Wednesday 29 November 2017

butterfly doll yg comel

assalamualaikum semua

satu lagi hasil crochet saya yang comel..

amigurumi butterfly doll yang kuit miut gitu.

sangat sesuai dihadiahkan kepada gegurl.






untuk tempahan bolehlah hubungi saya melalui whatsapp 019-2382952.

sekian, wassalam

Tissue box cover berkonsep kek dan buah-buahan

asssalamualaikum semua


agak lama juga tidak bersiaran gara2 kesibukan tugas dan sedikit dugaan dan ujian dari Allah. 

namun begitu dalam diam2 terhasil jugalah TBC ni.



jika berminat untuk menempah hasil crochet saya bolehlah whatsapp ke nombor ini: 019-2382952



sekian, wassalam

Friday 10 November 2017

beg pelbagai guna bermotif buah strawberi



assalamualaikum semua

inilah hasil tangan saya terkini.  Beg pelbagai guna dengan patern buah strawberi





sekian, wassalam

Tuesday 7 November 2017

Larian Benderaku Negaraku 2017

assalamualaikum semua

seperti biasa setiap hujung minggu kalau tak hiking, running lah yang akan saya buat.  sama ada ikut event ataupun jogging aje.  kali ini saya join larian Benderaku Negaraku pula.  pendaftaran dibuat secara online sahaja.  hanya saya dan Izah aje yang boleh mendaftar kerana pendaftaran adalah untuk mereka yang berumur 15 tahun ke atas shj.  peserta yang telah berdaftar akan menerima baju t shirt dan bib.

sehari sebelum itu kami datang ke Dataran Perayaan, Petrajaya untuk mengambil kupon dahulu.  peserta perlu datang sendiri kerana pihak petugas akan meminta kita menunjukkan IC terlebih dahulu.   maknanya wakil tidak dibenarkan.

inilah iklan yang dikongsikan oleh kawan2 dan diviralkan dalam media social.


pada hari kejadian, pagi2 lagi selepas subuh kami dah bergerak ke dataran ini sebab nak ambil baju dan bib sebelum larian bermula. 

rupa2nya baju yang disediakan dan 3 warna.  masa kami ambil baju tu majoriti dapat warna biru.  saya dapat warna hijau.  sebab nak sama warna, saya tukar warna baju dengan peserta lain.

inilah contoh warna baju yang disediakan oleh penganjur.  ada warna merah, hijau lumut dan biru.




agak lama jugalah kami terpaksa menunggu sebelum acara larian berlangsung.  lebih kurang jam 7.45 barulah peserta larian memulakan larian...  masa ni mod nak berlari dah berkurangan sebab biasanya jam 8 pagi saya dah selesai berlari, tapi kali ni baru nak mulakan larian... tension tau.  nasib baik cuaca redup aje.  kalau tak memang menyengih ajelah bila terpaksa berlari dalam kepanasan...






inilah no bib yang saya dapat.  pada perancangan asal saya nak tunggu cabutan no bertuah, tapi lama sangat, menyebabkan saya dan anak2 ambil keputusan untuk balik shj memandangkan sy nak ke pasar kubah membeli barangan dapur.


selesai larian, kami dapat lah roti dan air kotak.  ada juga disediakan air tin berkarbonat.  tak jauh sangat pun larian ini.  cuma 3.39 km ikut rekod guna hp saya.



 lepas tu anak2 saya terus berlari menuju ke booth bank rakyat sebab diorang nak masuk pertandingan mewarna pulak.
  



dan bila keputusan diumumkan Azim dapat tempat ke 2.  bukan main seronok dia.  masa diorang tengah mewarna saya ada bercakap kalau menang ni tahun depan tak payah beli beg sekolah sebab dah dapat beg.  alhamdulillah memang rezeki sayalah tu.


dia punya seronok siap peluk erat2 beg tu masa bergambar dengan maskot bank rakyat.


sebelum balik, sempat saya snap hasil seni cat spray yang sedang dihasilkan di sini.

 

sekian, wassalam













Monday 6 November 2017

si meow comel (amigurumi)

assalamualaikum semua

Red Meow in the house....  boleh pilih nak warna apa pun ikut patern ini...

lalalalala....





sekian, wassalam


handphone cover yang comel

assalamualaikum semua

hasil crochet seterusnya.  phone cover yang simple aje.  siapa yang minat dengan warna pink memang sukalah...  yang saya buat ni sesuai untuk Iphone 6 S. 


sekian, wassalam