disediakan bangku kat sini untuk mereka berehat.


gambar yang di snap di pelantar di sini



selfie tu wajib...



 

pemandangan Namsan Tower dari jauh



di bawah ni atntara gambar yang di rakam di kawasan pad lock yang terkenal di sekitar kawasan Namsan Tower.  ada juga gerai2 yagn menjual padlock utk mereka yang berhajat untuk turut menyumbang padlock di sini... 




sayup mata memandang pack lock yang beraneka bentuk dan warna..


dari pemerhatian saya, Namsan tower ni semakin ramai dikunjungi bila hari menjelang petang sebab ramai yang nak menikmati pemandangan pada sebelah malam di puncak menara ni.   Tapi disebabkan dan seharian berjalan, kami ambil keputusan untuk keluar awal dan balik guesthouse untuk berehat dan merancang untuk aktiviti keesok harinya...

bersambung...

No comments: