Wednesday 22 October 2014

kisah bread maker ku

assalamualaikum dan selamat sejahtera

semalam sambil2 berwhatsapp dengan kwn zaman belajar dulu adalah yang bertanya pasal macam mana saya buat roti yang pelbagai bentuk tu. Saya cakaplah yang saya ada bantuan mesin.  ramai pulak yang berminat nak tahu pasal benda alah ni.

Jadi, hari ini saya ingin menulis pasal mesin pembuat rotiku.. ala bread maker lah kata orang putihnya...... singkatannya BM... saya guna jenama Elba yang boleh memuatkan 1/2 kg tepung. mesin ini memudahkan saya menguli tepung untuk membuat doh sama ada nak buat roti, pizza, donut dan sebagainya.  mesin ini akan menguli, mengembangkan adunan dan membakarnya. tapi kalau nak buat pizza atau roti yang pelbagai bentuk tu kita set setakat doh aje.  mesin ni tak ada fungsi membuat bentuk ye...

kita tengok gambar di bawah


inilah bread maker saya.  sebenarnya ada macam2 jenama di pasaran tapi yang saya ada jenama Elba ni la.  antara sebab saya beli jenama ini adalah harganya...saya beli 2 tahun lepas.  harga sebenar x ingat tapi dalam RM380++ kalau x salah.


kita zoom butang fungsi yang ada pada BM ini. Ada 12 butang untuk pelbagai fungsi.  tp yang biasa saya guna adalah no 1, 8 dan 10. untuk set fungsinya selepas kita hidupkan suiz, skin akan menyala. kemudian,  tekan butang menu. tengok  pulak no menu yang keluar pada skrin comel tu... kalau nak adjust masa pun boleh. tekan aje butang time ke atas atau ke bawah (jarang guna pun, sebab masa yang dah disetkan tu biasanya standard). lepas tu tekan butang start untuk memulakan operasi.  





 kita tengok pula bahagian dalam BM ni.   kita boleh nampak bilah yang berfungsi untuk menguli adunan.  kalau kita buat roti sandwich, setelah masak akan adalah kesan bilah  pada bahagian bawah roti.  (saya tak kisah sangat, untuk makan sendiri aje..)



 ini adalah buku panduan yang disertakan sekali semasa membeli mesin ini.  panduan diberikan dalam bahasa orang putih ye.  yang penting adalah panduan meletakkan bahan adunan dalam mangkuk pengadun tu..

sekian...

No comments: