Wednesday 30 August 2017

Orchid Walk 2017

assalamualaikum semua

entry kali ini nak kongsi aktiviti yang lain dari kebiasaan.  Biasa saya join larian, tapi kali ini aktiviti berjalan kaki pula.  Pagi-pagi lagi saya dah beratur panjang untuk mendapatkan T shirt free, tapi memang tak ada rezeki lah.  terpaksalah byr RM20 untuk sehelai T shirt.  tak apa lah.  Saiz pun dapat saiz besar 'L'  tapi sebab dah beratur kan, saya byr ajelah..

inilah muka2 ceria semasa beratur.  jam 6.30 pagi dah sampai sini.  masa ni kawan saya dah sampai dulu.  Cuma Wani dan Azim aje yang ikut sebab Izah ada aktiviti lain.



jarak jalan kaki adalah 5 km.  tapi sebab saya dah biasa berlari, bila berjalan saya rasa maca lambat sangat.  saya mengelat jugak berlari2 anak untuk cepat sampai.  bila dah sampai dapatlah medal plastik ini.  lawa jugak lah bagi saya.  berbaloi dengan harga RM20 yang dibyr. dapat T shirt dan Medal ni.  Wani dan Azim pun dapat juga.  setiap check point ada kertas yang diberi.  hanya tunjukkan 3 keping kertas dah layak dapat medal ini.  disamping itu juga dapat sandwich, air mineral 500 ml dan sebiji epal.  ada juga cabutan bertuah, tapi kami sekeluarga tak bertuah kali ini.


 

sempat juga kami bergambar kenangan bersama geng kelab kembara di sini.



selepas selesai sesi cabutan bertuah yang tak bertuah, kami pun berjalan2 meninjau pameran bunga orkid yang ada di situ.  saya kongsikan beberapa gambar di ruang pameran aygn sempat saya rakamkan bersama anak patung kesayangan Wani sebagai prop tambahan...

 


 












pada hari kedua kami datang lagi untuk meninjau2 kalau2 ada jualan murah bunga2 orkid.  tapi tak ada.  Azim dan Wani sibuk nak minta bunga orkid.  sudahnya saya belikan seorang sepokok untuk dijaga oleh mereka.  saya beli yang anak aje.  pandai2 lah mereka jaga pokok tu nanti.


Sekian, wassalam...

Friday 25 August 2017

mengecat katil Wani

assalamualaikum semua

Sebelum ini saya ada kongsikan entry mengecat kerusi dan meja makan untuk ruang makan.  boleh baca di sini.  disebabkan ada lebihan cat, saya pun mengecat katil wani pula.  katil ni warna asalnya hitam coklat.  warna hitam untuk besinya dan coklat pada bahagian kayunya.  

Inilah rupa katil wani sebelum dicat. 


 


berat juga nak bawa keluar katil ni.  rasa menyesal pula bawa keluar sebab rasanya ia lebih mudah kalau saya cat aje katil ni dalam bilik.  

inilah rupanya setelah dicat putih.  hanya bahagian kepala dan kaki katil yang diberikan tumpuan cattan.  yang bahagian tengah katil saya kekalkan warna catnya.  bukan nampak pun.



bila dah siap, satu kerja pulak nak bawa amsuk semula.  disebabkan terkena pada pintu dan dinding, terdapat sebahagian cat yang mengelupas.  uwaaa... sebaik sahaja diletakkan dalam bilik, jenuh saya kena betulkan semula tapi tak boleh.  so saya ambil keputusan untuk biarkan cat itu dulu sebelum di touch up bila dah betul kering.

nanti saya update setelah bilik wani di make over ye..

Sekian, wassalam

Wednesday 23 August 2017

memacak signboard di Gunung Singai

assalamualaikum semua

sekali lagi, kami mendaki puncak Gunung Singai.  kali ini saya bersama dengan Azim sahaja sebab kedua2 kakaknya ada kelas tambahan.  trip kali ini sebenarnya anjuran kelab Kembara anak Sarawak.  memandangkan Azim dah pernah sampai puncak, saya ajak lah dia dan dia pun nak ikut sebab dia keseorangan di rumah.  Misi kali ini adlah untuk memacak signboard di Puncak Gunung.


sebelum mula kita swafoto dulu ye..


inilah starting point di Gunung Singai.  sesiapa yang nak datang ke sini kena jaga2 sebab banyak juga anjing berkeliaran di sini.  kalau datang sendiri memang saya tak berani.  kalau ramai2 macam ni baru berani.  lebih2 lagi sekarang ni wabak Rabies sedang melanda di bumi Sarawak ni terutama daerah Serian dan Kuching.  lagilah kena berhati2.

kali ini  masa kami sampai  pintu gerbang di starting point telah selesai pembinaannya.  untuk makluman kat sini juga terletaknya gereja.  So kalau dah tahu kita guna kemudahan orang, pandai2 lah hormati mereka. jangan memandai2 nak buang sampah merata2 dan merosakkan kemudahan yang ada. ok.



keadaan trek saya dah pernah cerita sebelum ni.  so tak perlu nak ulang ye..  sampai dipuncak, swafoto dulu lah.  Sebab Azim memang dah pernah samapai puncak, dia memang laju lah.




kat puncak Gunung ni belum ada signboard lagi.  yang ada bendera malaysia aje.  sebelum pacak signboard, saya bergambar dulu kat sini.



gambar beramai2 dulu sebelum memacak signboard. 



sedikit video perkongsian semasa program memacak signboard ini berlangsung.  Azim pun sibuk nak tolong korek lubang..




gambar setelah selesai memacak signboard di puncak ini.  ada banyak keping sebenarnya tapi hp saya bengong gambar byk hilang.  bengang saya.




keesokan harinya tersiarlah dalam berita di akhbar Mingguan Sarawak bertarikh 13 Ogos 2017



dan satu lagi keratan akhbar dalam Borneo Post bertarikh 19 Ogos 2017



sekian, wassalam


Monday 21 August 2017

Resipi Pau Gebu berinti ayam kari

assalamualaikum semua

sebenarnya saya tak pernah buat pau sebelum ini.  tapi anak saya memang suka makan pau.  biasa saya beli kat kantin tempat kerja saya.  tapi sejak dua menjak ni selalu sangat tidak ada pau dijual disitu.  frust jugak lah anak2.  pau yang dijual tu memang lembut dan putih melepak.  gebu aje.

entah macam mana saya teragak untuk membeli tepung pau.  konon2 nak try buat lah.  saya google di internet aje.  alhamdulillah. percubaan pertama saya berjaya.  pau menjadi gebu dan lembut.  memang berselera anak2 saya makan.  puas hati tengok anak2 makan.  saya kongsikan resipinya ye.

bahan
1 kg tepung pau
1 sudu teh baking powder
* kedua2 bahan diayak bersama

1 sudu teh garam
1/2 cwn minyak jagung atau minyak masak
2 cawan air
11 gm yis
1 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur

caranya
  1. Satukan bahan cecair dan pukul hingga gula larut.  saya guna mixer aje
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.  saya guna mixer aje.
  3. tutup doh dengan kain dan biarkan selama 5 minit.
  4. ambil sedikit doh dan bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.  masukkan inti. tutup dan kemaskan
  5. letakkan doh yang telah berinti atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat.  kalau dikampung saya suka guna daun pisang.
  6. susun dalam kukusan. pastikan dijarakkan sedikit antara satu sama lain sebab doh akan naik 1 kali ganda.
  7. pastikan air dalam kukusan telah panas dan mendidih.  seeloknya balut tutup kukusan dengan tuala untuk mengelakkan air dari kukusan menitis atas pau.  nanti rupa pau tu tak cantik.
  8. kukus pau tersebut selama 7 hingga 10 minit.
  9. bila dah masak angkat dan biarkan didalam kukusan hingga sejuk.
  10. bolehlah dihidangkan.
  11. kalau nak frozenkan, masukkan dalam bekas plastik kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk.  bila nak makan keluarkan dan kukus selama 5 minit.

