5 cara mengatasi masalah ruang makan terhad


Selain ruang tamu, ruang makan merupakan ruang sosial dalam kediaman kita. Di samping tempat kita makan minum dan menjamu tetamu. Ruang makan juga digunakan untuk mengadakan majlis dan tempat bekerja kita dan anak-anak.
Ruang makan yang terhad
Sesetengah kediaman mempunyai  pelan yang berbeza dan tidak luas ruangnya seperti:
  • Ruang tamu luas tetapi ruang makan sempit
  • Ruang tamu dan ruang makan sama-sama sempit
  • Berkongsi ruang (ruang tamu+ruang makan), (ruang makan+dapur)

Bagi menghadapi masalah ruang makan yang terhad, H.A kongsikan lima cara untuk mengatasinya.

1#Meja Makan Bersegi Bukan Bulat

Meja makan bentuk bersegi sesuai untuk ruang makan yang sempit. Meja bersegi yang boleh dilipat, dipanjang dan dipendekkan adalah nilai tambah pada meja dan ruang makan kita.
meja makan bersegi empat
Meja makan bersegi empat yang boleh dipanjangkan
Bagi pengunaan meja bulat dan meja berbentuk bujur, ia tidak sesuai kerana memakan ruang. Pertambahan bilangan kerusi menambahkan lagi diameter meja bulat tersebut.

2#Kerusi Makan Santai

Menjadi gaya terkini meja makan tidak dibeli bersama dengan kerusi makan. Menjadi ruang makan kita nampak menarik, ceria dan tidak nampak tipikal atau membosankan. Cara atasi ruang makan yang terhad ialah memilih kerusi makan yang santai. Kerusi ini terdiri daripada kerusi lipat, bench dan stool.
Kerusi makan santai_mix chair
Kerusi makan santai_mix chair
Kelebihan kerusi santai ini ialah boleh disimpan apabila tidak diperlukan  dan dapat memuatkan  bilangan tetamu walaupun meja makan kita untuk empat orang boleh menjadi enam orang.

3#Troli Mudah Alih

Tidak lengkap ruang makan tanpa tempat penyediaan makanan atau tempat simpanan pinggan mangkuk dan kulteri yang berhampiran untuk memudahkan kita mengambilnya tanpa perlu ke dapur.
troli mudah alih
Troli mudah alih
Troli mudah alih adalah satu cara untuk tempat penyedia makanan atau tempat simpanan  jika ruang makan kita terhad untuk meletakkan perabot seperti sideboard, buffet, meja konsol atau kabinet cermin.

4#Cermin Memanjang

Letak cermin, ruang menjadi luas! Semudah itu. Cermin memberikan ilusi ruang kelihatan luas dan berganda. Pemasangan cermin berbentuk horizontal  memberikan ruang nampak memanjang.
Cermin dinding horizontal
Cermin dinding horizontal

5#Lampu Nampak Hidangan

Cahaya lampu memberikan peranan yang amat penting di ruang makan. Selain cermin, lampu juga membantu memberikan kesan terang dan luas. Siling kebiasannya dipasang dengan lampu fluorescent atau downlight. Tambahkan keterangan ruang makan dengan lampu seperti  lampu gantung  dalam gambar ini.

lampu gantung_pendant lamp
lampu gantung

Selamat berdekorasi dan menjamu selera!

sumber : sini

No comments: