Monday 1 December 2014

menampal stiker dalam bilik tidur anak-anak

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

semalam tahap kerajinan mendeko datang macam kilat.  sebenarnya stiker tu dah lebih sebulan beli tapi masih tersimpan dalam kotak. semalam entah macam mana mod nak menampal stiker tu pun datang.



 memula, saya tampalkan stiker tu dalam bilik izah dulu. gambo sebelum tak ada ye.  yang ini gambo selepas aje...





lepas tu tampal pulak stiker pada suiz lampu. begini lah rupanya.. cantik tak??

 




lepas siap tampal dalam bilik izah, terus tampal dalam bilik wani pulak.  inilah stiker yang dipilih oleh wani.  wani dia memang suka kaler pink... jadi banyaklah barang-barang dia kaler pink....


Beginilah rupa dinding sebelum dan selepas ditampal stiker... nampaklah perubahannya... yang ini ditampal kat sebelah meja study dia. itu lah ruang yang sesuai.. dia yang minta ditampal kat situ.. mamanya ikut aje... kalau dah jemu nanti dia oleh kopek aje.. tak susah pun..

  




 yang ini pulak stiker yang ditampal pada suiz lampu dalam bilik wani.  gambo yang sama dengan dinding tadi.....



kan saya dah cakap, wani ni suka kaler pink. tengok cat dindingnya kan kaler pink. cuma 1 area aje yang kaler putih. tempat tampal stiker tadi. rancangan asal sebenarnya yang kaler putih tu untuk letak kepala katil. tapi bila dah masuk perabut nampak tak sesuai pulak..... itu yang berubah posisi kepala katil tu.... nanti nak cari idea lah macam mana nak susun balik perabut2 tu... buat masa sekarang macam inilah...




bilik yang terakhir adalah bilik bujang ku.. boleh tengok gambo sebelum dan selepas tampal.  stiker untuk budak hero susah nak cari. takkan lah nak tampal stiker bunga2 macam bilik kakak dia kan?.  so stiker inilah yang dirasakan paling sesuai untuk bilik azim..

 

azim ni pun sibuklah menampal stiker dalam biliknya sampaikan saya terlupa nak snap gambor dinding setelah siap ditampal...

 



 


sekian......



No comments: