Friday 5 December 2014

kesayangan comelku

assalamualaikum semua

hari ni nak cerita kesayangan comelku..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

inilah dia... ramai kan...


 cuba teka berapa ekor semuanya???? sila abaikan suasana yang bersepah tu ye. renovation tak siap lagi. tin cat dan batu bata pun masih banyak lagi... hohoho.. terpaksa sediakan banyak bekas makanan sebab memasing tak mahu syer. kalau tengah makan ada kucing lain kacau, mula lah depa bergaduh...


asalnya ada 3 ekor aje. papas, debab (betina) dan monyok. lepas tu sidebab tu sudah beranak 4 ekor... kitaorag namakan talam, loro (husnd panggil betman), telu dan uban. kitaorang rancang nak mandulkan bila dan 10 bulan..... tak sempat nak hantar klinik tengok2 dan buncit masing2.  kesemuanya beranak ketika usia 10 bulan.... kuang kuang kuang......rasa berdosa pulak kalau nak mandulkan masa tengah pregnant kan...dah lah semuanya betina. itu yang jadi macam zoo kucing rumah ni.. redha ajelah...

dalam ramai2 kucing ni yang kaler hitam tu memanjang sakit dari mula dapat sampai sekarang.  mata pun dah tinggal sebelah aje. sebelah lagi terpaksa dibuang sebab rosak. puncanya dia kena deman dan selesema mengakibatkan banyak tahi mata terkumpul kat matanya masa baby. lama2 matanya rosak dan doktor cakap dah tak boleh diselamatkan. terpaksa buang untuk selamatkan nyawanya.  kitaorang namakan 'monyok' pasal mata dah tinggal sebelah aje. tengoklah kat badannya masih lagi tak sembuh2 lukanya. macam mana nak sembuh kalau kering aje dia akan garu2....

ini lah kisahnya...

*saya sendiri pun dah tak tahu berapa semuanya.  yang nyata 3 ekor awal tu aje lah yang saya nampak. yang lain bebudak yang belai.  yang paling manja dgn saya si papas. panggil aje namanya terkedek2 dia dtg... terhibur rasanya..

sekian..............

No comments: