Wednesday 10 December 2014

cheese cup cake

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

semalam petang mod nak buat kek datang lagi.  pada asalnya macam nak buat snow cheese cake. tapi bila memikirkan anak2 ada kat rumah baik saya buat yang comel2 aje. senang anak2 nak makan.  tak payah sibuk nak potong bagai....  maka tengahari masa lunch tu saya pun singgah kedai beli biskut cream o.  begini lah rupanya.. saya beli 2 bungkus. lepas tu singgah kat rumah sekejap pas kat izah suruh dia hancurkan dan gaul dengan butter. yang ini saya minta dia agak2.


petang selepas saya balik kerja biskut tu dah duk dalam paper cup cake dan telah disejukkan dalam peti ais... ini lah jadinya....


jadi saya pun sediakan bahan-bahan lain.  cheese cream memang dah dikeluarkan daripada peti sejuk oleh Izah.  saya pun ambil mixer dan mulakan proses penyediaannya...





bahan2 untuk cheese cake ini adalah

500 gm cheese cream (tak kisah apa brand, saya guna tatura)
1 cwn yogurt 
6-7 sudu besar gula (Ikut tekak)
keju cheddar (yang ini utk diparut)
sedikit buah strawberi


cara penyediaannya:

masukkan cheese cream dan gula dalam mangkuk dan pukul dengan menggunakan mixer hingga sebati. ( saya pukul sampai gula tu hancur, maknanya gula dah sebati dengan cheese tu)

 



kemudian masukkan yogurt. yang ini saya guna jenis mix berry... ikut suka tekak flavour apa yang sedappppp... pukul lagi kasi sebati... siaplah adunan cheese tu....




dengan menggunakan sudu masukkan dalam paper cup yang telah diletakkan biskur cream o sebagai base tadi.

 



 


lepas tu kita parutkan cheddar cheese dan tabur di atasnya.. tengok gambo kat bawah ye.. 

  

 


sebenarnya saya beli strawberi 1 kotak tapi bila tengok dah tinggal 4 biji... kuang! kuang! kuang! bebudak memang suka dengan buah strawberi ni.  jadi saya pun suruhlah Izah potong kecil2 dan tabur atas kek ni.  jadilah macam rupa kat bawah... kemudian masukkan dalam peti sejuk belah bawah ye... jangan letak dalam freezer pulakk.. kang jenuh pulak bebudak tu nak makan pasal dah jadi ais.. paling bagus biarkan semalaman. tapi bebudak tu tak sabor. lepas 3 jam dah tanya boleh makan ke?  saya pun kata boleh... laju aje bebudak tu bukak peti ais dan ngappppp....hahaha.  






 korang pun boleh mencuba buat cheese cup cake yang sedappppp ni...

sekian...

No comments: