Showing posts with label teratak comelku. Show all posts
Showing posts with label teratak comelku. Show all posts

Friday, 9 January 2015

Perkembangan porch rumah

assalamualaikum semua

ini adalah pemandangan terkini proses pemasangan tiles di porch rumah kami.. yang ada kereta parking tu adalah ruang lantai yang belum dipasang tiles lagi... sila abaikan kerusi dengan simen yang masih ada kat tiang tu... malunya...


sekian...

Monday, 5 January 2015

Proses memasang tiles di porch

assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita sikit perkembangan projek ubahsuai rumah comel kami yang masih belum siap lagi.  seperti biasa orang yang bertanggungjawab menyiapkannya adalah en husband saya yang tersayang.  untuk pengetahuan semua, lantai porch rumah kami ini telah di simen.  jadi proses yang pertama perlu dibuat adalah buat lubang2 untuk kasarkan lantai tersebut.  proses menebuk lubang tersebut dilakukan dengan menggunakan alatan seperti di bawah.  saya ada juga tolong menebuk lubang tu.  berat tau mesin tu. bergegar seluruh badan semasa proses menebuk tu... tapi tak adalah gambar saya...

 



 


 gambar di atas merupakan proses menebuk lubang oleh en husband.... kalau dilihat pada gambar tu memang ada lah tiles yang dah dipasang. lupa nak shoot gambar masa lantai tengah togel... hihihi



ini adalah rupa tiles yang dah dipasang. masa ini baru dua baris. sila abaikan keadaan berselerak yang ada ye.. selagi tiles belum siap pasang, selagi itulah porch ini bersepah dengan barang2. semangat nak mengemas tu melayang aje..... padahal ada yang boleh dikemas sebenarnya.. tapi menyampah betul lah menengoknya....

 




setelah dua minggu (maklumlah buat benda alah ni hari Sabtu dan Ahad aje) lebih kurang 1/3 daripada ruang porch ini dah mula siap.  tak sabonya nak menunggu siap..... sabarlah hati.... penat tau en husband pasang dengan panas lagi, dengan letih lagi... kesian dia.....


nanti kalau dah siap saya up date lagi ye.. setakat ini macam ini lah rupanya.. tak payahlah nak tunjuk pemandangan dari depan rumah. sakit mata menengoknya dengan simen berterabur lagi, segala bahan binaan yang bersepah lagi.  dah comel nanti baru boleh tunjuk ye...

sekian, wasalam....

Monday, 1 December 2014

menampal stiker dalam bilik tidur anak-anak

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

semalam tahap kerajinan mendeko datang macam kilat.  sebenarnya stiker tu dah lebih sebulan beli tapi masih tersimpan dalam kotak. semalam entah macam mana mod nak menampal stiker tu pun datang.



 memula, saya tampalkan stiker tu dalam bilik izah dulu. gambo sebelum tak ada ye.  yang ini gambo selepas aje...





lepas tu tampal pulak stiker pada suiz lampu. begini lah rupanya.. cantik tak??

 




lepas siap tampal dalam bilik izah, terus tampal dalam bilik wani pulak.  inilah stiker yang dipilih oleh wani.  wani dia memang suka kaler pink... jadi banyaklah barang-barang dia kaler pink....


Beginilah rupa dinding sebelum dan selepas ditampal stiker... nampaklah perubahannya... yang ini ditampal kat sebelah meja study dia. itu lah ruang yang sesuai.. dia yang minta ditampal kat situ.. mamanya ikut aje... kalau dah jemu nanti dia oleh kopek aje.. tak susah pun..

  




 yang ini pulak stiker yang ditampal pada suiz lampu dalam bilik wani.  gambo yang sama dengan dinding tadi.....



kan saya dah cakap, wani ni suka kaler pink. tengok cat dindingnya kan kaler pink. cuma 1 area aje yang kaler putih. tempat tampal stiker tadi. rancangan asal sebenarnya yang kaler putih tu untuk letak kepala katil. tapi bila dah masuk perabut nampak tak sesuai pulak..... itu yang berubah posisi kepala katil tu.... nanti nak cari idea lah macam mana nak susun balik perabut2 tu... buat masa sekarang macam inilah...




bilik yang terakhir adalah bilik bujang ku.. boleh tengok gambo sebelum dan selepas tampal.  stiker untuk budak hero susah nak cari. takkan lah nak tampal stiker bunga2 macam bilik kakak dia kan?.  so stiker inilah yang dirasakan paling sesuai untuk bilik azim..

 

azim ni pun sibuklah menampal stiker dalam biliknya sampaikan saya terlupa nak snap gambor dinding setelah siap ditampal...

 



 


sekian......



Tuesday, 21 October 2014

pokok mangga ku dah berbuah

assalamualaikum semua.


Antara kelebihan membeli rumah second hand adalah adanya pokok yang telah
membesar dan mula mengeluarkan buah. pokok mangga di tepi dan belakang 
rumah mula mengeluarkan putik dan berbuah.

jeng! jeng!


inilah pokok mangga di tepi rumahku



konon-kononnya nak tunjukkan buah yang dah membesar tu. tapi silau pulak.
maklumlah tak terer ambik gambo.  hihihi.....


pemandangan dari sudut depan pulak. abaikan getah paip yang berserabut
tu ye...malu i... almari buruk pun nampak jugak... bila la nak dibuang almari
yang dah reput tu... laaaa ada la pulak terselit kucingku tengah buat aksi
kuak lentang.. siapa nampak??? angkat tangan...

kita zoommmm kasi dekat pulak... tak sabo nak tunggu buah ni
membesar dan masak ranum... hari-hari duk membelek aje.