untuk intinya saya letak ayam kari aje.  saya kongsikan resipinya ye

bahan
3 ketul isi ayam yang dipotong dadu (saya ambil bahagian dada)
1 biji ubi kentang dipotong dadu
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia dimayang halus
2 sudu besar serbuk kari
1/2 kotak santan (saya guna jenama kara)
sedikit cili padi/ lada besar (ikut suka)
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa

caranya


  1. tumis bawang merah, bawang putih, cili dan halia hingga naik bau.
  2. masukkan serbuk kari.  kacau sekejap.  masukkan air asam jawa dan kacau lagi.
  3. masukkan ubi kentang dan ayam.  biarkan sebentar hingga masak.  sesekali kacau untuk elakkan berkerak.
  4. matikan api.  masukkan garam, kacau dan biarkan sejuk.


inilah rupa daging ayam yang telah dipotong dadu.  paling senang ambil bahagian dada aje sebab tidak ada tulang.


ini pula ubi kentang yang telah dipotong dadu.  saiznya ikut suka hati lah ye nak potong besar mana.  asalkan boleh digunakan untuk inti doh ok lah



ini bahan2 yang perlu ditumis dulu.  dari kiri atas tu halia, lepas tu cili padi (kebetulan cili besar dah habis kat rumah.  saya sebenarnya lagi suka guna cili besar), bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris.



inilah rupa kari ayam yang dah siap untuk dibuat inti pau.  kari ayam ni kalau nak buat inti karipap pun boleh juga.



ini pula rupa doh yang telah naik sekali ganda setelah direhatkan dan ditutup dengan tuala lembab.


bila dan isi inti terus letak kat kukusan dan biarkan doh mengembang sekali ganda sebelum dikukus.  macam2 saiz kan sebab ada pembantu kecil yang rumah ni yang nak tolong jugak..


inilah rupa pau yang dah siap dikukus.  yang dah dibelah saya lupa nak snap gambar pulak.  semuanya dah habis masuk dalam perut..




Gambar di bawah inilah mixer yang saya gunakan.  Mixer warna merah jenama The Baker.  Mixer ini saya beli online daripada FB adamsufi.  suka sangat dengan mixer ini sebab dapat menguli sebanyak 1 kg tepung.  maklumlah anak2 tengah membesar dan selera makan mereka memang terbaiklah terutama pau, kek dan roti.  buat sendiri lebih jimat.





Friday 18 August 2017

Kuching Marathon 2017 (water station)

assalamualaikum semua

sebenarnya tak merancang pun. tapi bila group UGR mencari mana2 ahlinya yang sanggup jadi volunter di water station saya tetiba jadi berminat.  biasa join event aje. tak pernah jadi marshal atau volunter.   so carilah pengalaman sikit terutama untuk event yang besar ni..

jam 12.00 pagi dah ada di water station km28 ni.  swafoto dulu dan mulakan tugas mengisi air dalam cawan yang disediakan.  ada 2 jenis air iaitu air mineral dan 100 plus.  Wani dan Azim pun ikut sekali.  

sementara menunggu pelari2 marathon ini samai kami berswafoto dulu..




inilah saat yang ditunggu2.  lebih kurang jan 2.25 pagi pelari terawal pun sampai.  rasa kagum sangat.  flag off jam 1.00 pagi dan setelah berlari 1 jam 25 minit, mereka telah sampai di km28.  memang laju mereka berlari.  kedua-dua peserta ini dari Kenya.




mujur bawak khemah.  lena Azim tido dalam khemah sepanjang acara ini berlangsung.  dah habis acara baru dia bangun.  hahaha.  


lebih kurang jam 5.30 pagi, kami pun berkemas bila kenderaan sweeper dah melepasi WS kami.  sampai rumah terus solat subuh dan tido dengan lenanya sampai jam 11 pagi.  breakfast dan lunch sekali lah...

satu pengalaman yang menyeronokkan untuk saya dan Wani.  Wani memang banyak membantu terutama sekali mengutip cawan2 yang telah digunakan oleh pelari.  dia siap bagitau lagi kalau ada lagi dia nak join sekali...


sekian, wassalam..

Thursday 17 August 2017

Resipi Pucuk Mulberry masak lemak

assalamualaikum semua

untuk pengetahuan u'll pokok buah mulberry ni kalau nak dapatkan hasil yang lebat, kita kena rajin cantas.   barulah buahnya akan keluar dengan lebat.  kebetulan pucuk mulberry di rumah saya memang tengah banyak sebab baru lepas cantas. hari ni saya nak kongsikan masakan yang saya suka makan.

resipi Pucuk Mulberry masak lemak





bahan-bahan

1 ikat pucuk mulberry
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
garam secukupnya
1 inci kunyit hidup
4 tangkai cili padi (boleh letak lebih kalau nak lagi pedas)
santan kelapa secukupnya.  saya guna 1/2 kotak santan brand kara.

caranya
1.  rebus pucuk mulberry untuk menghilangkan getahnya selama 5 minit.  buang airnya
2.  tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi.  saya guna lesung batu untuk dapatkan rasa yang lebih sedap sebab kalau kisar terlalu halus.
3.  masukkan  air ke dalam periuk yang ada pucuk mulberry yang telah direbus tadi  masukkan bahan2 tumbuk.  biarkan mendidih dan masukkan santan kotak.  kacau sebentar.
4. matikan api dan masukkan garam secukup rasa.  sedia untuk dihidangkan



pucuk mulberry tu kita buat macam ni.  ambil daun dan pucuknnya yang muda sahaja.  yang batangnya buang kecuali mereka yang mempunyai tabiat suka makan batang sayur yang keras.




pucuk mulberry ni masa baru petik kita akan nampak getahnya.  jadi saya rebus dulu dan buang airnya.




inilah rupanya masa dalam periuk setelah siap masak.  masa ni dah boleh senduk dalam mangkuk untuk dimakan bersama nasi putih.






pucuk mulberry bersama ikan bawal putih goreng dan pencuci mulut buah rock watermelon untuk hidangan tengahari.  Simple aje tapi memang menyelerakan.  habis nasi seperiuk (sila abaikan diet. cheat day kononnya)




inilah pokok mulberry yang ditanam di halaman rumah saya.  pokok ini berusia lebih kurang 4 tahun.



sekian perkongsian resipi saya kali ini. wassalam...



Wednesday 9 August 2017

menukar warna cat perabut di ruang makan

assalamualaikum semua

semenjak join group deco2 ni bermacam2 idea dan angan2 muncul dalam kepala ini.  sekarang ni dah mula viral tukar warna perabut kepada warna putih.  kalau pun minat takkan lah nak beli baru dan buang perabut lama.  perabut lama tu pun masih elok lagi.  kan membazir namanya.  jadinya kita kasi baju baru ajelah.

kali ini saya nak kongsikan macam mana saya mengecat kerusi dan meja makan saya yang warna asalnya hitam kelabu kepada warna putih suci gitu.

saya beli cat  untuk kayu dan besi brand Nippon paint warna putih, berus penggelek dan berus biasa.  kalau nak beli cat brand lain pun boleh juga.

ok, biasanya berus cat akan digunakan kalau nak mengecat kayu atau besi.  tapi saya akan menggunakan berus penggelek untuk melakukan proses mengecat kerana sebenarnya ia dapat menjimatkan masa dan tenaga.  berus biasa tu digunakan untuk touch up aje.  saya hanya mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam sahaja untuk proses mengecat kerusi ini.  

operasi mengesat dimulakan dengan membersihkan habuk, sawang dan kekotoran yang melekat pada perabut tu dulu.  lepas tu terus cat untuk lapisan pertama.  biarkan sekejap sebelum membuat lapisan kedua pula.  sebenarnya, untuk mendapatkan hasil yang cantik, proses mengecat perlulah dibuat minima 3 lapis.  barulah cat akan nampak sekata dan cantik berkilat.

mungkin ada yang bertanya kenapa tak guna spray.  sebenarnya saya ada pengalaman guna spray yang dalam botol tu.  hasilnya tak cantik.  cat yang terhasil tak berkilat. lagipun kena pandai spray untuk elakkan terjadinya mata air pada perabut.  jadi, saya rasa guna berus dan penggelek lebih senang walaupun kena berhati-hati untuk elakkan tangan daripada terkena cat.  kalau tangan terkena cat, kita kena bersihkan dengan menggunakan tinner.


ini rupa asal kerusi saya sebelum ditransform.. pelapik duduknya warna hitam manakala bahagian besinya berwarna kelabu.  sebenarnya kerusi ini dah 6 tahun berjasa kepada keluarga saya.  masa beli dulu RM400 sahaja.  mana nak dapat dengan harga tu sekarang ni weiii.  sila abaikan pemandangan kat belakang tu ye.



inilah rupa setelah diputihkan.  perancangan akan datang saya nak letakkan span pada pelapik duduk tu untuk keselesaan.  masih mencari idea dan cara pemasangan.  Perancangannya nak DIY aje.  nanti apa2 saya up date lagi kalau dah buat.


inilah cat yang saya guna.  brand nippon paint dengan kod 9102 yang berwarna putih suci gitu. saya guna 2 tin untuk tukar baju kerusi dan meja makan ni.  selebihnya saya guna pulak untuk yang lain.   nanti saya kongsikan.  


masa sebelum cat tu lupa nak ambil gambar. dah siap baru teringat.  jadilah ye walaupun rupanya dah tak semanggah.  berus roller tu saya guna untuk cat keseluruhan manakala berus 2 inci dan 4 inci tu untuk touch up mana-mana yang tak dapat dicapai menggunakan roller tu.


sedikit tip untuk mendapatkan hasil cat  yang cantik berkilat.  proses mengecat perlu dilakukan lebih dari sekali.  untuk ini saya membuat sebanyak 3 kali lapisan cat. selepas lapisan pertama saya biarkan sekejap dan lapis kali ke dua pula.  saya mengecat pada waktu pagi.  selepas itu saya tinggalkan sehingga petang sebelum membuat lapisan ke tiga pula.

untuk mengelakkan berus menjadi keras, saya rendam sahaja dengan air paip biasa.  jadi sebelah petangnya saya cuma keluarkan dari bekas rendaman dan mula mengecat lagi.  cat minyak tidak akan bercampur dengan air ni.  jangan risau ye.


saya biarkan semalaman di luar rumah.  tapi bawah bumbung lah.  tak risau kalau hujan pada sebelah malamnya.  memang betul sebelah malam tu hujan lebat juga.  pada sebelah petangnya setelah yakin cat telah kering dengan baik, barulah saya membawa masuk meja dan kerusi ni ke ruang makan.



begini lah rupanya setakat ini.  dinding warna hijau tu memang ada perancangan deko2 selepas ini. pintu bilik wani tu pun sama.  saya bercadang nak cat warna putih juga pintu tu.  hiasan di dinding hijau tu aje yang masih tak dapat cari idea lagi.  sama ada frame gambar yang berwarna putih atau nak pasang cermin besar aje.  masih2 tercari idea dan budget ni.  atau mungkin saya nak tukar warna frame yang tergantung tu aje. tapi nampak macam kecil sangat.   nanti2 lah saya fikirkan.

alas meja tu saya beli di Mr DIY aje.  memang sengaja cari corak ini sebab nak masukkan sedikit tema inggeris.   pasu dan bunga tu pun beli di Mr DIY jugak.  deco guna budget murah2 aje.  saya dah puas hati.  bawah meja tu mungkin nak letak tikar atau carpet.  masih fikir lagi.  atau biarkan sahaja untuk memudahkan kerja mengemas. sebab walaupun anak2 saya dah besar sikit, tapi masih lagi buat sepah  juga.  kadang2 jadi singa juga saya.  cuma dah agak terkawal sikit sebab masing2 dah diberi tugas untuk memastikan tugas mama diorang dapat diringankan.  saya memang sediakan jadual tugasan dirumah dan ditampal di dinding untuk rujukan mereka. tujuannya untuk melatih mereka melakukan kerja2 rumah tak kira lah lelaku atau perempuan.  bak kata pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya'


sekian, projek DIY saya untuk kali ini.  nanti saya update lagi ruang ini.

wassalam