Tuesday, 7 November 2017

Larian Benderaku Negaraku 2017

assalamualaikum semua

seperti biasa setiap hujung minggu kalau tak hiking, running lah yang akan saya buat.  sama ada ikut event ataupun jogging aje.  kali ini saya join larian Benderaku Negaraku pula.  pendaftaran dibuat secara online sahaja.  hanya saya dan Izah aje yang boleh mendaftar kerana pendaftaran adalah untuk mereka yang berumur 15 tahun ke atas shj.  peserta yang telah berdaftar akan menerima baju t shirt dan bib.

sehari sebelum itu kami datang ke Dataran Perayaan, Petrajaya untuk mengambil kupon dahulu.  peserta perlu datang sendiri kerana pihak petugas akan meminta kita menunjukkan IC terlebih dahulu.   maknanya wakil tidak dibenarkan.

inilah iklan yang dikongsikan oleh kawan2 dan diviralkan dalam media social.


pada hari kejadian, pagi2 lagi selepas subuh kami dah bergerak ke dataran ini sebab nak ambil baju dan bib sebelum larian bermula. 

rupa2nya baju yang disediakan dan 3 warna.  masa kami ambil baju tu majoriti dapat warna biru.  saya dapat warna hijau.  sebab nak sama warna, saya tukar warna baju dengan peserta lain.

inilah contoh warna baju yang disediakan oleh penganjur.  ada warna merah, hijau lumut dan biru.




agak lama jugalah kami terpaksa menunggu sebelum acara larian berlangsung.  lebih kurang jam 7.45 barulah peserta larian memulakan larian...  masa ni mod nak berlari dah berkurangan sebab biasanya jam 8 pagi saya dah selesai berlari, tapi kali ni baru nak mulakan larian... tension tau.  nasib baik cuaca redup aje.  kalau tak memang menyengih ajelah bila terpaksa berlari dalam kepanasan...






inilah no bib yang saya dapat.  pada perancangan asal saya nak tunggu cabutan no bertuah, tapi lama sangat, menyebabkan saya dan anak2 ambil keputusan untuk balik shj memandangkan sy nak ke pasar kubah membeli barangan dapur.


selesai larian, kami dapat lah roti dan air kotak.  ada juga disediakan air tin berkarbonat.  tak jauh sangat pun larian ini.  cuma 3.39 km ikut rekod guna hp saya.



 lepas tu anak2 saya terus berlari menuju ke booth bank rakyat sebab diorang nak masuk pertandingan mewarna pulak.
  



dan bila keputusan diumumkan Azim dapat tempat ke 2.  bukan main seronok dia.  masa diorang tengah mewarna saya ada bercakap kalau menang ni tahun depan tak payah beli beg sekolah sebab dah dapat beg.  alhamdulillah memang rezeki sayalah tu.


dia punya seronok siap peluk erat2 beg tu masa bergambar dengan maskot bank rakyat.


sebelum balik, sempat saya snap hasil seni cat spray yang sedang dihasilkan di sini.

 

sekian, wassalam













No comments: