Showing posts with label ruang menonton TV. Show all posts
Showing posts with label ruang menonton TV. Show all posts

Tuesday, 2 August 2016

ruang menonton edisi raya 2016

assalamalaikum semua

semenjak saya join FB kelab kaki deco (KKD) ni, macam2 idea untuk mendeco timbul.
setakat ni saya berpuashati dengan dekorasi ruang tamu saya.  mungkin akan dikekalkan lama sikit.

inilah deco dalam ruang menonton saya.  masa ni masih guna sofa lama lagi yang dah lembik dan koyak kusyennya.


 gambar di bwh ini pula sofa yang baru dibeli untuk menggantikan sofa lama.  kali ini saya memilih sofa berwarna kelabu pula.  manakala kusyennya saya cuba machingkan dengan warna dinding belakang tu...


setelah membelek2 gambar, google dan perkongsian daripada rakan blog dan FB, bermulalah operasi mendeco saya..


 

 

kali ini saya terjebak dengan deco kuda belang pulak.. mula2 ingat nak pakai wallpaper aje.  tapi bila saya cari tak jumpa pulak.. kesudahannya saya guna cat aje lah. tapi guna cat lebih rumit sebenarnya. tapi kos lebih rendah.

saya gunakan masking tape untuk membuat garisan tegak pada dinding.  proses ini lah sebenarnya yang paling sukar.  memakan masa yang lama sebab kena ukur dan buat garisan lurus satu per satu.
nasib baik saya ada pembantu remaja (Izah).  dah selesai proses menampal masking tape, barulah disambung dengan proses mengecat.  proses ini paling cepat.  lebih2 lagi saya dibantu oleh anak2. sekejap aje.  dah siap mengecat, saya biarkan kering dalam 1 jam barulah ditanggal masking tape tu. dan hasilnya memang sangat memuaskan...








bila dah siap saya nampak meja kopi tu macam tenggelam pulak warnanya.   mungkin sebab meja tu pun warna hitam jugak. so tambah alas meja kaler putih pulak.





bahagian belakang rak buku tu pun saya cat warna hitam juga.


sekian,
wassalam

Thursday, 26 May 2016

sofa baru..

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

sebenarnya memang dah lama nak beli sofa baru untuk menggantikan sofa lama yang dah rosak. walaupun pada pandangan mata kasar sofa lama tu masih elok tapi hakikatnya,
- kain pelapiknya dah koyak,
- spring dah putus,
- span dah lembik sangat.  duduk terasa kayu
- zip dah rosak
- dll lagi

memang harus ditukar baharu. ada juga kawan2 yang bagi pendapat hantar ke kedai untuk dibaiki. tapi bila tanya kos membaiki dengan kos beli baru lebih kurang aje harganya. gulp.

dah banyak kali saya pergi ke kedai perabut, melawat pameran perabut dan sebagainya.  tapi cuma belum jumpa yang betul2 berkenan dihati dan poket.

gambar di bawah inilah sofa lama yang saya maksudkan. warna merah hati.  sebelah sofa merah tu yang berwarna  hitam tu dah lama tak ada. saya buang juga. keadaannya pun sama dengan sofa merah tapi lebih teruk lagi. tapi kusyennya yang 5 bijik tu masih saya simpan lagi.

sebenarnya anak2 saya pun dah berkicau juga pasal sofa ini.  tapi diorang bukannya fhm.  berbunyi aje tpi yang nak seluk poket saya. sebab tu masih dapat bertahan lagi..


setelah puas survey, membelek harga dari  kedai dan ruang pameran, akhirnya saya memilih sofa ini. kebetulan kedai perabut ini membuat jualan sempena Hari Gawai dan Keamatan.  Sebenarnya yang pilih sofa ni anak2. ada 3 pilihan yang ada waktu itu.  saya memang nak beli sofa L shape  sebab nak sesuaikan dengan keluasan yang ada di ruang menonton yang seciput tu.  jenis fabrik yang dipilih sebab fikirkan fungsinya.  kalau pilih jenis leather atau PVC x selesa sangat nak landing kat situ. (dah ada pengalaman sblm ni)



Sebenarnya banyak lagi yang perlu dibuat penambaikan di ruang menonton ini. Saya bercadang untuk menampal wallpaper pada belakang rak buku yang saya jadikan sebagai pembahagi antara ruang tamu utama dengan ruang menonton. lepas tu saya nak tukar carpet biru tu.

harap2 semuanya dapat direalisasikan sebelum raya ni.

buat masa ni saya dah berpuas hati dengan hiasan perabut di ruang tamu utama yang menggunakan perabut jati.  cuma ruang menonton ni aje yang kena buat sedikit deco untuk kasi ceria dan sedap mata memandang.

rumah saya ni sebenarnya tak ada konsep yang khusus. ikut suka aje. asalkan sedap di mata dan poket ok aje...  setiap ruang lain2 konsep.  sebab tu kalau tengok pada ruang tamu saya guna perabut jati. ruang makan pun jati juga. tapi ruang menonton sy pilih sofa moden pulak. (x sesuai rasanya letak perabut jati kat ruang ni..).  

sekian untuk entry kali ini. wassalam



Friday, 21 August 2015

ruang menonton TV yang simple

assalamualaikum semua

seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, saya nak bercerita pasal ruang menonton saya yang sangat simple..

Saya kata simple sebab tak banyak deco2 yang saya buat kat ruang tu...

masa raya yang baru sahaja berakhir adalah jugak saya hiaskan dengan bunga hidup kat atas meja tu dengan meletakkan beberapa bekas biskut..

saya guna tupperware aje. selamat.
kalau balang kaca asyik nak kena jeling aje kat anak2 sebab takut bekas daripada 1 jadi banyak...
nak membersihkan pun susah...

tapi bila raya dah habis, bekas biskut pun saya dah pindahkan ke dapur..
bunga segar tu of couse lah dah layu.  saya keringkan untuk jadikan potpouri (betul ke saya eja ni?? hentam ajelah)..

beginilah  lah rupanya semasa raya hari tu..


sofa merah tu saya letak kat tepi dinding.  meja kopi (beli kat Court aje) tu saya alaskan dengan kain dan diserikan dengan bunga segar. nampak kat situ yang saya tak ada seni mengubah.  saya main letak aje bunga tu. pasu pun guna botol mineral yang dipotong pada atasnya.  kelopak bunga ros yg gugur tu sy biar aje atas meja..  di mata saya nampak menarik pulak.. kalau nak tahu itulah sahaja kuih raya yang ada kat rumah saya... semua home made tau.. sendiri bikin ada 3 jenis dan selebihnya kerepek yang emak saya buat...

bila dah lepas raya pulak, saya ubah sikit lokasi sofa tu..


sebelum ni sofa tu rapat kat dinding kan?.. kurang praktikal sebab akan menganggu ketenangan menonton TV. sekejap2 ada orang lalu kat depan mata.  kesudahannya saya tolak ke depan sikit sebaris dengan rak buku coklat tu. meja pun saya anjakkan ke depan juga.  Meja ni perlu sebab sambil tengok tv kadang2 nak minum air lah terutama sekali anak2 saya yang suka mengunyah sambil tengok TV. Remote pun boleh letak kat meja tu.. tak adalah bersepah2 atas lantai.  bunga segar dah tak ada, ganti dengan bunga plastik pulak ye..


yang ini pemandangan dari sudut lain pulak.. TV tengah terpasang perlawanan bola JDT lawan Perak..

rak coklat tu saya masih belum sempat nak mengemas. dalam tu macam2 khazanah ada.. album gambar pun parking kat situ jugak... nanti2 lah..

sekian entry saya untuk kali ini. Wasalam