Beras
yang disimpan dengan cara yang tidak betul atau terlalu lama bukan sahaja boleh
meninggalkan bau hapak, bahkan boleh diserang kutu!
Menghilangkan
kutu beras satu per satu tidak mudah serta memerlukan kesabaran. Kadang-kadang
masih ada kutu beras yang tersembunyi di sebalik beras sehingga ketika dimasak,
kita masih lagi menemui beberapa ekor kutu tersebut di antara nasi.
Memang
geram dibuatnya! Silap haribulan, jalan pintas yang mungkin akan kita lakukan
ialah dengan membuang beras yang berkutu dan membeli beras yang baru. Tetapi,
jika selalu sangat berbuat sedemikian dah jadi satu pembaziran pula. Tak bagus
juga, kan.
Ada cara untuk kita mencegah dan mengatasi masalah kutu
beras ini, antaranya:
1) Gunakan Daun Asam Jawa
Masukkan
dua atau tiga helai daun asam Jawa yang telah dibersihkan dan dikeringkan ke
dalam tempat penyimpanan beras. Sesekali bukalah tempat penyimpan beras agar
udaranya tidak terperangkap dan beras tidak berbau hapak.
2) Khasiat Daun Limau Purut
Setiap 10
kg beras, campurkan dengan 50g daun limau purut yang sudah ditumbuk. Dengan ini
beras anda akan bebas daripada bau hapak.
3) Daun Belimbing Buluh
Simpan
beras dengan dua tau tiga helai duan belimbing buluh yang sudah dibersih dan
dikeringkan. Daun belimbing buluh terbukti efektif untuk menghapuskan kutu
beras.
4) Cili Kering
Gunakan
cili kering. Masukan dua atau tiga biji cili kering ke dalam tempat penyimpanan
beras. Bau menyengat daripada cili kering it akan mengusir kutu. Jangan lupa
untuk menutup kotak penyimpanan beras itu dengan rapat dan simpan di tempat
yang kering dan sejuk. ‘Confirm’ kutu beras tidak berani datang!
5) Bawang Putih
Anda
boleh menggunakan bawang putih untuk mengusirnya kerana kutu beras tidak
menyukai aroma khas bawang putih yang menyengat.
Caranya
adalah dengan memasukkan bawang putih yang sudah dikupas pada beras yang anda
simpan. Tetapi cara ini berisiko akan merosakkan beras kerana kandungan air
daripada bawang putih boleh membuatkan beras menjadi lembab dan berkulat jika
disimpan terlalu lama.
Sebaiknya,
anda taburkan bawang putih yang sudah dihiris ke dalam beras yang sudah
diletakkan di dalam talam atau bekas. Cara ini akan membuatkan kutu beras
tersebut ‘cabut lari’ meninggalkan beras tersebut.
6) Kulit Kayu Manis
Selain
bermanfaat menghalau semut, ternyata kulit kayu manis juga berupaya mengusir
kutu beras. Caranya cukup mudah, masukkan kulit kayu manis ke dalam manis di
tempat penyimpanan beras. Aroma khasnya itu akan membuatkan kutu-kutu
berasa berasa tidak selesa.
7) Jemur Di Tempat Panas
Masukkan
beras di dalam bekas yang boleh meninggalkan kesan panas seperti
‘stainless’. Kemudian jemur di tempat yang panas, lebih kurang dalam 20
minit. Tutup atasnya dengan sehelai kain putih.
Panas
yang ditinggalkan oleh ‘stainless’ akan membuatkan kutu beras tersebut
kepanasan dan akan mencari tempat yang sejuk sehingga ia akan menempel pada
kain tersebut. Anda akan lihat kutu-kutu beras itu melekat pada kain, kemudian
buanglah kutu-kutu itu.
Selamat
mencuba, mudah-mudahan selepas ini beras yang anda simpan bebas daripada
serangan kutu beras yang nakal!
Sumber
rujukan : disini
No comments:
Post a Comment