kita sambung lagi ye
HARI KETIGA (Delta Mekong, Sungai Mekong, madrasah Al-Nur)
Kami bersarapan di saigon green house. kemudian menuju ke Delta Mekong yang jaraknya lebih kurang 70km dr hotel penginapan. kami menaiki bot ke Pulau Phonie Mekong. sebaik sampai kami dihidangkan dengan air teh yang dicampur dengan madu lebah, limau kasturi dan pollen. sempat juga saya membeli madu dua botol dengan harga 600,000 dong.
kemudian melawat taman orkid dan dusun buah2 an. sebelum menaiki sampan kami dijamu dengan buah2 an iaitu nenas, betik, buah naga, nangka dan mata kucing dan air teh.
antara barangan cenderahati yang dijual disini.
selepas itu kami menyusuri sungai Mekong dengan menggunakan sampan yang kecil aje. Masa ni ramai sangat pelancong sampai jadi jem di sungai tersebut.
sebaik turun dari sampan, kami menaiki kereta kuda. saya perasan yang mata kuda ini ditutup sepanjang masa. kami juga dibawa melawat kilang yang membuat coconut candy.
inilah proses membuat coconut candy yang masih mengekalkan membuatannya cara tradisional. Saya sempat membeli beberapa jenis gula2 kelapa yang empunyai pelbagai perisa di sini.
setelah selesai kami menaiki bot semula untuk kembali ke Delta Mekong.
masa ni perut dah mula lapar. kami lunch di restoran halal di sekitar Mekong (saya tak tau nama restauran tu).
sempat saya berposing dengan piano. macam terer padahal langsung tak reti nak main. setakat tekan2 aje lah ye.. hahaha....
Pada sebelah petang kami melawat madrasah Al-Nur di kampung Ang Guat (bagus) Abdul Kadir yang terletak 3 km sahaja daripada bandar HCM.
dinner malam terakhir kami memang sangat istimewa di muslim Halal restauran. beraneka lauk pauk disediakan.. memang melampau2 kenyang...
Pada malam terakhir di HCM kami meneruskan aktiviti running man untuk menghabiskan baki2 duit Dong yang ada sambil cuci mata.
ini antara bank yang ada di bandar HCM
gerai tepi jalan mereka amat banyak. mereka hanya menggunakan bangku kecil aje untuk menikmati hidangan makanan.
bersambung.......
1 comment:
Salam...boleh saya tahu mcm mana ara nk contact dgn madrasah al nur tu..sbb sya kena buat program dekat vietnam...tpi belum jumpa cara utk contact pihak madrasah al nur... kalau nk wasap saya pon boleh...016 401 2261
Post a Comment