10 idea susun atur dapur

Dapur adalah bahagian rumah yang paling  sukar untuk dikekalkan kekemasannya bukan. Tambahan pula jika tuan empunya dapur memang banyak menghabiskan masa untuk memasak di sini. Memahami situasi ini, sambil menggoggle blog yang berkaitan dengan susun atur  dan mengemas rumah saya terjumpa pula 10 idea susun atur dapur anda supaya kelihatan lebih teratur. so saya kongsikan untuk semua.

Selain sedap mata memandang, keadaan dapur yang kemas akan memudahkan anda mencari barangan dan perkakas ketika sedang memasak.

1. Sangkut bekas kecil dan pasang hook dalam ruangan dalam pintu kabinet. 

Ruangan ini tidak harus dibazirkan bukan. Bolehlah anda meletakkan barangan dapur yang kecil-kecil dalam bekas tersebut  dan menggantungkan peralatan yang sesuai di hook yang dipasang ( pastikan hook tersebut dipasang betul-betul kukuh ya) .Selain memanfaatkan ruangan ini, dapur juga tidak nampak berserabut kerana barangan ‘tersembunyi’  dan tidak dapat dilihat dari luar.
idea kemas dapur 1

2. Seperti juga di bahagian rumah lain, kabinet dengan sesekat (partition) seperti ini memang satu  organizer terbaik. Letak barangan elektrik seperti ketuhar, pembakar roti, pengisar dan mixer anda di sini. Kemas dan mudah dicari.

idea kemas dapur 2

3. Makanan dalam tin antara yang tricky untuk disusun atur, dengan kabinet seperti ini, bukan sahaja anda boleh menyusun makanan dalam tin anda dengan lebih banyak, malah ia lebih terletak dengan stabil dan juga mudah dicari. Tak perlu lagi periksa label tin satu persatu.

idea kemas dapur 3

4.  Label barangan seperti serbuk minuman dan tepung yang disimpan dalam bekas. Selain lebih mudah digapai, idea ini juga akan mengelakkan kekeliruan anda ketika mencari bahan masakan. Perkara biasa jika anda keliru antara gula dan garam bukan? Oh, dan juga pelbagai jenis tepung yang hampir semuanya berwarna putih. Selain itu, simpan bahan-bahan ini dalam balang lut sinar supaya mudah dilihat.

idea kemas dapur 4
idea kemas dapur 12

5. Tong sampah juga boleh ditempatkan dalam kabinet.
idea kemas dapur 5

6. Bahan -bahan chemical mencuci dapur boleh diletak di bawah bahagian sinki seperti ini. Kebanyakan bahan-bahan ini memang tersedia dibungkus kilang dalam botol semburan (spray) . Pasang ampai besi dan gantung sahaja barang-barang ini di situ.
idea kemas dapur 6

7. Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh juga disusun dalam bakul yang digantung mengikut turutan ke mengak ke bawah seperti ini. Secara tidak langsung, ia boleh menjadi perhiasan dapur juga.
idea kemas dapur 7

8. Mungkin inilah sebabnya mengapa banyak peralatan memasak seperti kuali dan senduk mempunyai lubang kecil di hulu pemegangnya. Jadi ideanya, gantung barang-barang ini mengikut aturan dan saiz. Lebih baik lagi jika anda membeli perkakas ini dalam set atau warna yang sama.

idea kemas dapur 8

9. Susun pinggan mangkuk dalam kabinet bertutup dan mempunyai pembahagian.
idea kemas dapur 11

10 . Susun pisau-pisau anda dalam bekas pisau yang dikhaskan seperti ini. Selain tersusun, mudah untuk anda mengambilnya kerana posisi hulu pisau yang berada di atas . 


 idea kemas dapur 10

nanti saya kongsikan macam mana saya praktikkan idea ini di rumah saya.. tunggu......
sumber
http://www.wanista.com/idea-dekorasi-10-idea-susun-atur-perkakas-dapur-anda/

No comments: