Wednesday, 17 July 2019

Trip ke Hatyai dan Songkhla Thailand (part 4)


Assalamualaikum Semua

memandangkan semalam dah keletihan berjalan seharian,  pagi ni anak-anak saya agak liat nak bangun.  mereka sepakat nak bermain permainan yang disediakan di tempat penginapan sahaja.  Cuma saya dan emak sahaja yang nak keluar menyambung shopping.


HARI KETIGA (AHAD)

1. Nora Plaza

hasil info dari GPS jarak dari tempat penginapan ke Nora Plaza adalah sekitar 1.5 km sahaja.  memandangkan masih awal lagi, (Nora Plaza dibuka jam 9 am) saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja sambil menikmati pemandangan suasana pagi di bandar Hat Yai ini.


bangunan hospital ada tulisan melayu 'rumah sakit'

setelah penat berjalan akhirnya sampailah ke destinasi


aneka jenis hand bag. boleh tahan juga harganya

cenderamata pun ada tapi mahal.

crochet katak yang comel



saya tak lama pun di Nora plaza sebab bukan tujuan saya untuk shopping.  lepas tu terus saya bergerak ke Kim Yong Market.

2.  Kim Yong Market

kim Yong Market sebenarnya adalah lokasi yang sama dengan Lee Garden night market.  cuma bezanya adalah barangan yang dijual disitu.  kalau sebelah malam jualan tertumpu kepada makanan dan pakaian manakala pada sebelah siang pula jualan yang ada adalah buah-buahan dan cenderamata.  sempat jugalah emak saya membeli buah mangga seharga 150 baht selonggok.  anggaran dalam 8-9 biji.  memang murah betul.

aneka buah yang dijual disini.

bersarapan di hamid restoran yang terletak di sekitar pasar ini.

selesai membeli belah dan cuci mata serta poket,  saya berjalan kaki menuju ke bilik penginapan untuk mengemas dan check out.  disebabkan barang telah bertambah, saya mengambil keputusan untuk menyewa tuk tuk untuk ke stesen keretapi Hat Yai dengan bayaran 100 baht.

Pengalaman bersesak dengan ramai orang di stesen keretapi Padang Besar yang lepas menyebabkan kami membuat keputusan untuk datang awal di situ.  lagipun saya risau kalau tiket train habis memandangkan waktu itu hari Ahad dan cuti sekolah.  walaupun ada alternatif lain iaitu menaiki bas dan van, saya lebih memilih menaiki train sebab kereta dah parking di stesen kereta api Padang Besar.  jadinya lebih mudah lah bagi saya sekeluarga.

proses membeli tiket memang mudah aje tak perlu beratur panjang dan kaunter lengang.  cuma pekerja di kaunter tiket memberitahu yang ramai penumpang pada waktu ini dan kemungkinan ada penumpang yang akan berdiri sepanjang perjalanan.

Sebab dah sampai awal.  kami berehat-rehat sahaja di sekitar stesen ini.  masa ni duit baht pun dah tinggal sikit.  saya malas nak menukar wang lagi walaupun ada masa untuk window shopping di shopping compleks yang terletak bersebelahan dengan stesen ini.




masa ni train dah sampai.  

 

selfie sebelum bergerak keluar Hat Yai



Tepat jam 2 petang train pun bergerak menuju ke Padang Besar.  Bye bye Hat Yai...





akhirnya dalam jam 3.55 Waktu Malaysia, kami pun sampailah ke Stesen kereta Api Padang Besar.

laluan menuju ke platform 1 dan 2

bergambar di depan stesen pun boleyyy

papan tanda
keluar dari situ saya sekeluarga singgah sekejap di Pasar padang Besar untuk membeli belah.  serius saya cakap disebabkan kadar pertukaran mata wang Baht dan RM, lebih berbaloi shopping di Padang Besar berbanding d Hat Yai.

walaupun keletihan muka mesti ceria...


sebelum senja kami bergerak keluar 



bersambung...


No comments: